Saturday, September 20, 2008

Blog bersawang...

Lama sungguh tak update... hampir terlupa ada blog sendiri...Hari ni dah masuk hari ke 20 berpuasa. Tengah menghitung hari bukan nak raya eh.. tp hubby nak pegi sambung study. 3 Oktober tak lama jer lagi. yang penting dapat raya sama2.

Letih sungguh nak mengemas rumah skrg. Rumah nak disewakan pd org. barang byk pulak tu... Rasa nyesal plak bwk balik satu kontena barang dari UK dulu. ni dah susah bila berpindah randah...Barang nak antar 2 tempat satu ke Pahang satu ke Muar. terpaksalah bahagi 2..

Letih mcmanapun masak tetap masak, rumah tetap kene kemas. Mmg bersabo byk dgn karenah budak 2 orang nih.. kita kemas depan dia sepah belakang. Haziq kelakar sungguh termasuk dlm kotak.. pastu tak reti nak kuar sendiri.

Nasib duk office tak berapa bz. Ye ke? Julai haritu kene reshuffle. Mula2 tak puas hati gak diletakkan kat tempat skrg. lama2 dah boleh terima dan rasa seronok. Bos plak mmg best.. Alasan pihak pengurusan sebab dah nak cuti tanpa gaji.. hmm apa2 jer la diorg nih..

Aku akan start cuti January nanti. alang2 nak amik full bonus. Aku tak berapa exited tmpat hubby nak pi nih.. tapi takpe la aku kene berkorban untuk dia. Tempat isteri di sisi suami. Bnyak benda aku nak kene settle sebelum bercuti. Wait n see...


No comments: