Sunday, May 22, 2011

Lawatan ke Yochien Haziq

Kisah Jumaat 13 Mei yang lepas, kami ke Kashinomi Yochien (Tadika) Haziq untuk hari terbuka sekolah. Waktu ni ibu bapa dibenarkan masuk dan tengok aktiviti anak2 di sekolah. Kami di sana dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Nama Haziq dalam katakana. (Ahamado Haziku)
Kelas Haziq, ada 20 orang rakan sekelas dia. Tahun ni Haziq pindah kelas ke tingkat 2. Rakan2 dia orang yang sama jugak rasanya. (Mama tak kenal la kawan2 Haziq, jarang sangat jumpa. Sejak Haziq pegi dan balik naik bas sekolah langsung dah tak jumpa). Semua sensei sekolah ni kenal setiap pelajar yang ada walau pun mereka tak ajar. Nampak sangat sensei ambil tau tentang setiap seorang pelajar. :) Bilangan keseluruhan pelajar lebih kurang 150 orang dan bilangan guru 15 orang.
Mula2 sesi memperkenalkan diri, ruginya terlepas pulak, kami sampai giliran Haziq baru je habis. Haziq pelajar pertama pulak tu. huhu... nama dia pertama sekali sebab bermula dengan perkataan 'aa'.
Aktiviti waktu tu, menggunting dan menampal kertas. Pandai dah pegang gunting. Patut kat rumah semua nak buat sendiri.
Masing2 ada buku dan peralatan sendiri yang disusun di laci sendiri. Dah pandai jugak menggunakan gam.
Menampal pulak. Sugoi haziq!
Hasil kerja haritu. Haziq punya yang tengah. Dijemur untuk keringkan gam.
Ini sensei baru Haziq. Nama dia Hiromi Sensei.
Lebih kurang 1 jam setengah tengok aktiviti dalam kelas, ada mesyuarat ibu bapa pulak. Papa je masuk mama duduk kat luar main dengan Haqem. Mesyuarat pelantikan ajk baru, perkara2 berbangkit, perkembangan sekolah dan aktiviti2 yang bakal diadakan. Sekolah Haziq tahun ni genap berusia 50 tahun. Yochien atau Tadika ni adalah tadika swasta berbeza dengan Hoikuen iaitu tadika milik kerajaan. Bayaran pun sangat berbeza, Yochien ni yuran dia agak mahal mencecah 20k yen sebulan dan waktu pembelajaran dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Pelajar yang diambil pula dari usia 3-6 tahun sahaja. Jika di hoikuen dibuka dari jam 7 pagi-6 petang, yuran yang sangat murah (2-3ribu yen sahaja x silap) dan boleh hantar dari baby hingga umur 6 tahun. Kami tak dapat nak hantar ke Hoikuen sebab syarat2 perlu ibu bapa bekerja.
Yochien ni yang terdekat dengan rumah. Tempat letak kasut yang bernama dan tersusun rapi. Sangat memudahkan kanak2.
Bulan kelahiran, Haziq yang termuda sekali dalam kelas lahir 19 Mac. Nama dia yang akhir sekali tu. Sesi persekolahan di Jepun bermula pada April dan berakhir pada Mac tahun berikutnya. Pelajar dikira mengikut bulan kelahiran. Ikutkan Haziq sebenarnya masuk dalam kelas berusia 5 tahun walaupun dia baru berumur 4 tahun. Tempat menyimpan beg, buku, baju dan peralatan sekolah. Setiap tempat di tanda dengan nama masing2. Teratur dan sangat mudah bagi budak2 simpan dan ambil barang.
Budak yang syok sangat main, seronok tengok ramai budak2 kat sekolah. Teringin nak sekolah jugak eh Haqem.
Selepas mesyuarat, sesi makan bersama ibu bapa. Semua makan dalam kelas bersama anak2. Haziq bawa bento(bekal) sendiri, cuma susu kotak yang disediakan pihak sekolah. Lepas makan masing2 kemas sendiri, kotak, plastik dan straw di buang berasingan. Sampah di Jepun boleh dikatakan sangat bersih sebab mereka akan mengasingkan setiap sampah, terutama botol, tin dan kotak.

