Ini gambar masa bulan Mei tempohari. Bawak jalan2 main kat taman. Nama taman ni Waku-waku Land. Waktu ni baru start panas, tapi suhu masih belas2 lagi waktu tu. Minggu ni dah start panas betul tempat kami, suhu tertinggi buat masa ni Isnin lepas 35C! tapi semalam dan hari ni cuaca mendung je, tak panas sangat. Best naik gelongsor ni, tinggi dan panjang! Haziq ngan Batrisya 3x naik, mama 2x je sebab tak larat nak dukong Haqem sambil naik bukit. hihi..
Banyak permainan untuk kanak2 ada di sini, musim ni ramai la orang datang, selain tempat permainan ada jugak tempat BBQ disediakan.
Antara taman yang kami selalu bawa anak2 main di sini. Memang suka sangat la budak2 dapat main kat sini.
Haqem tu takut naik buai, tak nak dia duduk dalam tu. Ada jugak air terjun buatan, panas2 memang best main air kat sini. Haziq try kayuh kereta tu, tapi kaki tak sampai dan tak kuat nak kayuh pedal tu, terpaksa mama tolak dari belakang. hehe.. oh ye masuk taman ni free je, ada juga padang untuk basketball.
Gambar bertiga memang payah sikit nak elok gambarnya, ada je aksi tak pandang camera. hehe..Simpan je gambar ni untuk kenang2an mereka nanti. ;-)
comelnye diorg!!! siap baju angry bird lagi!
ReplyDeletesedondon sume merah, apsal akak x join pakai baju angry birds jugak eheh
ReplyDeletecomeynye anak3 As nih... baju semua sama...angry bird... ngn mak sekali turun slide tu ye...ehehe
ReplyDeletesemua sebijik ah mcm anak2 Jepun..dah lama stay kat jepun kan...
ReplyDeletecantik, suasana nya macam kat malaysia.. seronok nya !
ReplyDeletewah baju sedondon tu hehe, neway KA nk wish selamat berpuasa ye, mudah2an amalan kita diterima
ReplyDeleteHaqem tu sebijik cam Jepun hhehe :D comell
ReplyDeleteserba merah berangry bird semua anak2...comel tengok mereka...
ReplyDeletecomelnyaaaa
ReplyDeletesedondon lak tuu
bukan main suke memasing yee ;)
si haqem tu da nampak macam anak jepun saya tengok..berkat makan beras jepun kot kan..hehe..
ReplyDeletecomel budak bertiga tu pakai baju sama...kak as kenapa nampak very vogedivass i loikee...
ReplyDeleteAmboi....mama tumpang sekaki main gelongsor.:-)
ReplyDeletealahaiii comey2nya
ReplyDeletegambar pun cantik dan terang
satu geng angry birds tu.hahaha..tak suka natsu.panas dia melampau sangat tapi time natsu la leh kumpul duit banyak2 baito kutip sampah.huhu
ReplyDeleteSuka tengok budak budak..Alhamdulilllah,semuanya sihat sihat :)
ReplyDeletesaya ingta waka-waka tadi..haha
ReplyDeletemmg skrg paneh sgtkan..xlarat nak bwk budak ni pi playground..huhu
eh u,nampak diva la u..:)
semua sedondong bajunya...hehehe
ReplyDelete