Wednesday, September 30, 2009

Roti pizza

Frust punya pasal nak letak gak gamba pizza sempoi nih. Ni buat tadi utk mkn ngan Haziq. Tak 5 minit pun buatnya dan bakar dlm 10 minit je. Layan je gambo roti ni ye.. hehe..

Tambahan ni. Beritau gak resepi yg senang bangat nih. ;p

Bahan-bahan
1 keping roti
2 sudu chopped tomato (tomato dlm tin/hancurkan buah tomato pun boleh gak)
2 sudu cheese parut
Hirisan fish cake (tuna, sardin, serunding, apa2 pun boleh ikut bhn apa yg ada kat rumah)
Sedikit oregano kering

Cara-cara
Sapukan tomato atas roti
Susun fish cake
Taburkan cheese dan oregano
Bakar dalam oven suhu 200C dalam 10 minit atau garing.

Siap, menu ringkas untuk breakfast atau time malas nak masak. hihi..

Tuesday, September 29, 2009

Frustnyer!!!

Sabo je la hari nih!! Habis semua gambar2 kat dlm memory card camera hilang. Isk.. sedihnya x sempat nak tranfer semua gambar2 dalam tu. Kene virus ke apa memory kad nih. Sayangnya gambar2 masa raya, jalan2 Tokyo, masak2 dll semua burn! cedih aii...Byk lagi gambar dlm tu yg nak dishare. Takpelah takde rezeki kat gambar2 tu.

Nak citer gak gambr dalam tu ada wat pizza, yong taufu (sebab ada kangkong haritu), jalan2 ke universiti lama hubby kat Tokyo, jalan2 rumah kawan2, gambar2 Haziq dan Batrisya uishh.. byk gak, sebab memory kad tu 8GB, sebab boleh isi byk gambar la x transfer2 ke komp. Sekarang guna balik memory kad lama size 2GB ni jela.. sabar2...

Monday, September 28, 2009

New Gadgets

Inilah yang dapat kat Akihabara tempohari. Beli mini keyboard English.
Pastu beli external hardisk. Boleh isi 3 bijik memory laptop. Skrg semua data dah tranfer ke sini. Laju sikit nak pakai komputer.
Ini yang paling best! Dapat ipod nano. Lama dah nak soh beli tp x terbeli2, kebetulan ada sale terus la beli. Sale pun harga dia mahal jugak oo. Kegunaan nak pakai kat kete, dengar lagu jepun je boring gak, dah le radio dia pun asyik la membebel. hehe.. suka2.. :p

Saturday, September 26, 2009

Jalan-jalan Ueno & Akihabara

Raya ke-2, kitaorang beraya di Ueno dan Akihabara. Mmg plan nak mencari barang2 pun dan alang2 berada di Tokyo.
Ini kat Ueno, mmg nak cari barang2 Asia. Ada nampak durian, mcm nak beli tp besar sangat sape la nak mkn nanti. Sib baik tak teringin.. Terus turun tingkat bawah pegi kedai jual barang Asia, byk gak memborong. Beli sayur kangkong, kacang botol, kunyit hidup, kacang tanah, kacang hijau (lama mencari nih), tepung beras dll. Ini semua yg susah nak dapat, act ada kot jual online tp kdgnya ada kdgnya xde.
Jalan ke Akihabara pulak. Ini tempat en. hubby la, Ueno tadi tmpt ai.. hehe.. kira adil la ye. Macam biasa la hubby mesti cari barang2 komp dia.
Penat oo.. melayan 2 orang nih.
Last2 hubby pegi jalan sorang2 je, kitaorg melepak tunggu kat eki. Lega jugak dapat rehat, hb pun relax dpt beli barang tanpa gangguan. Apa la yg dibeli tu ek?..

Friday, September 25, 2009

Beraya rumah rakan2

Sementara berada di Tokyo ambil kesempatan melawat rumah kawan2 hubby. Ini di rumah Azman, kebetulan buat open house, kenyang makan nasik tomato kat sini.
Di rumah rakan hubby. Ramai betul hubby jumpa rakan2 sama study di Jepun dulu, kebanyakan sama matrix. Ada yg bekerja, belajar dan ikut isteri. Best dapat jumpa kawan2 lama. Jejak kasih jugak la nih. Ramai lagi rakan2 lain yg x dpt nak bergambar.

Sebelum balik kitaorg singgah di Gunma, beraya di rumah Yus/kak Yati (nak balik mesia dah 3 Oktober nih) dan rumah Bud/Ayu. Terima kasih bagi kitaorg heater elektrik. hehe.. x yah beli dah. Terima kasih jugak untuk Bud/Ayu sempat jugak sediakan juadah dan siap bento utk bwk balik sebab kenyang sgt makan nasi rumah yus/kak yati. Alhamdulillah rezeki haritu, kenyang sampai esok hari. hehe.. paling best budak2 ni dapat duit raya! hehe.. x sangka plak.

