Tuesday, September 21, 2010

Umi Hotaru, Tokyo Bay Aqua-Line

Minggu ni masih minggu bercuti-cuti Jepun. Kami berjalan jugak dari selatan ke utara Jepun. Tapi bukan lah terus menerus, kebetulan Isnin semalam cuti jadi kami ke tempat yang berdekatan. Minggu depan pun ada public holiday lagi, agak2 kemana la kami ni ye. hehe..

Sambung kisah ketika di Tokyo. Hari raya kedua kami ke Chiba. Plan memang nak lalu Tokyo Aqua-line ni. nak merasa lalu highway bawah dasar laut kemudian tembus balik atas laut dan menikmati keindahan 360 darjah lautan di sekeliling.
Cantik sekali pemandangan highway atas laut ni. Nun di sana Kisarazu, Chiba. Kami bertolak dari Kawasaki, Kanagawa. Panjang highway ni adalah 14km di mana 9.6km adalah terowong dasar laut dan selebihnya jambatan di atas tu.
Haziq dengan tekun membaca kisah pembuatan tunnel bawah laut ni. Aqua line ni merupakan terowong dasar laut terpanjang di dunia.
Bergambar dengan mata gerudi yang mengerudi dasar laut masa buat terowong ni.
Besar tak besar la. Kalau lalu highway kat Jepun ni memang akan jumpa berpuluh2 terowong. Kagum la diorang boleh buat tebuk gunung dan laut buat terowong pepanjang. huhu.. dah la negara yg kerap gempa bumi. Banyak jugak Jepun buat jambatan merentasi gunung ke gunung. kalau lalu tu rasa macam isk2 terrornya manusia boleh buat macam ni. Kalau kat M`sia highway yang ada terowong tu kat area Ipoh rasanya. Itupun masa lalu dah rasa mcm best je. hihi..
Nun di belakang tu Kawasaki masa mula2 masuk tol. Bawah laut tu la terowong yang kami lalu. Bangunan putih belakang tu namanya Kaze no To atau Tower of Winds. Tak dapat nak ambil gambar dekat, tapi bangunan dia sangat la unik terletak di tengah2 laut jugak.
Wajibla gambar kenangan di umi hotaru ni. Nak lalu sini tol 3000 yen kalau hari biasa. Tapi sape guna ETC kad tu 1000 yen je la weekend ngan public holiday. Tapi sekarang ada diskaun 800 yen hingga Mac 2011 kalo guna etc tu.
Oklah dah puas round satu umi hotaru ni kite ke next destination pulak. Letih jugak naik turun tangga ni. Tapi puas hati sampai jugak hajat nak lalu highway ni dan tengok teknologi buatan manusia ni. Dalam bangunan ni pun banyak kedai dan restaurant so boleh rehat2 sambil shopping. :)

4 comments:

SURIA AMANDA said...

Seronoknya..bila dapat rasa pi negara orang..nak2 jepun...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ziarah dari saya...'selamat hari raya' jugak...

Don & Nor said...

almk as...terujanya baca citer as ni. xde ker gambo dlm terowong tu?? haish...rs nak g jepun lg niii...

Asmara said...

Suria, Alhamdulillah rezeki. :)

Azatie, terima kasih. selamat hari raya. :)

Nor, dalam terowong gambar gelap je, takde yang menarik. hehe.. meh la dtg lagi.