Tuesday, September 23, 2008

Berbuka beramai-ramai..

Ahad lepas kitaorang berbuka kat rumah cik Yam/Deeno. Maklumla diorang pun akan fly sama ngan husbenku tarikh 3hb. Cuma destinasi jer lain.. diorang akan ke Paris. Mmg best kumpul reramai.. Jaja's (ketua Chef), Fatehah, Rin ngan hubby, Hidayah n hubby dan kak Rat ngan anaknya yg comel Fatin.. dan dtg lewat Dr. Budi n family (maklum la kasik org pose jer makan dulu).

Menu mmg best nasik ayam, Laksa Sarawak (maklum inilah kepakaran cik yam), BBQ ayam, udang, sotong, ikan siakap. Masing2 bawak menu masing2 aku bwk ayam. Pastu sempat gak buat dadih yg diketuai oleh cik jaja dan dibantu oleh cik teh.. hehe.. mmg sodap.

Pasni lama lagi la nak kumpul reramai lagi. Rin ngan hubby pun fly ke Barcelona tarikh yg sama. Kitaorg jumpa kat KLIA jer la nanti..

Malangnyer gambar takde... tp mmg happening la.. best2..