Alhamdulillah tahun ni sekali lagi dapat menyaksikan Lukisan Sawah padi atau dikenali sebagai Tanbo Art di sini. Tahun ni bertemakan beras baru keluaran Yamagata iaitu つや姫 (Tsuyahime). Kali ni gambar pakcik Uesugi Yozan yang menjadi watak utama di sawah padi dengan kata2 hikmah dari beliau なせば成る(Naseba Naru) yang bermaksud 'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'.
Inilah pakcik Uesugi Yozan, tugu peringatannya ada di Uesugi Jinja tempat pelancongan utama di Yonezawa. Seorang Daimyo (Landlord) terkenal di Yonezawa zaman dahulu yang memajukan bandar Yonezawa dari segi ekonomi dan sosial.
Waktu datang ni bersama dengan Ami dan Aki, tak silap 2 minggu yang lalu, jalan2 sebelum puasa. Tempat ni terletak di Onogawa Onsen, lebih kurang 15 minit dari rumah. Sekarang pemandangannya masih cantik lagi. Padi bewarna original ni akan dituai pada bulan September nanti.
Tahun ni merupakan tahun ke tujuh Tanbo Art dibuat di Yonezawa. Papan penyataan ni pun ditunjukkan lukisan2 sebelum ni. Nak tengok lebih jelas lukisan2 yang sebelum ni dan sedikit maklumat lanjut mengenai Tanbo Art ni boleh tengok di Lukisan Sawah Padi secara Live. ;D
Sangat kagum dan menarikkan! Selamat berbuka puasa buat semua. Hari ni waktu berbuka puasa di Yonezawa jam 6:51 petang. :-)
Assalamualaikum As sayang,
ReplyDeletesihat ke??Selamat menjalankan ibadah puasa ya...aduh baru hari ini kak Nur sampai sini...maalum lah As kan jauh kita nie...hehehe...
Cantik aah lukisan tu..hari ini masak apa As utk buka nanti...panjang tk masa berpuasa di sana??
wa menarik sgt2 ni!
ReplyDeleteSalam kak as! mmg kretif dia org ni kan? ehehe... kuih cara manis kita tak minat sgt tp kalau yg berlauk tu kita minat :D kita pun kalau buat guna acuan takoyaki, kat sini ada jual penutup dia tp lain harga dgn tako maker tuu huh! Cendol tu pulak, kita belum rasa tp bau dia sedap betul, pastu tektsur dia mcm kenyal2 gituu maksud kenyal tu kenyal cendol tauu, :D buka nanti baru rasa sbb buat lepas wendy post n3 pasal cendol tu ehehe..
ReplyDeletewah! Cantiknya pemandangan kat sana...:)
ReplyDeletekemas sungguh lagi berseni.. itu ada padinya kah? selamat brbuka puasa jg..;)
ReplyDeletewah hebat yer boleh lak buat lukisan kat sawah padi tuh...
ReplyDeletekiree :)
ReplyDeleteSgt menarik !! Tak pernah terpikir and tahu ttg kewujudan tanbo art ni.. Kreatif sgt.. Cmne agknya diorg lukis tu ye..
ReplyDeletesemoga ada rejeki utk tgk tanbo art ni...
ReplyDeletesalam asmara.cantiknya lukisan lam sawah tu.Camna dia buat ya?
ReplyDeleteAgak2 kat mesia leh buat camtu tak kat sawah padi..ngeeee
salam as
ReplyDeletesangat teruja tgk lukisan camtue..kretif sungguh la diorg..byk pogram menarik kt sana kan:)
wah , kreatif sungguh depa ni.
ReplyDeletewah , kreatif sungguh depa ni.
ReplyDeleteApsal kat Chiba takde ye...hehehe (sambil garu dagu)...selalu tgk sawah padi kat chiba tapi tak penah lagi jumpa tanbo art...cantik sungguh
ReplyDeletekreatif betul diaorg ni kan
ReplyDeletekreatif! Canntikk.. ni nak makan nasi nya pon sayang..haha
ReplyDeletemenariknye!!! =)
ReplyDeletecantik!!! komakai betul nak buat tulisan tu..jadi cantik pulak tu..
ReplyDeletekreatif sungguh...sungguh hebat yang melukis nya..
ReplyDeletejepun memang kreativ, selain kat sawah padi, is penah tengok orang-orang dari jepun, kreativ sungguh... (^___^)
ReplyDeletesngt kreatif yaa mereka..:)
ReplyDelete