Wednesday, December 22, 2010

Making Mochi


Hari Sabtu 18 Disember yang lepas kami join persatuan universiti buat mochi. Bersama2 dengan pelajar2 international yang lain. Mochi ni sejenis kuih jepun yang diperbuat dari beras kemudian ditumbuk dan disalut dengan manisan. Biasanya disalut dengan kacang merah, kacang hitam, tepung kacang dan gula dan macam2 lagi.

Acara potong2 sayur untuk dibuat Zoni soup (sejenis sup dimakan sempena tahun baru) Bahan-bahannya sayur2an seperti carrot, daikon, celery dan mochi. Diperasakan dengan dashi, garam gula dan soy souce. Letak ayam jugak, kami punya asing masak periuk lain. Makcik tu pun sibuk nak cuba bulat2kan mochi. Panas ohh.. merah2 tangan. Mochi yang kami buat tu guna mesin letrik. Lepas beras masak akan siap2 ditumbuk2 oleh mesin tu. hehe.. masa keluarkan tu masih panas2 lagi kene bulatkan2. Caranya celup tangan dalam air sejuk baru bulat2kan mochi tu.

Ini secara tradisional, lepas beras dimasak kene tumbuk sampai betul2 hancur dan likat. Oh ye program ni masuk TV daerah kami, hehe.. tu dia Datuk Bandar pun datang untuk join. Datuk bandar di Jepun datang tak perlu bentang karpet merah, VIP set2 semua takde ye walaupun masuk TV. haha... pakcik pakai kopiah tu pun sibuk gak nak try tumbuk mochi.

Ini mochi yang dah siap. Warna hijau tu mochi yang disalut dengan tepung kacang hijau yang dicampur garam dan gula. Sedap weih! Sebelah tu disalut dengan kacang merah. Ini faveret Batrisya dan Haziq, berapa biji ntah diorang makan. Act. minggu lepas sekolah diorang pun ada buat festival mochi nih. Jadi budak 2 orang ni dah tau makan. Batrisya ni sekarang mmg dah tekak Jepun semua makanan jepun dia boleh makan.

Ini pulak mochi yang disalut nato. hehe.. sape yg x penah makan nato mesti takleh telan. Nato ni kacang soya yang diperam, orang jepun suka la makan dengan nasi. Tu pinggan mama, semua pun rasa. Sedap2!! hehe..

Acara makan2, Haziq yang dah tak sabar. hehe.. Lepas tu ada acara cabutan bertuah. Yeay! nombor mama naik, dapatlah towel. Macam2 hadiah ada, seperti tahun lepas buat soba, tahun ni mochi, tahun depan tak pasti lagi. harap2 dapat join lagi. :)

8 comments:

Hanis MY said...

kak as bestnyaaa kejelesan sy, huhu mochi tu feberet tau..i very like like hehe...

~ yus ~ said...

Wah As! Bestnya aktiviti macam ni...teringin juga nak rasa semua makanan tu. Tak pernah rasa lagi ni..huhu

balik Mesia nnti, minta As buatkanlah..boleh tak?

♥ manje ♥ said...

salam

beshnya dpt cabutan bertuah tu kan...

anie,Nagoya said...

wai...sho...wai..sho...nak mochi....tak penh buat.selalu dpt.jgn jeles.sebelum balik mesia, makcik jepun tu bagi.huhuhu...nak beli sememangnya mhal...

Asmara said...

Hanis! suka mochi eh! hehe.. akk suka gak lg2 yg salut kacang hitam tu.

K Yus, hehe.. ada bahan InsyaAllah boleh. kat jusco byk kot brg jepun.

Manje, hehe.. rezeki. Alhamdulillah..

K Anie, ala bestnya kak! kita nk mkn kene beli. huhu.. nk wat sendiri ntah jadik ke tak nnti. hihi...

fazian.batrisyia said...

As, nak tanya la...mochi tu sedap eh? ada gak tengok resipi dalam majalah...kalau sedap leh gak try buat...tukar2 menu international apa salahnya wat minum petang ek..

Asmara said...

Yan! weih baru kutahu itu kamu! hehe.. sedap jugak yan. ada rasa mcm kuih tepung gomak kot, kalau salut ngan tepung kacang. boleh je nak try, buat sikit dulu la untuk rasa. Gambate yan! :)

hana said...

penah dulu hamzah g skola danish wat mochi.. dier kata jenuh bab nak numbuk beras tuh sampai jd mochi! hahahaa