Paling menarik kat Kamogawa Seaworld ni ada show Killer whale. satu2nya show killer whale yang ada kat Jepun. Memang best dan menarik. Show ni 3x sehari, so kalau terlepas waktu pagi boleh tengok waktu tengahari dan petang. Kami masuk kebetulan show lagi 30 minit terus la cop tempat duduk. hehe.. time cuti memang penuh saja orang kat tempat2 menarik di Jepun nih.
Memang best dan teruja tengok show ni lebih kurang 30 minit. Tiket masuk dewasa 2800yen, kanak2 1400yen. kalau ada student kad 2100yen sahaja.
Kalau dah masuk jangan lepaskan peluang tengok keempat2 show yang ada. Atas ni waktu show Beluga, Beluga ni salah satu species ikan paus jugak terdapat di kawasan sejuk mcm kat artik sana nun. Badan dia ni penuh dengan lemak saja. Show ni banyak bercerita tentang keistimewaan beluga ni. Cerita dalam nihongo la, tp boleh faham tengok apa yg dibuat. :)
Show seterusnya, Dolphin. Ini kami dah penah tengok kat Niigata Aquarium tempohari. Menarik jugak, pandai betul Dolphin ni ikut arahan. hehe..
Last show yang kami tengok sea lion. Menarik jugak ni. Semua show lebih kurang 30 minit. Tak bosan pun. Macamana la ek diorang ni boleh latih binatang2 ni ikut kata. hihi..
Kamogawa Seaworld ni dah ada sejak 1969, 40 tahun dah tu. Lama tak lama la Jepun ni dah ada aquarium. Dalam tempoh tiap 10 tahun ada la pertambahan hidupan laut nih. Bukan senang nak jaga species ikan besar2 ni.
Haziq yang tak teruja dengan show. Ada ke orang tengok show dia boleh pulak main game kat phone. Masa show dolphin lak dia boleh ngadap kakigori (abc) saje. aduii..
Fishville. Banyak jugak hidupan laut lain yang ada, macam ikan2, obor2, ketam, penguin dan lain2. Kawasan yang luas memang berbaloi dan puas hati masuk sini.
Tiga beradik, kakak, abang dan adik. ;) Susah le nak amik gambar bertiga ni, Haziq tu dah nak terjun dah.
Turtle yang besar dalam aquarium yang besar.
Trademark killer whale kat sini. Haruslah gambar berlima. :)
Kami keluar jam 5 dan terus ke Chiba bertandang dan beraya di rumah kak emi. Kebetulan kak emi buat open house, dapat berkenalan dengan ramai lagi family melayu di Chiba. Terima kasih tak terhingga buat kak emi sekeluarga menerima kami sebagai tetamu. Sedap betul masakan kak emi tempohari, memang best dapat makan hasil masakan orang lain pulak. hihi..
3 comments:
seronoknya...agak kalau simpan duit 5 tahun akan dtg ada lagi tak semua nih?jepun kan makin lama makin maju..
best...best...best....
Suria, hehe.. mesti ada lagi. skrg AA dah sampai jepun. everyone can fly. hihi..
Putri, mmg best! boleh la dtg sini. :)
Post a Comment