Monday, June 8, 2009

Jemput2 Tahu

Petang2 lapo je, mula la menyelongkar dapur apa nak buat minum. Malas nak buat kuih sebab lambat so buat jemput2 je. ingat nak buat jemput ikan bilis je, pastu bukak esbok tengok tahu nak expired try la buat jemput2 tahu. Uish.. sedap gak!
Bentuk x bulat sebab minyak pakai goreng tu separuh je, kalau pakai minyak penuh mesti bulat cantik. heheh.. tp mmg oily sikit la sebab resap minyak. Ringan je rasa pun ada mcm tahu kering (yong taufu) yg jual tu. Cubalah mmg sedap.. hihi..

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan air
1 bungkus tahu lembut
Segenggam udang kering
1/2 biji bawang besar
Sedikit garam
1/2 sudu baking powder

Cara-cara
- Cincang udang kering dan bawang
- Gaul semua bahan2 dalam mangkuk
- Goreng la bulat2 dlm minyak yg panas