Sunday, March 1, 2009

Hari ke 2 di Jepang

Amik gambar kat area rumah. Masih ada snow lagi. Batrisya teringin nak main salji. haha.. agaknyer teringat masa dia kecik2 dulu mama letak dia kat snow.
Haziq yg tak suka pakai jaket. Org kesejukan dia rimas plak pakai jaket nih. Gambar kat tepi rumah.
Gambar kat rumah baru kitaorg. Act. masuk hari ni tapi sebab takde line internet lagi, saya sanggup duk rumah kecik ni sampai minggu depan. Hubby sewa 2 bijik rumah bulan nih..
Gambar tandas pun nak amik. Suka sebab semua baru sekali ngan bath tub. :)
Kabinet dapur pun baru. Act rumah lama tapi landlord buat pengubahsuaian sikit. lantai dapur pun ada storage.
Ini area ruang tamu merangkap bilik jugak la. Rumah ni ada 3 bilik. Besar, luas dan selesa.
Rumah besar byk la jugak nak pakai heaternyer. Kat sini tak macam UK ada central heating diorg pakai heater yg menggunakan minyak tanah atau heater letrik. Jenuh le nak letak tiap bilik. Rumah ni menarik landlord siap bagi free parking, Cable tv free (mcm astro la kalo kat mesia), dan murah!! Landlord tu kaya ada sekolah memandu, mcm tak kisah je nak sewa berapa. Siap bg diskaun 10000 yen tu. Kitaorg tak mintak dia yg offer, tp malangnyer dlm kontrak dgn agen dah sign harga asal. Ceh.. mcm nak mintak tukar kontrak jer.. hubby kata oklah tu kira dah murah dah...

Esok beg sampai, kitaorg pos dari airport. Senang dan tak memenatkan nak angkut beg. lepas tu nak buat alien card. wajib utk foreigner. Budak2 ni nengok katun jer la buat masa nih. kul 5 lebih dah gelap. Area sini ok la even kawasan kg, semua kemudahan ada. Barang pun murah. Kerete je kitaorg tak beli lagi. Hubby dah ada lesen Jepun, tengah memikir2 kete apa nak pakai nih??

9 comments:

Ajzie said...

salam kenal..
dtg dari blog yus.. selalu juga kesini tetapi lum pernah tinggal jejak..

Wahhhhh sudah sampai Japan yea.. Moga ceria2 selalu...

Aina said...

wah wah... bestnyaaaaa.... i'm happy for you... jgn lupa upload gambar byk2 kat fs yep... :-)

~ yus ~ said...

waahh as! Cantiklah rumah baru. Teringat lak cerita OShin..hihi. Bolehlah melepak rumah as kalau ke sana ekk..hihi. Entah sampai entah kan tidak..kihkihkih. Happy new life!

Asmara said...

Ajzie: Welcome!! terima kasih.. :)

Aina: Hari2 amik gambar nanti. sampai tahap bohsan.. haha..

K Yus: Rumah sini mcm kotak je kak, tp dlm cantik. Mana tau kak SRD dtg sini boleh ikut. hehe..

en_me said...

gambar mangkuk tandas yg terbalik tewww tak nak tunjuk kerrr.. ehehe

jorazak said...

asmara
hi, hi, mana gambar kerry ye? nak tengok, dah kurus ke? bila as dah dtg, bertambah sihat pulak ke.

Chenta Hati said...

As,
Amik dari setiap sudut tau! Janji tau!

Cantik rumah tu.....request opis buat macam tu la..

As said...

En.Me: Sebelum guna amik gambar dulu. hehe..

En.Joe: ada la gmbar kery kat bawah nun. Makin sihat le dua2 nanti.:)

K.Zana: akan diusahakan. Opis tu dah cantik sgt dah..

freefun0616 said...

酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店經紀,
酒店打工經紀,
制服酒店工作,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
專業酒店經紀,
合法酒店經紀,
酒店暑假打工,
酒店寒假打工,
酒店經紀人,
菲梵酒店經紀,
酒店經紀,
禮服酒店上班,
酒店小姐兼職,
便服酒店工作,
酒店打工經紀,
制服酒店經紀,
酒店經紀,

,酒店,