Resepi kuih ni jumpa kat blog kak hana. Dok skodeng nak wat kuih apa untuk berbuka, nampak la resepi kuih ni nampak senang je nak buat. Memang berbaloi dan sedap bagi saya la. Mintak halal ye kak cnp resepi. Tq. :)
Bahan-bahan
Cara-cara- 100 g tepung beras
- 100 g tepung jagung
- 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
- 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
- 1 sk garam atau secukup rasa
- sedikit pewarna hijau (opt)
- SIRAP GULA MELAKA :-
- 500 g gula melaka
- 1000 ml air
- 2 helai daun pandan - disimpul
- Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
- Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
- Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
- Sajikan bersama sirap gula melaka.
2 comments:
salam..
Waaaa, kita boleh sama kan menu berbuka hari ni..hehehe
Cik mat, hehe.. tula sedap la!
Post a Comment