Semoga tahun hadapan dapat berjumpa lagi. Kalau semua masih ada dan kalau kitaorg raya sana lagi. :)

Thursday, September 24, 2009

Beraya di Kedutaan Besar Malaysia Tokyo, Jepun

Alhamdulillah tahun ni kami dapat beraya bersama rakyat malaysia lain yg berada di Jepun. Kami tiba di Kedutaan jam 8 pagi, bekejar untuk byr zakat fitrah. Tempat kitaorg xde masjid dan kebetulan kaunter zakat ada dibuka di sini. Ikut perancangan nak bayar di Malaysia secara online dalam kadar tukaran RM230 (6000 yen 4 org), tapi x sempat nak dpt TAC number, jadi niat terus byr di sini saja. Kadar zakat di sini 1500 yen seorang.
Bergambar di stesyen keretapi bersama kak Firdaus dari Iwate, kami datang ke embassy bersama2 naik train dan teksi. :)
Dapat juga bergambar sekeluarga, Batrisya xde mood pepagi, susahnyer nak dapat gambar sefamily yg betul2 cun. hihi.. Taun ni baju raya x seragam. Batrisya pakai baju yang dikirim oleh tok wan.
Bersama Juwita, Myra dan Adznin. Semua cuti tanpa gaji ikut husband. oh ye semua husband kitaorg satu tmpt keje. Myra mmg buat kejutan, x sangka dia pun beraya kat sini gak, jauh tu dari Gifu, lepas pengumuman raya terus naik Shinkansen ke sini. Mmg kasi terperanjat kitaorg je.
Akhirnya dapat juga jumpa kak Nor yang cantik nih. Gambar x clear plak. Kak Nor dan husband pun sangat peramah orangnya. Seronok beraya di sini dapat jumpa ramai kenalan baru.
Haziq suka plak main ngan baby nih. Anaf kot namanya.
Suasana ketika jamuan.
Beratur menunggu giliran. Lepas Zohor kami beramai2 menyerbu rumah2 di kedutaan yang buat open house. Alhamdulillah kenyang jugak seharian makan. Terasa juga suasana hari raya di sini. Seronok berjumpa ramai orang, InsyaAllah taun depan ada rezeki raya kat sini lagi, tak pun raya kat Mesia atau tak pun raya kat kg Yonezawa aje lah. :)
On the way balik ke tempat penginapan, ada matsuri (pesta) sempena memperingati org2 tua. Amik la gambar sikit. Gambar lain x clear, ini pun cepat2 sebab dah letih dah. Balik lepak dan tidur..

Tokyo Tower

Hari terakhir berpuasa, kami berbuka dalam kereta di tengah2 bandar Tokyo. Sempat amik gambar Tokyo Tower sebab lalu sebelah je. Masuk Tokyo jalan jammed. Nasib baik ada bawak sedikit bekalan air dan biskut. Boleh la buat isi perut. Waktu berbuka yang terakhir jam 5:42 petang. Sampai di tempat penginapan lebih kurang jam 7 malam. Sampai je terus la makan bekalan nasi yg di bawa.

Sayu juga meninggalkan Ramadhan. Semoga amal ibadah yg dilakukan sepanjang Ramadhan diterimaNya. Amin..

Wednesday, September 23, 2009

Beraya di perantauan

Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah. Macam orang balik kg jugak sampai 5 hari baru balik rumah sendiri. Tapi kitaorg pegi bandar, org bandar pulak balik kg. Seronok juga beraya di kedutaan, ramai malaysian yg ada.
Malam tadi sampai rumah jam 2:30 pagi, bertolak dari Gunma jam 11:30 malam. Jimat masa sejam, penangan hb bawak kete 130kmj kat highway, sib baik x jammed jln ke sini. Sambil menunggu basuh baju, bukak tenet jap. 5 hari x ngadap komp semacam je rasa.. heheh... oklah nanti sambung lagi siri beraya di perantauan. :)

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri buat semua..

Tiap kali menjelang raya, menu yg wajib ada ketupat, rendang daging, ayam bakar/kicap/madu/merah, sambal kacang, sambal sotong, kuah lodeh, hati goreng. Bestnya dapat raya kat kg. Rindu suasana hari raya. Lepas semayang raya, makan beramai-ramai, lepas tu bersalam-salaman dengan semua ahli keluarga yang ada dan bagi duit raya. Anak2, adik2 dan anak2 saudara paling gembira dapat kumpul dan main bersama2.

Nampaknya tahun ni kami x dpt raya bersama ahli keluarga yang lain, kali ke 3 beraya di perantauan. Kali ke-7 beraya bersama keluarga sendiri, dari berdua jadi bertiga dan jadi berempat.

