Tuesday, December 22, 2009

Aktiviti cuti

Cuti sekolah dah start. Bawak budak2 ni main kat tepi rumah aje. hehe.. xde maknanya nak kuar jauh2 main salji nih.
Percubaan untuk slide, masih tak berjaya sebab salji masih lembut lagi.
Happy Haziq!
Cuba slide lagi ye, mama duk dlm rumah je, malas nak kuar sejuk2.
Batrisya plow salji nak wat gunung.
Glove dah terbukak, meh mama betulkan.
Tenggelam disitu. mmg sengaja dia wat camtu.
Haziq main sorang2 dah, Batrisya sibuk nak tengok katun dlm rumah. Kejap je main kat luar.
Nak buat snowman terus jadik mcm kuda, haziq asyik la jatuhkan kepala snowman tu. last2 jadi tmpt duduk. hehe.. pastu tau dia duk situ watpe? dia pegi makan ais tu.. haha.. ingat ais kepal ke Haziq oii..
Ok cukup tak leh lama2, main kejap2 je. nanti kalau mama/papa rajin kita main kat luar lagi ye.

2 comments:

Anonymous said...

Amboi seronoknye diorang main salji.. kite pulak yg malas nak kuar sejuk2 gitu kan.hehhee :D

Asmara said...

Ijan, betul tu. time sejuk2 ni malas tol nak main ngan air. nak x nak kene gak la masak kat dapur tu. hehe..