Sekolah tadika di Jepun lebih diajar cara untuk berdikari sendiri, mereka lebih utamakan cara hidup seharian daripada menghadap buku atau mengafal abc. Usia sebegini memang patut ajar budak2 happy dengan kehidupan, mengenal alam, cara berinteraksi dengan orang dewasa, berdikari sendiri contoh pakai baju sendiri, lipat baju, gosok gigi, susun kasut, simpan buku dan barang, ucap selamat, hormat menghormati dan macam2 berkaitan cara hidup. Bermain alat muzik, melukis, menulis, mewarna, menyanyi, membaca, bermain pasir, menanam pokok dan macam2 aktiviti. Didikan cikgu yang sangat berhalus mengajar budak, tak pernah nampak sensei marah, sentiasa tersenyum dan sangat sabar melayan karenah kanak2 ni. Salah satu faktor budak2 teruja sangat nak ke sekolah. Setiap kali jumpa, sensei pasti akan senyum, tunduk dan ucap selamat, budaya hormat yang sangat saya suka di Jepun. :D

12 comments:

Bibu said...

so ne....budaya jepun amat sopan.lebih sopan dari kita.mana yg ddk jpn tahu le.kan as?

Juwita Jamaludin said...

sugoi haziq kun.. pandai haziq menggunting.. kat sini kan As baru2 ni kawan hantar anak ke Hoikuen macam tak perlu ibubapa berkerja plak.. ita dulu dapat gak hoikuan tapi ita tolak sebab untuk kebaikan fathnin.. tak nak hantar hoikuen sebab kurang sesuai buat fathnin bagi kami... so nak hantar fateh mana boleh sorang je.. tapi yang nak cakap nya macam tak perlu kerja plak mama papanya

Asmara said...

Kak Ani, kan! duk kg lagi la. sopan santun betul. diorg pun tak sibuk2 nak tengok org. huhu..time keje keje, tp time mabuk mmg mabuk betul. haha..

Ita, mungkin ikut Ken kot. kami tak penah pulak cuba tanya. Tapi tengok syarat2 macam tu. Ramai jugak msian lain yg hantar anak kat hoikuen kan. Rezeki masing2. hehe.. kami sbb hantar dekat dgn rumah dan dai.

Unaizah said...

Good boy Haziq! Nanti lagi senang Mama.

Hanis MY said...

bestnyaaa tadika haziq...haqem pun syok je main gelongsor, best eh kak ada pengalaman anta anak ke tadika jepun...

Kamalia said...

hahaha,teringat amni pi youchien last year..ye,lain sgt protokol youchien dgn hoikuen ni..kdg2 mcm leceh jugak hoikuen nikak..mcm2..yela,sbb b4 nikan youchien kan..tp,tula,nak buat camno, anta jela..igt nextyear,kot ade rezeki lebih sikit,myb anta ke youchien balik kot..hehehe..

Idayu said...

ala kawaii jek haziq kat kelas..dh terror ckp nihonggo ker?

Asmara said...

Unaizah, hehe.. boy x sma ngan girl. lagi nakal dan susah sikit dengar kata. kene cakap berlembut baru jalan, dah biasa agaknya kat sekolah sensei cakap lembut. kat rumah mama dia ni tau nak jerit je. hahah..

Hanis, mmg best dpt rasa pengalaman di tmpat org. :D

Asmara said...

Kam, beza gak eh. hehe.. ni Batrisya sek rendah pun lg byk benda. tp awal2 je, lepas tu dah ok. cuma hari2 kene buat bento yg best je la. tu yg nak kene pikir dari tengah malam sampai ke pagi. haha..

K Ayu, dia mmg ckp nihonggo je. balik msia haritu baru pandai ckp melayu, tp masih pelat2 lagi. kene dengar betul2 ayat dia, bercampur melayu ngan jepun. huhu..

nur easy said...

best lah aktiviti2 yochien.. rasa mau join jugak ;)

yatie chomeyl said...

masa mula2 udlu kami xdpt hntr hoikuen, so hantar nazhan kat private jugak. kena byr 4mang sebulan, sbb hntr dr 9 pg-5ptg. masa tu mmg ikat perut jugak lah kami.

alhamdulillah skrg dh dpt hntr hoikuen free je, lega sgt2

Asmara said...

Nureasy, hehe.. mmg best tengok. aktiviti main sambil belajar.

Yatie, kan yochien mahal sangat dari hoikuen. ada beza tak yatie?