Wednesday, July 28, 2010

Summer Camp

Minggu ni bermulanya cuti musim panas bagi sekolah Batrisya dan Haziq. Sebelum bercuti pelajar tahun akhir terlibat dengan summer camp. Wah! seronok dan excited Batrisya nak tidur di sekolah. Macam2 persediaan dan kelengkapan perlu disediakan. Tengok la satu troli barang kene ada. Preparation macam nak kene tidur seminggu. Gambar atas waktu mula2 tiba di sekolah, disambut oleh sensei.
Summer camp ni wajib untuk pelajar sebelum nak masuk sekolah rendah. Tujuan nak ajar budak2 berdikari sendiri. Aktiviti yang pelbagai, antaranya, memasak, mengemas dan mengurus diri sendiri. Kecik2 dah di ajar budak2 supaya berdikari.

Aktiviti hari pertama, lawatan ke Onsen(kolam air panas). Batrisya mandi dan berendam sama2 kawan2 dan sensei. Jepun ni wajib ofuro(berendam), tp yg x best kene bogel. huhu... diorang ni selamba je. Teringin jugak nak berendam tp belum ada kesempatan lagi nak carik yg private (harga mahal).

Petang, aktiviti memasak, pelajar diajar memotong sayur2an dan buah-buahan. Masak bersama2 sensei. Menu haritu hamburger, curry rice, buah dan sayur. Batrisya punya kari dan hamburger mama sediakan siap2 dari rumah.

Malam pulak ada sesi bercerita, paginya aktiviti senaman. Sayangnyer tak dapat nak amik gambar semua aktiviti dia. Tapi boleh tengok dari website sekolah. Oh ye lagi satu, aktiviti sekolah ni akan keluar TV tarikh 2 Ogos ni, dan akan berulang sebanyak 7kali. hehe.. macam nak rekod je dari tv tu. Siaran tu memang khas untuk semua aktiviti2 sekolah di Jepun (ikut negeri), ala2 TV Pendidikan la.
Batrisya tak nangis pun tido kat sekolah. Mama yang terlebih risau takut dia tak biasa dan mencari. Maklum la pertama kali lepaskan anak tido sendiri tanpa pengawasan mama dan papa. Nampak dia happy je masa balik. Gambar atas tu balik naik bas sekolah. Bas hantar sampai depan rumah. Masa penghantaran pun sungguh tepat. Jadual ketibaan Batrisya di hadapan rumah adalah 9.42 pagi. Memang tepat sampai waktu tu, terror betul pakcik bas tu. Gambar semua papa la yang amik. Mama duk rumah jaga lagi 2 orang budak ni. Alhamdulillah selamat semua, satu pengalaman yang amat berharga untuk Batrisya.

2 comments:

Kamalia said...

hahaha..banyaknye barang nak kn bawak..satu troli..jenuhla akak duk mnyiapkn sume barang tu ye??mmg bestkan skolah kat sini..byk betul aktiviti yg berpaedah..budak2 pun suke g skolah..mesti batrisya enjoy sgt tu,xnangis pun ye..:D

Asmara said...

hihi.. seminggu gak prepare carik brg yg kene bawak. Budak2 ni seronok je pegi sekolah. mcm2 aktiviti bukan paksa budak baca buku sgt tp soh bdk enjoy dgn apa yg diorg buat. nanti Amni pun mesti rasa best bila dah lama2 nanti kan kamalia. :)