Friday, July 30, 2010

Yukata!

Alhamdulillah.. rezeki untuk papa! Papa dapat hadiah Yukata dari bekas guru besar sekolah budak2 ni. Baiknya hati dia. Act. guru besar tu dah bersara dia selalu jumpa papa kat sekolah masa amik dan hantar budak2 ni. Ojiisan tu kalau jumpa mesti berborak dgn papa. Dia minat sangat dengan kopiah yang papa pakai. Haritu balik M'sia dia siap kirim belikan kopiah tu. hehe.. tapi kami bagi je la sebagai souvenir untuk dia. Sebagai balasan dia nak buatkan Yukata untuk papa. Tempah khas dari kedai, papa dtg amik ukuran semua. Semalam sensei call beritau Yukata dah siap.
Wah! sangat teruja masa dapat ni. Kalau beli kain dan tempah kat sini mmg mahal sangat la. Rezeki papa la dapat free je.
Obi (tali pinggang kaler biru) pun dia hadiahkan sekali. Yukata ni orang Jepun pakai masa Matsuri. Oh ye kebetulan malam ni ada Hanabi Matsuri (Pesta bunga Api) kat sini. Sebab tu disiapkan semalam untuk pakai malam ni.
Yatta!! suka ye papa! hehe.. obi tu salah ikat ye. Ni testing je dulu, malam nanti pakai betul2 ye.
Budak ni nak jugak pakai yukata. hihi.. Ini sekolah punya, minggu depan ada matsuri peringkat sekolah. Dia tengok papa testing dia pun sibuk keluarkan dia punya dari almari.
Ok jom kita pegi tengok Hanabi malam ni. Harap2 tak hujan la ye. 2/3 hari ni hujan la pulak.
Mama je takde lagi ni. hehe.. nanti nak carik jugaklah buat kenang-kenangan duk Jepun nih. hihi..:)

5 comments:

Don & Nor said...

bestnyaa dpt present tuuu....
enjoy 2nite kay...

Idayu said...

waa mlm nih ker hanabi? kat nagaoka isnin n selasa dpn..ingt nk beli yukata gak, tapi sampai sudah x beli-beli jugak...tak kira, b4 balik nak jugak selai!

Asmara said...

Nor, mmg best, nak beli sendiri mmg berkira2 jugak lah. hehe... mmg enjoy mlm tu tengok hanabi. :)

Kak Ayu, beli kak, kenangan duk jepun gak tu. hehe..kite pun tak terbeli2 lagi. huhu..

Kamalia said...

salam kak..bestnye papa dapat yukata..wah..cemei betul haziq..best la dpt pi hanabi..kat sini sy xtau la bile..

Asmara said...

kamalia, mmg best, tp pakai sekali ni je la. tunggu la bila lagi ada matsuri. hehe..