Monday, November 30, 2009

Puding Roti Cornflakes

Saja buat ni sikit sebab nak perabiskan kulit2 roti yang budak2 ni tak makan. Sayang pulak nak buang kulit roti tu kan. Last2 try wat puding roti ni, letak cornflakes sikit mmg sedap. Main agak-agak je sukatannya. Lagi sedap mkan dengan kuah kastard atau susu. Boleh la makan untuk supper atau minum petang. Resepi sendiri je.

Bahan-bahan

Kulit roti/3 keping roti
2 biji telor
1 cawan fresh milk
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan cornflakes (hancurkan sedikit)
1 sudu kecil esen vanilla
Kismis

Cara-cara
- Blend semua bahan kecuali cornflakes dan kismis hingga sebati
- Masukkan cornflakes gaul rata
- Masukkan dalam loyang
- Taburkan baki cornflakes sedikit dan kismis
- Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.

Sunday, November 29, 2009

Sambutan Hari Raya AidilAdha

Seperti yang dirancangkan, sambutan hari raya tetap diadakan di kalangan pelajar di sini. Walaupun bilangannya tak sampai pun 30 orang tp tetap meriah.
Tempat adalah di universiti house. Budak2 sini mmg rajin masak, sedap2 masakan diaorang nih.
Menu hari raya. Nasi impit, rendang, ayam masak merah, lontong, nasi putih dan puding kastad.
Nasi impit dan ayam masak merah. Dari malam sampai ke pagi budak2 ni masak. huhu...
Percubaan memasak pasta bake oleh sayer... Kene hangus lagi baru sedap nih!
Agar-agar santan oleh saya juga.. nape santan ngan telor tu tak timbul ek? boleh plak sebati ngan agar2.
Biskut cornflakes oleh saya jugak.. hehe.. ini senang dan kejap je buatnya.
Ok last.. karipap oleh saya jugak.. ini wat malam. Anak daraku Batrisya yg rajin tolong mama. Guna acuan karipap je, nak kelim2 adalah malas. hihi.. anyway seronok kumpul ngan budak2 sini. Gambar ramai2 takdok, byk gambar candid je ngan budak2 nih. :)

Friday, November 27, 2009

Kuih Lapis

Salam Aidiladha buat semua. Hari ni tak masak apa2 pun. Esok baru ada buat jamuan. Hari ni semua orang sibuk, Batrisya pun sekolah. Budak2 sini pun ada kelas, papa pun ada meeting petang so jamuan raya kitaorg buat esok di kaikan. Sembahyang raya pun buat di surau pagi tadi jam 8, lepas sembahyang semua pegi sekolah.
Ini percubaan pertama membuat kuih lapis. bukan kek lapis, tu nanti dulu la ye. Saya adalah sangat malas nak menunggu tiap lapisan masak, hehe.. tu yang lapisan melekat tak leh nak tarik satu2 kecuali bahagian yang atas sekali. Oklah first trial, rasa tetap ada cuma rupa je tak menarik.

Act. tengahari tadi ada program dengan warga international di sini. Sangat2 la terlupa nak bawak camera. huhu.. sibuk2 siapkan makanan ngan Haziq camera tertinggal. Ramai jugak yang ada tadi terutama Nihonjin(org Jepun). Macam2 jenis makanan ada, tapi tak semua boleh mkn, tengok je la. Makan makanan Indonesia, sushi, sayur2an dan buah-buahan je. Tapi seronok juga dapat ramai kenalan baru. Tiap2 bulan mmg ada program cuma tak kesempatan je nak join. Next time ada masa boleh join lagi. Seronok juga sebab boleh memahirkan lagi my Nihongo (bahasa jepun).

Resepi kuih lapis.

Bahan-bahan,
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
1/2 cawan gula
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil garam
Pewarna merah sikit

Cara-cara,
1. Campurkan semua bahan2 kecuali pewarna merah.
2. Bahagi 2 bahagian. satu letak kaler merah satu tu biar putih
3. Panaskan loyang pengukus
4. Satu bahagian tu bahagi 3 untuk dapatkan 6 lapisan
5. Kukus satu bahagian warna putih selama 5 minit, kemudian masukkan pula satu bahagian kaler merah dan seterusnya secara selang seli hingga selesai. *anggaran satu lapisan tu masak 5 minit, api kuat sedikit.
6. Sejukkan baru dipotong.

