Wednesday, April 8, 2009

Entrance Ceremony

Hari pertama Batrisya ke sekolah. Pagi2 dah teruja nak ke sekolah.. Dah sampai sekolah tak nak berenggang langsung dengan mama dan papa. Entrance Ceremony semua parents kene ada sampai balik. Isk tak tau plak budaya sini. Rupanya parents semua pakai formal suit dengan kot bagai. heh.. kitaorg la paling tak best pakai jeans je. Mungkin sebab memang majlis rasmi, so time ni lah nak tunjuk smart dgn make up, aksesoris bagai. Ada juga yg pakai kimono smart abis la..
Tempat gantung beg dan barang Nurdayana Batrisya.. Batrisya ada pelekat sendiri. Kat rak kasut pun dah ada nama dan tag 'epal' tu
Dah siap tampal kat dinding tarikh lahir Batrisya 15 Oktober.
Guru besar sekolah ngan maskot. Haziq suka ngan Bunny nih.
Muka boring dengar taklimat yg tak paham. hihi..
Sensei kelas Batrisya. Ada lebih 10 orang sensei sekolah ni. Kelas batrisya ada 23 orang. 20 orang budak lama. 3 orang termasuk Batrisya yang baru.
Eheh mcm faham je..heheh.. (nasib baik papa ada jadi translator kitaorg)
Nih kat depan pintu masuk. Haziq terselit nak gambar tapi lari plak.
Minat betul Haziq dengan mainan ikan dalam tu.
Sempat main2 kat luar sebelum balik. Harap2 Batrisya gembira nak sekolah, mungkin baru2 dia susah sikit. Papa dah siapkan list perkataan untuk sensei supaya senang nak berkomunikasi. Tengok perkembangan dalam seminggu ni macamana.