Thursday, December 31, 2009

Kek Karamel Epal

Kek ini dibuat secara express untuk adik keri yg wat besdey 29hb aritu. hehe.. sesaja terlebih rajin plak. Sebab tengok resepi senang sangat tu yg terus je buat. Kebetulan epal pun byk lebih kat rumah. Sejuk2 ni tak selera sangat nak makan epal, kitaorg lagi suka makan limau yg manis tu. Limau tu lebih vitamin C untuk mengelakkan selsema.
Gambar pun express je, asal ada buat kenang2an. hehe.. resepi amik kat myr dari fendi. Terima kasih share resepi. Buat hangus sikit, mmg sedap lebih rangup di luar, dalam nya lembut sangat.

Bahan-bahan (18 cm)
*Karamel Epal*
1 biji epal
30g gula halus
sedikit serbuk kayu manis (optional)

*Kek*
50g gula halus
secubit garam
2 biji telor
150g tepung
1 sudu kecil baking powder
50ml susu segar
90g mentega dicairkan

Cara-cara
  1. Kupas kulit epal. Buang biji dan potong dalam 3-5 cm atau ikut suka.
  2. *** Buat Karamel: Letak gula atas api. Bakar sehingga jadi karemal. Kemudian masukkan epal. Biar sehingga epal lembut atau air kering. Padamkan api.
  3. Masukkan gula, garam ke dalam mentega yang telah dicairkan. Kacau sehingga gula hancur.
  4. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga berbuih.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan BP . Kacau sebati
  6. Campur susu. Kacau biar sampai lembut/sebati
  7. Masukkan karamel epal tadi. Kacau sebati
  8. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170 degree selama 40-45 minit
  9. Bila dah siap boleh wrap dgn plastik wrap. Dah sejuk boleh simpan dalam peti ais.

Tuesday, December 29, 2009

Injection Influenza H1N1

Petang tadi bawak budak dua orang injection influenza bagi H1N1. Act. yg ni kali kedua kene cucuk. Mula2 cucuk minggu lepas. Kitaorang lucky jugak dapat vaksin yang awal, untuk 40 budak pertama kat area sini. Untuk bawah 19 tahun memang 2x kene inject ni. Sebagai langkah berjaga-jaga kitaorg amik jugak la vaksin nih. Kene bayar jugak ni.
Batrisya kene cek dulu. Masa inject pertama dia tak nangis pun, kali kedua ni dia nangis sebab dah tau sakit kene cucuk. hehe..
Haziq ni lagi la payah, sebab masa nak amik suhu badan dia dah melalak, lagi la masa nak kene cucuk tu.
Akhirnya kene cucuk jugak. hehe.. cian dia nangis, sakit sikit je. Ini inject last pasni xde lg ye. Sebab dua2 budak baik, papa belanja makan sushi hari ni. yeay! hehe..

Sunday, December 27, 2009

Ketam masak Serai cili bersalut Telor

Panjang tajuknya ye. hehe.. saje je tu. Hari ni try masak ketam bercili letak telor. Sedap la.. act macam sambal ketam je, tp kali ni guna cili blend ngan serai pastu letak telor. Penah tengok org buat letak telor tu yg cuba gak tu. Boleh cuba mmg best!

Resepi sendiri

2/3 ekor Ketam (ikut size)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 batang serai
3 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
sedikit belacan
air asam jawa
2 sudu besar sos cili dan sos tomato
1 biji telor
garam dan gula sedikit

Cara-cara,
- Blend semua bahan kecuali sos, telor dan perasa
- Tumis hingga garing
- Masukkan air asam jawa, sos dan perasa
- Masukkan ketam, kacau hingga masak.
- Masukkan telor yg telah dipukul terlebih dahulu.
- Kacau hingga sebati.

Haziq dan Batrisya

Saja je arini amik gambar budak dua orang ni buat apa kat rumah. Ni la aktiviti kalau tak ke mana2. Batrisya main game, Haziq lagi banyak keje dibuatnya.
Kalau game memang boleh duk lama je soh baca buku tak 10 minit dah boring.
Tengok bukan baca buku tu, dia main cop kat tangan. Haziq mmg penuh dengan aktiviti seharian kat rumah. Mama la pengsan nak mengemas sokmo apa yang dimainnye. huhu..

Saturday, December 26, 2009

Kuih Bakar

Lama dah hasrat nak wat kuih ni. akhirnya baru la dpat buat sebab baru beli santan. hehe.. Mmg sedap kuih2 tradisional nih. Selalunya orang letak bijan, tp saya tak suka bijan jadi letak la badam hiris. Lagi sedap dan rangup. (tau sedap letak byk2 badam tadi. hihi..)
Belah tepi jadi cenggini, tp kat dalam elok cantik je. tapi yang hangus tu lagi sedap. Resepi dari buku resepi yang disalin semula. :)

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air pandan (blend daun pandan dapatkan airnya)
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (1 tin 450ml)
2 sudu butter
3 biji telor
1/2 sudu garam
Badam hiris/bijan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara
- Blendkan/mix dalam mixer semua bahan hingga sebati.
- Masuk ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
- Tabur bijan atau badam hiris.
- Bakar 45 minit suhu 190C atau hingga garing.

