Wednesday, November 18, 2009

Souffle Cheese Cake

Cheesecake ni antara yg mudah dibuat. Rasanya pun mmg 100% cheese. Makan sikit bolehla.. banyak2 mmg muak. hehe..
Resepi untuk kakakku dan rujukan. Cnp dari tokey myresepi k.yani. Tq share resepi. :)

Bahan-bahan ( 18 cm )
  • 250g Philadelphia cream cheese
  • 50g mentega tanpa garam
  • 80g gula halus
  • 3 biji telur -asingkan kuning dan putih
  • 80cc/ml fresh cream
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 40g tepung roti
  • 40g dry fruit
  • sedikit gula aising untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul cheese dan mentega sehingga kembang dan masukkan separuh gula dan pukul lagi
  2. Masukkan sebiji demi sebiji, diikuti dengan fresh cream dan lemon jus
  3. Masukkan pula tepung roti dan gaul sehingga sebati
  4. Dalam mangkuk lain pukul telur putih dan gula yang separuh lagi sehingga kembang. (Bila diterbalikkan telur tak jatuh)
  5. Masukkan dry fruit ke dalam telur putih dan kacau sebati
  6. Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan pertama tadi. Gaul sebati.
  7. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 40-45 minit. Loyang tu mestilah diletakkan dalam dulang yang berisi air
  8. Setelah masak. Ayaklah gula aising ke atas kek tadi

2 comments:

~ yus ~ said...

As sekarang semakin terrer memasak. Mesti pompuan kat dlm perut tu, kuar nnti rajin masak gak mcm emak dia...Makin semangatlah Kery...hari2 makan sedap..hehe

Asmara said...

Kak yus, makan untuk hidup kak! hahaha..