Wednesday, April 22, 2009

Kenderaan kami..

Kami hanya menaiki basikal atau berjalan kaki untuk ke sekolah atau pasaraya. Bagusnya basikal kat sini siap ada seat utk budak2. Hari2 papa kayuh basikal ke sekolah dan Batrisya bonceng di belakang. Basikal ni beli secondhand je tp masih elok, ada sejarah gak tu tayar penah bocor papa tolak pegi kedai basikal dlm keadaan hujan. Cian papa..

Ehek.. sekarang silalah 'Jeles' dgn saya ye kawan2. Saya sudah ada kenderaan yang lebih besar dan dapat melindungi dari hujan/panas/salji/daun2 berguguran..
Best tak? mestilah best kan.. kat mesia tak merasa pakai. Korang mesti nak tau hargakan? ha jgn terperanjat ye.. harga kete saja RM6000 okey!! setelah masuk insurans, road tax dan lain2 kaedahnye, semua sekali dibayar dlm yen atau ditukar dlm RM adalah RM10k ++ sahaja.. Kat mesia boleh ke dapat kete harga 10ribu? kancil 5 taun pakai pun belas ribu termasuk utang bank. Kete secondhand sini mmg la murah, kalo yg baru tu mahal le. Tujuan beli untuk kesenangan terutama musim hujan ni skrg, sian tica nak ke sekolah lagipun harga mampu dibeli. Saya percaya student2 mesia yg berfamily duk UK dan Jepun kalo tak beli kete mmg tak sah kan? hehe..

8 comments:

reen said...

congrats as, ckp dgn keyrie bw keta bebaik...ini yg org kata "bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian" :)

Asmara said...

hihi.. InsyaAllah. 2 bulan lagik kene jimat cermat gak nih. huhu..

Pepejal said...

Asmara.. nak order bole tak? korang dapat berapa AP?

suka menanti said...

wau... tolong belikan sebiji...
(yang boleh di pos cukuplah)..he.he.he

Asmara said...

Pepejal: dpt satu je, tp budak2 mesia yg lain ada yg nak jual. Kalo nak boleh email kat saya. :)

Kak Norida boleh jer.. cakap je nak model yang mana. hehe..

Intanaziela said...

AS,boleh bawak balik malaysia ke nanti tu? bestnye... :P

As said...

Intan, yang ni pakai sini je. Bawak balik yg lain. hehe.. (berangan lagi nih..)

Intanaziela said...

As...kalau ada yg AP tu..cam berminat jek...leh share detail tak? email kat intan yek...