Aktiviti masa cuti sekolah. Kami ke Denkoku no Mori berdekatan dengan rumah. Batrisya belajar mengait secara percuma. Dalam ni memang ada banyak aktiviti untuk pelajar sekolah. Selain ada mini library, tiap Rabu dan Khamis petang ada macam2 aktiviti yang disediakan untuk pelajar menimba pengalaman secara percuma. Contoh melukis, mengait, menjahit, origami dan pelbagai lagi. Tapi sebab balik sekolah penat jalan kaki, nak ke sini pun agak jauh kalau jalan kaki, biasanya pergi masa cuti sekolah.
Gambar kenangan dengan sensei yang mengajar. Sensei ni fasih cakap English. Batrisya kait alas untuk cawan. Dah siap boleh bawak balik rumah sebagai cenderahati. :)
17 comments:
pandainya batrisya mengait, malu auntie Liza tau....hihihihi
comelnyaaa bolehla ajar auntie hanis plak eh...
selamat hari raya
rajinnya Batrisya, bagus jg kan xtvt masa cuti sekolah camni bila nampak hasilnya mesti happy
bestnya...mgasah kreativiti
bestnya kecik2 dah belajar menjahit..
waaa very good batrisya ! .. ;)
trendmark batrisya yea peace tue..cute jea hihihi
kawaii.. kalau kat mesia ada class macam tu.. dah lama saya join.. hehe
Cemana bleh free kelas tu? Kerajaan jepun yg sediakan ke? *kagum seketika*
Alamak Batrisya, makcik Lyd pun tak reti sepatah habuk pun mengait. Malu..malu. Huhu.
Wah! pandai batrisya mengait ye.. cantik pulak tu...
Akak tengok alat kait ni lain pula ye As... agaknya guna yang ni lagi cepat siap kot.. akak guna yang jarum kait besi tu...
Dulu2 rajin lah mengait... sekarang dah pencen.. jarum kait pun dah entah kemana...
bagus betul kelas kat Jepun ni, menitikberatkan skill macam ni kan, kita ni asyik exam oriented aje...huhu
wah bagusnya!
wah... beskan... ada macam2 kelas... sangat menarik (^___^)
Rajin anak dara As sorang ni. Makin naik la saham besar nanti :-)
Suya sendiri pun xreti mengait~
Sugoii kakak batrisya!! lepas ni boleh ajar aunty ira plak ye.. hehe
Walla.. saya pun dalam proses belajar mengait juga.. Tapi tak jumpa pula kelas.. sudahnya belajar dalam youtube je..huhuhu...
Post a Comment