Tokyo Metropolitan Government Building atau City Hall pernah menjadi bangunan tertinggi di Jepun sehingga tahun 2006. City Hall setinggi 48 tingkat ni dibuka kepada umum untuk melihat keseluruhan bandaraya Tokyo secara percuma! Ini kali kedua kami di sini. Jika anda melawat Tokyo dan nak tengok keseluruhan bandaraya Tokyo secara percuma silalah ke sini. Biasanya orang akan ke Tokyo Tower atau sekarang ke Sky Tree, tapi perlu membeli tiket. City Hall yang boleh dinaiki terbahagi kepada 2 observation decks, sebelum ni kami naik wing sebelah kiri pada waktu malam, kali ni kami naik wing sebelah kanan pula.
Antara pemandangan yang dapat dilihat dari observation decks di tingkat 45. Kalau cuaca cerah boleh nampak Gunung Fuji dari sini, waktu kami datang cuaca agak mendung. Gambar atas kanan tu kelihatan Shinjuku Gyoen, taman terbesar di Tokyo. Selain dari tu dalam ni terdapat jugak kedai cenderahati dan cafe, juga disediakan alat bantuan walkie talkie headset (english) secara percuma. So sepanjang berada atas deck, kita boleh dengar dan tahu info bangunan yang dilihat.
Kali pertama kami datang waktu malam, lebih cantik dengan cahaya lampu2 di seluruh bandaraya Tokyo. Setiap bahagian cermin juga ada disediakan maklumat bangunan yang kelihatan.
Tokyo Metropolitan Building ni dibuka setiap hari dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 malam. Masuk adalah percuma. Pintu masuk berada di bahagian bawah sekali, kami parking kereta berhadapan dengan bangunan ni. Sempat juga berada di Shinjuku area yang terkenal dengan shopping/department store yang besar2. Letih tengok orang Jepun jalan laju2 dan sentiasa penuh sesak dengan orang. ;)
*Semalam tengok berita kilat sambung menyambung lebih 30 ribu kali di Jepun. huhu..
Salam As,
ReplyDeleteBila tengok terasa tinggi di langit biru... percuma jer ye As.. di Malaysia naik menara KL pun kena bayar...
Banyak tu As, lebih 30 ribu kali kilat sambung menyambung...
Moga As sekeluarga di lindungi Ilahi..
Masyaallah padatnya tokyo! kros dok ingat india bandar plg padat di dunia rupanya TOKYO! btw mmg husb kros pernah bgt tokyo mmg macam sarang semut (busy dgn umat manusia).....hehe, imaging jelah sbb dia je yg dah pergi.
ReplyDeleteis gayat.. hehe (^___^)
ReplyDeleteJalan2 kat Tokyo dengan kereta ke? Sure banyak traffic jam.
ReplyDeletesenang tak jalan2 area tokyo? tak penah pegi lg ni ;)
ReplyDeleteuwaa jakun tak pernah tahu pun pasal bangunan ni...
ReplyDeletewahh tinggi tu..:)
ReplyDeletepercuma je yea masuk kat sn...kat sini kena byr mcm masuk menara KL tu...wuuu
teringin nak g japan bila akk cte mcm ni..heee
Cantik pemandangan dari atas.. :)
ReplyDeletetingginya bangunan tu As..tapi cantikla view dari atas tu kan. ...kalau akak naik maunya gayat dok atas tu...hehe
ReplyDeletepadatnyer..tp cantik jer tersusun.. yg plg best taman tu la... macam syok jer p taman di tengah2 bandar...
ReplyDeletebab kilat tu, huhu..seram la sikit... 30 ribu kali??? kl saya kt luar time tu, alamatla....
sekali bawa parents jejln merata akak bawa ekk....yg penting free gituew
ReplyDelete@Teratak Hami, ok je, jammed tu biasa la kan. tp rasanya better bawak kereta kot. hehe..
ReplyDelete@Easy, InsyaAllah senang kalau cari info terlebih dahulu dan rancang perjalanan. ;)