Wednesday, September 1, 2010

Apam Balik

Diam tak diam dah 22 hari rupanya kita berpuasa. Sekejap je masa berlalu tanpa kita sedari... semoga semua amalan kita semua diterima olehNya.. Amin..:)
Atas tu apam balik yang baru menjadi sikit la, kali pertama buat ok jugak tp tak berkesempatan nak posing. hihi.. guna jagung krim dan badam hancur, kacang tanah dah abis stok. Rasanya guna jagung biji2 tu lagi sedap kot, jagung krim sini mmg krim betul sampai tak berapa nak rasa jagungnya tu. Resepi dari sini. mekasih tuan punya resepi. :)

Bahan-bahan :
2 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum)
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :
1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk (saya ganti badam)
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Kaedah penyediaan :
1. Mesinkan telur dan gula (guna blender)
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu
senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum
dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan
minyak terlebih dahulu.

2 comments:

wan syamilah said...

bestnya apam balik...blh cuba ni...

Asmara said...

Syamila, buleh2. wat sendiri lagi best. hehe..