Esok kami akan berangkat ke Tokyo, beraya kat sana. Mungkin 3/4 hari x online, sedihnya x dapat nak online dengan family kat rumah..

Tahun ni sangat bertuah bagi muslim yang berada di Jepun. Kebetulan Jepun cuti umum dari 21-23 Sept ni. Kebanyakan yang bekerja mmg ambil kesempatan untuk pulang ke Mesia berhari raya. Rasanya lebih separuh orang mesia yg berada di Jepun dah balik Mesia termasuk orang Indonesia pun balik ke Indonesia, student pun kebetulan tengah cuti semester. Jadi raya tahun ni kuranglah orang2 mesia yang tinggal.

Jepun cuti apa ye? Negara Jepun x ada cuti raya x kira la raya apa, jadik cuti umum pada 21hb ni diambil sempena hari Respek kat orang2 tua (Respect for the Aged Day). hehe.. asal boleh je. Act. cuti umum ini pada setiap hari Isnin yang ketiga dalam bulan September. 23hb pulak cuti bersempena Autumnal Equinox, perubahan musim la kiranya. Kalo kat Europe rasanya kene lambatkan jam SEJAM. Nanti bulan Mac kene cepatkan balik jam sejam. sape2 duk europe tau la kot. ai dah lupa la.. 22hb tu cuti FREE.. hehe.. sebab in between cuti umum so satu hari tu mmg diberi cuti free. Oh ye ni sensei yang beritau sebab selasa depan xde class! dapatlah jalan lama sikit kat bandaraya Tokyo tu. hihi..

Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada sesiapa samaada yang mengenali atau tidak dan yg membaca/terbaca blog saya ini. Semoga Syawal tahun ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah..

Friday, September 18, 2009

Tuai padi antara masak.....

Sawah padi yg dah menguning di kampungku..
Musim menuai hampir tiba..
Kami baru kenal pokok padi..
Padi beras ni la yg kita makan hari2 ye mama!
Inilah rupa pokok padi di negeri Jepun yg dah semakin masak. Lepas tuai dah jadi beras pastu boleh masak untuk dimakan.

Mula2 makan beras Jepun mmg x lalu sebab melekit sangat, tp dah lama2 jadik serasi plak dan dah jadi sedap. Beras di kawasan kitaorg ni mmg high quality sebab di tanam di kawasan yg tinggi. Sape2 nak rasa beras Yamagata nih meh datang sini.. ;)

Thursday, September 17, 2009

Yeay! Dapat kad Raya!

Bestnya hari nih!! gumbira rasa dihati.. Dapat 4 keping kad raya yang dipos! ehek.. bukan kad alam maya ye pokcik aussiee! Nak baca ni kene ikut turutan plak tu.
Kad ni dari my best friend kat melaka nun.. tersengih2 je bila baca kad diorang nih.
Paling besar ni siap ada CD lagu raya. x test lagi ni boleh pakai ke idak.
hahaha... gile kentang la baca citer diorang nih.
Ini dari Fatehah. adoi tulisan kalah tulisan doktor. hahaa.. i'am happy...
Dari Jaja comel, kalo duk ngan dia nih kalo x vibrate badan x sah la. suka suka... :p
Ini dari kak ratna, kak pitam jap orang baca kad akak nih. poning pala makcik eh! hahah.. tapi mmg best lawak sungguh ayat2 diorang nih. mmg pengubat rindu la kat korang.

Lama x gelak2 ngan diorang nih. Best sangat la korang, ingat gak kat ai yg jauh di mata dekat di hati nih. Sangat2 appreciate la usaha korang buat kad ni, siap pegi library awam lagi nak karang kad untuk ai nih. muaahahah.. salam rindu untuk korang jugak. taun depan bagi lagik tau!! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk korang!!

Wednesday, September 16, 2009

Daging Beefsteak

Kali ni mencuba resepi daging beefsteak dari kak ratna. Kalo kak Rat buat ni mmg sedap, lg2 makan ngan nasik impit. Nasib baik dia ada bg resepi senang nak ikut. Bahan2 pun mudah sangat, rasa pun sedap. Layan resepi..

Bahan² nyer :

1/2 kilo Daging lembu / hati lembu (pilih salah satu )
3 biji kentang (potong nipis n goreng)
5 batang cili hidup (di blendkan) - cili biasa pun boleh
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu rempah kari
2 sudu kicap
Air Asam
Limau nipis

Cara² nyer :
1. Tumis cili+bawang+halia yang telah diblend sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kari, goreng sampai garing.
3. Masuk kan air asam, lepas mendidih masukkan daging.
4. Tunggu pekat ckit, masukkan kicap + perasa (garam) + air limau nipis (jgn byk sgt, takut nnti masam plak) biar secukup rasa.
5. Akhir skali masukkan kentang yg digoreng tadi dan bawang besar yg dipotong² sebagai hiasan.