Thursday, November 26, 2009

Pizza

Lama tak makan pizza, teringin plak nak makan. Asal bahan ada je mesti jadik. hehe.. Base dia buat sendiri. Guna inti daging cincang, tomato chop, sosej, crab stick, carrot dan capsicum. Topping dia mmg boleh pelbagai ikut selera dan bahan apa yg ada kat rumah. Resepi base ikut macam buat roti biasa tu cuma kene bakar dulu sekejap untuk naikkan roti kemudian letak topping dan bakar semula.

Kat atas tu terlupa nak letak mozarella cheese, kene bakar semula tu yg rupa itu cheesenya. Takpe yang penting mmg sedap!

Wednesday, November 25, 2009

Kek Marble Trio

Buat kek marble biasa cuma letak 3 kaler je dan tambah 2 sudu yogurt (nak rasa sedap sikit). hehe.. buat kek ni untuk bagi kat sensei ngan classmate lain. Kelam kabut gak nak potong siap2, gambar pun ala kadar je. Last class untuk sem ni, sambung balik taun depan. InsyaAllah mcm tak pegi je next lesson tu. hihi...

Resepi tak ingat sape punya, tp salin dlm buku.

Bahan2 :
175g butter
160g gula
3 biji telur
150g tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil esen vanilla
100ml susu segar
25g serbuk koko
1 sudu kecil pewarna merah
2 sudu besar yogurt (saya tambah sendiri)

Caranya :
1)Pukul butter + gula hingga kembang
2)Masukkan telur sebiji2 pukul lagi hingga kembang
3)Masukkan susu segar,esen vanilla dan yogurt kacau rata kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda
4)Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. satu letak merah satu letak coklat
5)Sendukkan adunan di tgh2 loyan secara berselang-seli.Ulang hingga habis.
6)Bakar pada suhu 180degree selama 40minit atau sehingga masak.

Tuesday, November 24, 2009

Aktiviti cuti..

Semalam adalah public holiday di Jepun. Rasa mcm byk plak public holiday dia nih. huhu.. Cuti untuk berterima kasih kat pekerja2 di Jepun. hehe.. asal boleh la. Kalau kene hari Jumaat ni kan best, terasa sikit mcm cuti raya haji. hehe..
Kitaorang tak jalan jauh mana pun. Plan mmg nak gi jauh sikit, tp dah sejuk2 nih mmg xde mood nak jalan sgt, lagi satu malam pun dah cepat. Pukul 4 je dah gelap. Last2 jalan kat area sini2 je. Bawak budak2 pegi main kat taman atas bukit nih.
Pemandangan dari atas, nampak tak kampung yg kami duk? hehe..
Act. sekolah Batrisya cuti seminggu lepas sebab ada budak sekolah dia kene influenza. Jadi kitaorg pun kuarantin tak jalan2 sgt, risau jugak dgn penyakit yang mudah merebak nih.
Lama2 duk rumah pun sian kat budak2, bawak jugak la main2 kat luar.
Posing dari Haziq. Baru satu je gambar dia yg agak elok posingnya.. haha..
Ni pun payah gak nak soh tengok camera.
Batrisya mmg terror hampir semua tmpat exercise dicubanya.
Kalau winter tak boleh masuk dah sini sebab salji adalah sangat tebal.
Atsui kata Batrisya.. org sejuk2 dia kata panas. Dua2 dah bukak baju sejuk, dah penat main, berlari naik bukit turun bukit maunya tak rasa panas. hehe..

Saturday, November 21, 2009

Lasagna Carbonara

Untuk makan petang/dinner terus. Request by hubby yang tertelan2 air liur tengok kat tv org makan spaghetti carbonara. hehe... Stok spaghetti ada sikit je mcm tak cukup, tengok kepingan lasagna ada lagi tak berusik2 dah berapa bulan. Nak keluar beli barang mmg malas le lagi2 time hujan sejuk2 nih. Try je la wat lasagna carbonara nih. Untung ye laki ni nak makan apa je seboleh2 bini cuba masak. muahahaha..

