Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi sekiranya ke Iwate iaitu Fujiwara Heritage Park. Salah satu perkampungan bersejarah di Jepun pada zaman Heian era. Perjalanan mengelilingi satu kawasan ni lebih 2 jam. Kami pun hampir 4 jam berada di dalam. Sangat besar kawasan ni, penat jugak mendaki dan menuruni bukit.
Dipintu masuk, Batrisya bergambar dengan maskot, ada dua sebenarnya ni. Letak satu gambar je la. Tiket masuk 800yen seorang dewasa, kanak2 bawah 7 tahun percuma.
Gambar banyak sangat ni, letak sikit2 je, semua tempat pun nak bergambar. Banyak rumah dan istana lama yang dibina semula dan dijadikan muzium. Haziq dengan guide kawasan ni.
Dalam rumah Kiyohira, tuan tanah pertama di Fujiwara.
Act. kawasan ni terkenal sebagai tempat pengambaran filem2 dan drama berunsurkan sejarah Jepun. Salah satu filem yang menang anugerah tahun lepas pun dibuat pengambaran di sini.
Model patung Oshu Fujiwara, Batrisya dan Haziq takut lak dia ingatkan orang betul. hihi..
Pemandangan dari atas istana. Letih jugak merayau satu kampung ni.
Ada Anpanman show. Berkejar jugak kami ke pentas ni sebab nak duduk depan punya pasal. hehe.. Budak2 ni suka la dapat tengok live show. Lebih kurang 1/2 jam jugak. Memang puas hati. Haziq dan Batrisya boleh pulak beli set kaler dan t-shirt anpanman kat sini. Rasanya lebih murah dari yang dijual di Muzium Anpanman Yokohama tempohari.
Lokasi utama untuk pengambaran. Waktu ni diorang tengah buat renovation sebab esoknya ada pengambaran filem baru.
Bangunan istana lama yang dibina semula.
Antara sejarah2 Fujiwara ni. Tak baca pun tengok2 je. hehe..
Testing untuk shooting esok. huhu.. kalau datang esoknya mesti dapat jumpa dan tengok artis jepun tengah belakon. kihkih..
Pintu masuk, lokasi ni memang cantik dan memang terasa berada pada zaman Jepun dulu kala.
Kecik sangat la kepala budak2 ni nak bergambar. Area sini sunyi sepi jugak sebab dikelilingi hutan. Tempat shooting laluan berkuda zaman dulu kala dan perang.
Batrisya buat lawak kat sini! boleh pulak dia ikut org jepun bersembahyang. Adoi la anak! itu bukan agama kita. Nasib baik dia cuma buat tangan tunduk bawah je. huhu.. bahaya gak ni. cepat2 mama sergah dia. Haziq pun mengada2 nak ikut macam kakak dia buat. Tak boleh bawa jln tengok kuil la lain kali. huhu..
Bagi ikan koi makan. Haziq baling dekat sungguh, dah le ikan tu melompat2 ke atas sebab mengejar makanan. Basah baju kene percikan air tu.
Tapak tangan artis2 yang pernah buat shooting kat sini. Ini dalam muzium. Oklah menarik jugak tempat ni, tapi di Nikko Edomura lebih happening. Berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Waktu operasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kalau minat dengan sejarah Jepun boleh la berkunjung ke sini. :)
2 comments:
salam,
bestnye blh tgk sejarah jepun..permandangan sana cantik dan untung dpt pegi kt lokasi pengambaraan..
Sweetsal, org jepun mmg jg tmpat2 sejarah diorang. AA dah murah boleh la berkunjung ke sini. ;)
Post a Comment