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya dari rakan2

Terima kasih pada kawan2 yg bagi gantung kad raya nih. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. :)
Dari kak Nornaza n Family
Dapat duit raya lagi.hihi..
Dari Ijan blog resepi, baby Mikael cute sangat nih. :)
Dari kak Mizan n family.
Dari Kak Maria n family.
Dari Kak Ieta n family.
Dari Kak Hana n Family... TQ2 semua.

Monday, September 14, 2009

Makan lagi..

Alhamdulillah hari ni buat jamuan lagi. Rajinnyer masak ek.. hihi.. bulan Ramadhan sekali sekala menjamu org makan x salah lagi2 dengan adik2 yg jauh dari mak ayah. Act. hari ni ajak diorg makan sebab Nad nak balik Mesia dah mlm nih. Seronoknya diorang balik mesia, dapat kumpul ramai2 sefamily dan dapat jumpa saudara mara.

Bila dengar lagu raya hati tu meronta2 rasa nak balik, tp buat2 relax je la, mcm x penah lak raya diperantauan. Tp kat sini x nmpk meriah dan mood raya tu x ada, mybe sebab x ada family lain yg nak raya sama2. Duduk dengan komuniti yg ramai muslim dan senegara mmg ada kelebihan lagi2 time nak raya nih, boleh tukar2 juadah, share2 resepi, exp. dsb la.. InsyaAllah raya taun ni kitaorg pegi semayang raya kat embassy. Sini x de sapa, gi Tokyo boleh beraya rumah kawan2 lain yg ada. Harap2 semua yang dirancang dapat dilaksanakan. Amin..

Sunday, September 13, 2009

Ketam Masak Lemak

Alhamdulillah selepas hampir 7 bulan duk sini, hari ni baru dapat makan ketam. hehe.. cian ek. Tapi ketam ni pun ketam air batu bukan la yg fresh pon. Ini sebab tengok kak nornaza beli ketam teringin plak nak makan gak. hihi.. Masak lemak je la yg boleh dimakan semua orang, nak wat sambal sian plak budak2 x leh makan. Resepi masak lemak biasa cuma ganti ketam. Hilang gak rasa teringin nih. :)

Saturday, September 12, 2009

Iftar Ramadhan

Kali ni giliran kami pulak masak untuk minggu ke 4. Rasanya ini yang last untuk ramai2 berkumpul. Minggu depan dah raya dan semua pun dah balik kg masing2 minggu nih.
Sebab ai sorang je masak so buat yg paling simple je. Start masak pun kul 3 petang tadi. Hari ni waktu berbuka jam 5:53 petang. Masak selaju-laju yang mungkin.. hihi..
Ada cucur jagung + ikan bilis, belasah je takde bulat2 pon.
Ada roti jala dan kari ayam. Ini Nad ngan Ida yang buat.
Sempat jugak buat kek gula hangus. Alhamdulillah semua selesai, lepas ni pasti merindui suasana bulan Ramadhan dan iftar bersama-sama.

Tuesday, September 8, 2009

Kuih Ketayap

Dah seminggu lebih nak try wat kuih ni, akhirnya hari ni berjaya jugak membuatnya. Dulu2 x tau pun nama kuih ni kuih ketayap, kitaorg panggil kuih gulung je tau! Sejak2 tengok resepi2 orang baru tau nama kuih nih. Senang je wat kuih nih. x yah tengok resepi pun. hehe.. inti nye guna gula melaka campur gula pasir sikit, letak kelapa kering (sini xde kelapa ori) dan daun pandan. Kulitnya mcm buat lempeng jer, pastu gulung la. Lepas gak kempunan nak makan kuih nih. :p

Monday, September 7, 2009

Aktiviti Petang

Aktiviti tiap2 petang budak 2 orang nih. Main kat tepi rumah je la. Nak bawak jalan2 mama malas kalo panas2, pose la katakan. hehe..
Diorang nih minat sangat main tanah kat tepi tu. Nasib baik tepi rumah ni mmg xde sape lalu, tanah sempadan ngan aparto sebelah, memang kawasan diorang la main2 kat sini.
Yang geramnya selalu ngan tanah2 dibawa masuk dalam rumah sekali. Sampai papa kata 'budak kampung mana la nih x penah jumpa tanah'. hehe.. sampai atas sofa pun nak dibawaknya. Sabo je la..
Lepas main baca buku pulak ek. Kalo ada depan mata mmg dipegang je la buku otomen dia tu.
Sangat concentrat dengan gambar, mmg ditilik betul2 semua gambar2 tu. Layan je aktiviti budak2 nih. hehe..