Masa penyediaan pun sekejap je, x sejam dah siap! Uish.. mmg sedap la lagi2 time sejuk2 ni makan panas2. Batrisya pun siap 2x tambah. Buat sendiri lagi puas hati dari makan kat luar nun. hihi.. Resepi omputih kita melayukan ikut bahan yang ada kat rumah.

Bahan-bahan,

8 kepingan lasagna (atau spaghetti)
Bahan A
1 cawan daging ayam cincang (guna burger/daging pun boleh atau udang@seafood)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 sudu besar olive oil (guna minyak biasa pun ok)
Bahan B
2 cawan fresh milk
2 sudu tepung gandum (bancuh dgn air sikit supaya x berketul)
2 sudu besar plain yogurt
2 sudu kecil serbuk black pepper
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
Bahan C
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 kiub ayam
1 sudu besar butter

Cara-cara,

1- Rebus lasagna (kalau guna spaghetti rebus la spaghetti tu) sampai masak. Angkat dan toskan.

2- Panaskan kuali dan olive oil, tumis bahan A, bawang putih, bawang besar dan ayam hingga masak. Letak garam sikit. Angkat.

3- Campurkan semua bahan B (susu, tepung gandum, yogurt, black pepper, parmesan cheese) dalam satu mangkuk. Kacau sebati.

4- Panaskan semula kuali, masukkan butter. Tumis bahan C, bawang putih dan kiub ayam.

5- Masuk bancuhan bahan B tadi. Kacau hingga pekat sedikit kemudian masukkan bahan A tadi. Kacau rata tutup api.

6-Susun lasagna dalam loyang secara selang seli curah dengan bancuhan tadi.

7- Atas sekali tabur daun parsley dan parmesan cheese (kalau ada mozarella cheese lg sedap)

8- Bakar dlm oven microwave suhu 200C selama 10 minit. (Kalau guna spaghetti tak perlu bakar terus hidang je).

Siap untuk dimakan!

Friday, November 20, 2009

Oreo Cheesecake

Oh ye ini adalah percubaan saja membuat oreo cheesecake. Disebabkan Haziq hanya makan inti biskut oreo tu, biskutnya sayang pulak nak dibuang. Batrisya mmg la x nak kalo lepas Haziq makan. Last2 mama try la oreo cheesecake nih. Biskutnya tak banyak jd buat ikut kuantiti biskut yang ada.

Menjadi jugak walaupun biskut x berapa nak cukup, cheese dan bahan2 lain pun agak2 je sukat. Mama pun tak pandai nak adjust waktu pembakaran, tengok gaya macam terlebih masak je. hehe.. Tapi rasanya mmg tetap sedap. Resepi skodeng dr blog kak umi. Tq ye share resepi. Pasni boleh try yg besar lak. :)

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Thursday, November 19, 2009

Puding Roti Marble

Resepi untuk rujukan dari kak Hana. Mmg sedap puding roti nih, dan mudah sangat nak buat. Tq kak hana share resepi. :)

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Slice Cheese Cake

Slice cheesecake yang sungguh mudah dibuat dan sangat sedap. Resepi dari si comel Ros Onigiri. Tq Ros resepi yg gebu dan enak nih! Resepi untuk rujukan. :)

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Wednesday, November 18, 2009

Souffle Cheese Cake

Cheesecake ni antara yg mudah dibuat. Rasanya pun mmg 100% cheese. Makan sikit bolehla.. banyak2 mmg muak. hehe..
Resepi untuk kakakku dan rujukan. Cnp dari tokey myresepi k.yani. Tq share resepi. :)

Bahan-bahan ( 18 cm )
  • 250g Philadelphia cream cheese
  • 50g mentega tanpa garam
  • 80g gula halus
  • 3 biji telur -asingkan kuning dan putih
  • 80cc/ml fresh cream
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 40g tepung roti
  • 40g dry fruit
  • sedikit gula aising untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul cheese dan mentega sehingga kembang dan masukkan separuh gula dan pukul lagi
  2. Masukkan sebiji demi sebiji, diikuti dengan fresh cream dan lemon jus
  3. Masukkan pula tepung roti dan gaul sehingga sebati
  4. Dalam mangkuk lain pukul telur putih dan gula yang separuh lagi sehingga kembang. (Bila diterbalikkan telur tak jatuh)
  5. Masukkan dry fruit ke dalam telur putih dan kacau sebati
  6. Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan pertama tadi. Gaul sebati.
  7. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 40-45 minit. Loyang tu mestilah diletakkan dalam dulang yang berisi air
  8. Setelah masak. Ayaklah gula aising ke atas kek tadi

