Saturday, September 4, 2010

Jamuan Iftar ke-3

Alhamdulillah buat kali ke-3 dapat buat jamuan iftar untuk seluruh muslim di sini. Hari ni trip terakhir adik2 yang akan pulang beraya di m'sia berangkat. Tinggallah kami dan 3 orang lagi yang akan beraya di perantauan. Sayu jugak rasa dihati, ikut hati nak je ikut balik. hihi.. tp memandangkan ongkosnya yang tinggi pendam jela hasrat tu. Ikutkan kali ni tahun keempat beraya di perantauan. Jadi perasaan berjauhan dengan keluarga pun dah agak lali. Kali pertama beraya berdua, kali kedua beraya bertiga, kali ketiga beraya berempat, kali keempat ni pulak beraya berlima. Wah! hehe.. tiap kali raya di perantauan makin bertambah ahli keluarga. Lepas ni dah tak bertambah dah. hehe..tapi ikutkan hubby tahun ni taun ke-9 beraya di perantauan. Tahun depan genap la 10 tahun hubby raya kat oversea gitu. huhu..

Walaupun tinggal tak seminggu lagi nak beraya tapi kat sini tak ada suasana hari raya. Kuih raya x buat, lagu raya pun tak dengar lagikan nak buat persiapan. Memang takde feel langsung raya. Beginilah jika hidup di kawasan yang kurang muslim. Macam hari2 biasa je. Untung jugak kawan2 lain di perantauan yang ramai komuniti muslim terutama melayu. Dapat share2 juadah berbuka. Seronok teringat masa tahun pertama dan kedua beraya di UK dulu, sungguh meriah berbuka dan berterawih bersama2. Sakit pening pun ramai yang amik tau. Kat sini adik2 perempuan baik2 belaka, selalu jugak dtg, tp adik2 ni bz dengan sekolah pulak. Alhamdulillah ada suami dan anak2 sebagai peneman hidup, jadi tak rasa sunyi sangat. Sentiasa bz dengan anak2. Jika berdua saje mesti sunyi. Bersyukur dengan rezeki anak yang diberikan.

Iftar kali ni buat menu simple, mihun dan mee soto sebagai menu utama. Juadah sampingan lain sempat buat puding caramel dan donut. Semalam punya lauk pun banyak lagi, ada adik dari jauh datang ke sini, jadi jemput dia berbuka bersama2. Semalam masak sambal ayam, udang masak lemak (best sangat dapat udang size XL) puas sangat makan, tahu bakar, sayur dan popiah. Mama dah tak sempat nak snap2 gambar, bila jemput orang dtg memang tak menang tangan dibuatnya. hehe.. Alhamdulillah bila orang datang rumah mereka selalu datang dengan rezeki. Syukur pada tuhan. Alhamdulillah... :)

3 comments:

Idayu said...

ala, siannyer dh x ramai mesian kat sana ek? meh la dtg beraya di nagaoka, walaupun x seramai dulu, tapi masih agak ramai jugak la..

mmg mmod ry xde langsung kn? ry may be jumaat n hr tuh mmg hr sekolah huhuhu. alamatnyer sabtu ler br buat gathering..kat sna mcm mna?

cplud miera said...

Ciannye akk.. xper kak, selamat hri ry yer ;) jgn sdih2,ade fmily bhgia peneman idup di cc. ;) sedih sy bc entry akk ni yg dh 4thun beraya kt perantauan, tabahkan hati kak

Asmara said...

Kak Ayu, mmg kami le satu2nya family yg ada. lain semua adik2 yg bz dengan sekolah. Kami kat sini semua cabut lari ke Tokyo, InsyaAllah.. takat raya 5 orang macam segan2 je nak pakai baju raya. hehehe...

Miera, alhamdulillah ada suami dan anak2. nasib baik ada skype boleh la tiap hari berhubung dengan family kat mesia tu. mekasih ye miera, selamat hari raya!