Friday, December 25, 2009

Roti canai dan Teh tarik!

Lama tak pekene roti canai lawan teh tarik nih. Memang best la walaupun roti canai segera, nak nguli penyakit M mmg takleh nak lawan lagi. huhu.. Sebab ada lebihan kari ayam tu yang terus je wat pepagi. Teh tarik tu guna teh uncang je, letak la 3 uncang teh pastu guna susu pekat mesia mmg kaw!

Tuesday, December 22, 2009

Aktiviti cuti

Cuti sekolah dah start. Bawak budak2 ni main kat tepi rumah aje. hehe.. xde maknanya nak kuar jauh2 main salji nih.
Percubaan untuk slide, masih tak berjaya sebab salji masih lembut lagi.
Happy Haziq!
Cuba slide lagi ye, mama duk dlm rumah je, malas nak kuar sejuk2.
Batrisya plow salji nak wat gunung.
Glove dah terbukak, meh mama betulkan.
Tenggelam disitu. mmg sengaja dia wat camtu.
Haziq main sorang2 dah, Batrisya sibuk nak tengok katun dlm rumah. Kejap je main kat luar.
Nak buat snowman terus jadik mcm kuda, haziq asyik la jatuhkan kepala snowman tu. last2 jadi tmpt duduk. hehe.. pastu tau dia duk situ watpe? dia pegi makan ais tu.. haha.. ingat ais kepal ke Haziq oii..
Ok cukup tak leh lama2, main kejap2 je. nanti kalau mama/papa rajin kita main kat luar lagi ye.

Sunday, December 20, 2009

Making Soba

Semalam joined group university cara-cara nak buat mee soba. Teruja jugak nak tengok walaupun penah tengok kat tv. On d way kuar rumah. Jalan berais, sebab dah janji ngan sensei nak pegi mmg keluar jugaklah, kalo x kose nak meredah salji yg dah mengunung nih.

Haziq syok nak main, mama x bg sebab tak pakai glove, kuar kereta terus je meluru nak pegang salji tu.
Cheese dulu dari Batrisya. :)
Bakal pembuat soba. hehe.. pantang org buat semua dia pun nak buat jugak.
Makcik ni buat tempura.
Inilah sifunya, semua orang kene cuba buat. hehe.. mama buat masa uli2 je tadi.
Dia pun nak tolong pakcik tu. hehe... omoshiroii..
Haziq buat lubang kat tepung soba tu. hihi..
Papa mencuba potong mee soba. Size ada kecik ada besar.
Tempura yang dah siap, ada chikuwa, terung, keledek, labu, piman dan daikon. Semua sayur-sayuran.
Mee yang direbus dahulu kemudian dibasuh dengan air sejuk. Orang jepun suka makan soba sejuk. Kami suka yang panas.
Sambil tunggu siap meh layan salji kat luar tu.
Ok dah siap dah. Simple je mee soba ni. Buat kuah soyu pun sng je.
Batrisya pun suka makan, tapi tak habis kene bawak balik la..
Ada game Bingo, Batrisya ngan Haziq kene cabut semua nombor.
Yeay! Bingo! dapat jugak hadiah!
G
ambar ramai-ramai sebelum balik. Semua international student. Budak-budak mesia lain pegi main snowboard waktu ni. jeles2.. hehe

Friday, December 18, 2009

Shepherd Pie

Shepherd pie ni dibuat oleh Liyana Li (adik undergrad kat sini) yg dtg rumah tadi. hehe.. mekasih bg resepi. Senang je buat dia. Act. yg ni tak berapa nak terbakar lagi. Kene sampai hangus lagi kat atas tu baru best!
Sedap di makan begitu aje.. lagi2 makan time panas2 di dalam kesejukan winter sekarang!

Resepi.

5 biji kentang - Rebus dan lenyek
500 gram minced meat
1 biji bawang besar
1 cawan mix vege
Butter
Garam
Oregano kering
Pharmesan cheese
1 sudu sos cili dan sos tomato
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu Worcestershire sos

Cara-cara,

1. Rebus kentang tos dan lenyekkan bersama 2 sudu butter dan sedikit serbuk lada hitam
2. Panaskan 2 sudu butter, tumis bawang, daging dan mix vege.
3. Campurkan semua bahan2 perasa di atas. Masak hingga kering
4. Masukkan daging yang dah masak tadi dlm bekas.
5. Topingkan atas daging kentang yang dah dilenyek tadi. Taburkan pharmesan cheese dan serbuk lada hitam.
6. Bakar dlm oven microwave 180C selama 30 minit.

Selingan, yuki yg turun pagi tadi. Penat tol nak mencangkul salji pepagi nih.. nasib baik minggu depan sekolah Batrisya dah cuti. huhu..

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin. ..

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosa setahun kita."

: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin. ..

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkatalah syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Amalan-amalan sunat:
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer" . Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wednesday, December 16, 2009

Yuki / Salji

Yuki/salji yg turun semalam. Sempat amik gambar sebelum Batrisya ke sekolah. Semua gambar area keliling rumah. Amik gambar dr tingkap je.






Gambar buat simpanan dan kenang-kenangan. gambar yg sama letak kat fb gak. :)