Tuesday, November 17, 2009

Ribena Lassi Smoothie

Lama tak minum lassi nih. Faveret lagi2 kalau manggo. Sebab nak menghabiskan yogurt yang hampir nak expired kite wat perasa anggur+epal nih. Batrisya yang habis minum segelas nih. Tak 5 minit dah siap! mmg sedap tau!
Guna Ribena sebab perasa ni je ada kat rumah (pos dr mesia nih!). Buat dia senang sangat la, adik yang ajar buat nih. Sebelum ni guna sunquick tu pun sedap.

Bahan-bahan,
2 sudu air Ribena atau apa2 perasa
Setengah cawan fresh milk
2 sudu besar plain yogurt (nak lebih pun boleh, lg pekat)
2 sudu madu (ikut manis masing2 nak letak air gula pun boleh)

Cara-cara,
Satukan semua bahan, kacau hingga yogurt larut.
Sedia diminum.

Monday, November 16, 2009

Wajah baru Batrisya

Fesyen rambut baru Batrisya! Hari ni mama bawak Batrisya ke kedai gunting rambut. Dah lama nak gunting rambut tp mcm sayang. Akhirnya potong jugak rambut dia nih. Nampak lebih dewasa, mcm budak sek rendah dah! hehe...
Rambut sebelum, mmg dah panjang tp mama tak pandai nak gunting cantik2, tu yg amik keputusan gunting kedai aja. Agak mahal 1000 yen = RM38.00. huhu.. mmg itulah rate gunting rambut kat sini..
Posing lagi, dah mcm budak laki plak!
Rambut panjang nmpak lebih feminin.. hihi.. tp untuk keselesaan dia jugak, sng nak mandi, lagi2 nak winter ni, cepat sikit rambut kering.
Ok last gambar buat kenang-kenangan sebelum panjang semula. :)

Sunday, November 15, 2009

Majlis Barbeque

Buat majlis gitu.. hehe.. act. BBQ ni budak2 undergrad sini yang cadang nak buat. Kami on je kalau nak buat makan2 nih.
Menu BBQ ayam, daging, kambing dan sosej. Sedap oo.. pandai bebudak ni masak.
Lokasi di tepi rumah kami. Apakan daya Sabtu semalam adalah hari hujan, apalagi pasang khemah la. Good idea ye adik2! Acara BBQ tetap diteruskan.
Api menyala dibantu oleh tiupan angin menyebabkan ayamnya banyak yang kaler gelap, tp belasah je mmg boleh dimakan. hehe..
Tuan rumah sempat jugak buat kek dan puding. Angin rajin tiba sampai 5 jenis kek dan puding dibuat. hihi.. Atas ni Puding Coklat? ;-)
Puding roti marble. Keri, Ijie dan Arip datang tolong tengok2. hehe..
Slice Cheese cake, request daripada Ijie. Agak tak menjadi sebab dibantu oleh Batrisya yang lama sangat mengacau adunan. huhu..Kek Batik Coklat. Rupa tolak tepi yang penting sedap sangat dan senang dibuat! hihi..
Yeay! Souffle Cheese Cake, mmg rasa cheese saja.
Mee goreng yang dimasak 2x. First time tu pedas, kali kedua buat kurang pedas sikit. Last2 campur je dua2.
Nasi goreng adik2 perempuan sini yang masak. Sedap!
Coleslaw juga dibuat oleh adik2 perempuan. Sedap dan halus2 potongan sayurnya. Guna pisau ke sagat dik? ;p
Daging, kambing dan sosej yang dah siap. Nyummiee..
Makanan yang ada.. mmg kenyang seharian.
Jemput makan! banyak lagi, sampai ke malam baru habis nih.
Haziq cheezu ngan kak nadia. Mmg best kalau buat makan2 nih. Seronok jumpa adik2 kat sini. Walau hujan tetap jadik. Lain kali kita wat lagi!