Monday, April 27, 2009

Hanami tak jadi

Sepatutnya kitaorg pegi hanami , tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan maka tak jadiklah kami pergi. Hujan turun seharian tak berenti tak dapatlah nak berhanami. Hanami tu maknanya tengok bunga2 sakura yg mengembang. Kat area kitaorg baru je nak kembang bunga2 tu, kalau area bawah dah abis gugur dah..

Hanami pada Sabtu lepas dicadangkan oleh budak2 undergrad sini. So diorang dah siap masak bagai termasuklah kami. Akhirnya budak2 tu je yg pergi buat bbq kat bawah jambatan. Tengok bunga bertukar jadi tengok hujan.. hehe.. Kitaorg tak pegi la hujan nak bwk budak2 kecik ni kang demam plak. Sebab dah buat kuih sikit bagi je kat diorg tu. Try buat puding roti sodap jugak walaupun lorekan tu main hentam saja (maklum le tangan tak berseni) dengan popia telor. Nak resepi tak? hehe.. kali ni C&P resepi yer..

Puding roti
1 paket agar2 (20g)
5 keping roti
2 biji telor
1/2 cawan susu pekat
180ml susu cair (pakai fresh milk je)
1/2 cawan gula
1500ml air

Cara2
Masak air ngan agar2 letak gula sekali.
Roti dan lain2 tu blend sampai hancur.
Pastu campur dlm agar2 yang dah masak tu.
letak marjerin sikit kasik cantik.
Pastu masuk le dlm bekas cantik2 (pakai cup lagi cun) lorekkan ngan apa2 kaler.
Ikut resepi betul pakai kaler tp saya pakai serbuk coklat bancuh air pastu lorek je.
Sejukkan siap dimakan.

Popia plak senang je. Letak mix vege, tahu lembut, telor, udang kering dan bawang. Pastu masak mcm biasa buat inti gulungkan dan goreng siap dimakan. Nyummiee..

4 comments:

suka menanti said...

salam..

rajin betul memasak...
esok bila balik malaysia boleh jadi chef asmara..suka masak tak apa jangan suka makan..nanti dah tak rupa macam asmara lagi dah...he..hhe..

Asmara said...

haha.. kalau dah masak tu terpaksa gak makan. Dah jadik hobi plak dah memasak nih.. seronok nak mencuba sesuatu yg jrg dibuat. :)

Pepejal said...

Huhu.. satu post yang lengkap.. hari tu dah try buat popiah ngan isi ketam.. best.. buat tak banyak dalam 30 jer.. dalam masa kurang 20 minit.. habis..

Balik dari Redang Island ni nak try buat puding roti plak.. seronok plak masak memasak ni.. owg umah pun suka.. sayang pun lebih..

freefun0616 said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,