Sunday, May 10, 2009

Hari ketujuh: Kyoto ke Yonezawa

Last day nak balik ke rumah masing2. Check out kul 9:30 pagi, konon2 nak pegi castle yang tak sempat pergi tu tapi hujan lebat la pulak. So teruskan perjalanan pulang.
Nak singgah banyak tempat tp hujan turun tak berhenti, memang soh balik rumah terus je kot. Kitaorang berpisah di Nagahama, diaorang balik semula ke Gunma kami pulang melalui jalan tepi laut.
Sempat singgah di kedai jual seafood. Tapi harganya mahal sangat. Mungkin sebab fresh kot.

Sepanjang jalan pulang hujan renyai2 tak berhenti sampai la tiba di rumah. Sebab dah tak larat nak drive last2 naik highway dari Fukui hingga Aizukawamatsu. Lalu Kanazawa, Nagoaka (tempat Mus), Niigata terus ke Yonezawa. Jauh sungguh kat highway je 7 jam. Berhenti rehat 3/4 kali, sian drebar kene tido gak. Last2 sampai rumah jam 1:30 pagi. Sepanjang laluan highway tak terkira banyaknya terowong, satu terowong panjang 1-3 km. Memang ngeri jugak lalu jalan tu malam. Jepun kan negaranya terbentuk dari letupan gunung berapi. Muka bumi nya memang byk gunung ganang. Pantai pasir dia pun tak secantik pantai di Malaysia.

Letih sungguh perjalanan selama seminggu nih. Balik rumah lepak, seharian mengemas dan membasuh baju. Yang tak best sampai je Yonezawa sejuk terus kembali. Kat area bawah mmg panas, ada bawak gak baju tebal tapi tak pakai pun ingat sejuk mcm kat sini. hehe...