Thursday, August 27, 2009

Biskut Raya

Biskut raya untuk taun ni, tapi dah abis dah pun x seminggu pose pun lagi. Haziq dan Batrisya suka sangat makan biskut coklat nih. Hand made by my older sister n in law. Walau di pos beribu batu rupa tetap maintain. hehe..
Act. biskut ni dijual untuk tempahan. Lebih 10 tahun business kuih2 raya ni. Rasa bentuk dan rupa mmg sama x berubah. Biskut2 ni mmg dah ada pelanggan tetap sekitar Lembah Kelang dan Johor. Tp idoklah menggunakan nama komersial, cuma buat time raya je.
Gitulah rupa dalam biskutnya, penuh coklat dan badam sebiji. Biasa orang panggil Almond London tp ni namanya Coklat Delight. Harga mmg murah giler. Satu balang (48-49 biji, sebab x muat dan kene jujur ngan customer) hanya RM20.00 sahaja!!
Taun ni buat 4 jenis kuih je, kakitangan x cukup. Ini biskut pudina namanya, dua keping biskut dilapis dengan mint/pudina. Ini paling banyak permintaan, susah cari biskut mint nih. Satu balang (48-49 biji) harga RM19.00 sahaja!!
Fancy Ice-cream, menggunakan potato flour, salut coklat lg. hehe.. dulu namanya Potato Coklat dan tukar glamer sikit jadik Fancy Ice -cream. Harga sebalang (50 biji) RM17.00 sahaja!!
Ini my favourite biskut dari dulu lagi. Biskut badam, time raya sebalang ai sorang je makan boleh abis. Menggunakan badam yang dikisar halus, mmg sedap la nih. Harga pun murah sebalang (50 biji) RM17.00 sahaja!!

Wah! ini untuk jualan ke? Saja2 je promote kat sini, kot2 ada la sape2 nak tempah boleh je. Biskut akan dihantar seminggu sebelum raya. Kalau ada sape2 nak tempah terutama yang kat mesia boleh email terus ke asmara_c@yahoo.com. Penghantaran sekitar KL, JB, Melaka, Muar adalah percuma. Terima kasih ye sape2 yang cuci mata tu. :p

2 comments:

yan said...

emm, pn. asamara, saya nak order, 10 balang kuih raya, hantaran percuma terus ke Holland boleh??? hhahahahahhaa

Ish, rindunya biskut raya, nak buat tak reti+malas....

Asmara said...

hehe.. yan boleh je tp kene tukar duit euro la... muahahaha...

aku pon malas, tengok le nak dekat2 raya ke nanti kalo ada mood nak menguli. hehe..