Tuesday, June 30, 2009

Shirabu Toge - Puncak Shirabu

Weekend lepas jalan2 naik gunung plak. Berjalan ke Urabandai Area. Salah satu tempat pelancongan di tempat kami. Kawasan ini dulunya terjadinya gunung berapi dan terbentuk beberapa tasik. Gambar ini berada di ketinggian lebih 1000 meter dari aras laut. Subhanallah.. cantik sungguh pemandangan dari atas, nampak tasik di hujung sana.
Berhenti ambil gambar dan sebab mama dan Haziq mabuk naik gunung. ooh.. xboleh naik jalan pusing2, duk seat belakang mmg mabuk la mama nih. Lagi satu jalan ni ditutup masa winter sebab salji tutup gunung.
Ramai jugak orang yang berhenti di sini untuk bergambar, memang cantik, tapi nanti musim luruh lagi cantik sebab pokok2 semua bertukar warna. Hubby cakap bulan 9 datang lagi amik gambar pokok2 plak yg colourful merah, kuning, oren...