Wednesday, April 16, 2014

PERINTIS 2014

Assalammualaikum, Mood untuk blogging sudah tiba. hehe.. Saya cuba nak konsisten update blog. Bukan apa untuk kenang-kenangan masa akan datang. Bila baca balik entry lama macam rugi pulak tak simpan kenangan dan memori tersebut esp. pembesaran anak2. Rugi sangat.. Sejak balik Msia anak2 membesar terlalu cepat sampai tak perasan perubahan fizikal mereka. Kamera pun dah jadi tukun. huhu.. Selagi blogspot ni masih boleh digunakan kita gunakan ia.

Ini untuk memori saya. Pergi masuk hutan join aktiviti tempat kije. hehe.. wajib tu. 3 hari 2 malam tido khemah. Teringat zaman sekolah ngan U dulu bercamping masuk hutan, panjat bukit/gunung, masak dlm hutan. Fuh.. nasib baik masih ada stamina. hehe..

This is my group. Nama group MyG.. kami support! ;D.  Act. ada 11 orang, tapi lagi 2 orang tak dapat join atas masalah kesihatan. Ada kejadian jugak, waktu ni sorang group kami tertinggal masa kat check point 3. Sengaja disorokkan. huhi.. dah sampai check point 4 baru perasan sorang takde. Menguji semangat berkumpulan betul. Sangat penat minda dan fizikal. Naik turun bukit, lepas tu uji minda bukan main banyak. Pening jugaklah. Tapi nasib baik kumpulan ni ahli akademik yang bijak pandai banyak membantu menyelesaikan soalan2 uji minda. :D

Dirikan khemah sendiri, khemah sekarang tak macam zaman dulu. Khemah ni pasang siap je sangat mudah. Malam pertama hujan lebat. Sejuk.. Dalam hutan dibekalkan 2 pot beras 1 tin sardin dan telur sorang satu. Itu je makanan yang diberi dan pandai2 la masak dan makan share2 (ini masa masuk hutan je, masa lain makanan disediakan sangat mewah, siap ada kambing golek ;). Ada jugak abseiling dan wall climbing. Gambar ketiga tu kami panjat bukit sampai atas tu guna tali. Seronok dan best jugak sekali sekala buat aktiviti macam ni. Balik rumah badan sakit2 maklum la dah lama tak beraktiviti lasak macam ni.

Hari berikutnya ada kejadian pulak terjadi kat rumah sepanjang ketiadaan ku. Papa ditugaskan menjaga anak2 3 orang. huhuhu.... nanti sambung. :)

8 comments:

Acik Erna said...

Acik menunggu sambungan ni As

cahayahidupku.blogspot.my said...

As Salam Asmaraa...

Rindu akak dengan entri As...
Lebih lagi kisah anak As tiga orang tu..
Biasalah As, bila awal tahun memang banyak program luar yg kena attend.. sakit semua urat yg dah lama bersimpul tu kan...
Akak bila balik aktiviti lasak macam ni mesti demam urat punya :)

nazayiena said...

Assalammualaikum As,
Lamanya x update blog,bestnya dpt bercamping dgn kwn2...

rostina76 said...

lama as menyepi, harap pasni lebih byk stories. heheh serius seronok tgk mak2 dara camping ni.

me suya said...

Assalamualaikum akak..
suka sungguh bila akak update :)

LydSunshine said...

welcome back as. aktiviti panjat gunung mana tu as.

Asmara said...

thank you all! rindu kat u all sangat2. :D

Anonymous said...

Welcome back!