Sunday, May 31, 2009

Soba Special Yamagata

Ini nak tunjuk kedai Soba paling glamer kat Yamagata nih. Ini bahagian belakang, kat depan dah penuh kitaorg duk dalam. Kedai ni bukak dari jam 11 pagi hingga 3 petang saja. Tp kul 2 lebih dia dah sibuk2 kemas nak soh kitaorg kuar cepat2 agaknya. Mee dia mmg cepat habis, kadang tak pukul 3 dah tutup dah.
Ini yang specialnya. Giler banyak ko!! Macam makan 2 orang satu set tu. Soba dia buat sendiri tau! rasanya yg sedap berbeza dgn beli yg dah siap.
Order 3 set, 2 set soba sejuk, satu soba panas. Hubby tak suka yg sejuk, aku pun hehe.. tp sebab ni first time kitaorg dtg, kene cuba soba yg glamer ni dulu. Hubby le dia penah pegi tp x ingat jalan, lagi satu nak pegi je dah lewat kedai dah tutup.
Ha tengok, 2 je licin lagi satu set budak2 ni punya tak berusik sgt pun. Akunye pun hb yg licinkan. hehe.. tiba2 takleh masuk tekak plak banyak2 nih. Oh ye harga satu set hanya 700yen sahaja. Berbaloi la siap dgn tempura dan telor free 3 bijik.
Lepas makan apalagi, pegi le jenjalan. Weekend je la dapat kuar rumah kan Haziq! hehe..
Peace!....

Agar2 Orange

Percubaan membuat agar dalam kulit oren. Resepi ni tiru lagi dari kak hana. Sebab banyak lagi buah oren kat rumah ni tu yg buat agar2. Oren yang dibeli masam plak tu budak2 tak nak makan, separuh mama buat jus, separuh mama try buat agar2 ni. Setelah dipotong buah oren tu. hehe.. agar2nya tak keras lagi, tp budak2 ni tak makan gak, sikit je makannya dia kata masam. Ayoo.. mama dah adjust kasik manis tp silap step masa perah tu kot dia jadik sikit pahit. Takpe2 mama masih amatur dalam bab masak2 nih. Bagi masa lagi la eh..

Bahan-bahan
  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Potong bahagian atas limau@belah dua. keluarkan isi.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras.
  5. Potong limau tu.

Saturday, May 30, 2009

Apam Gula Melaka

Teringin nak makan kuih apam tu yang buat. Setelah mendapat tau gula Melaka ada dijual kat Jepun nih ha. hehe.. tima kasih kak Are baru tau gula kuro sato (gula merah) ada kat supa, terus ku mencari dan membeli. Resepi cilok kat kak Hana. tq ye kak hana, mintak izin c&p ye. Kebetulan ada rumah budak mesia sini buat baca Yasin, rezeki diorang jugaklah dapat rasa sikit. Walaupun tak berapa nak naik apamnya tu. hehe.. rasa tetap sedap.

Bahan-bahan
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka)
secubit garam

Cara-cara
- Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
- Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
- Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan dibiarkan selama
40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
- Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
- Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Donut Coklat

Nih dipanggil donut coklat laju2. sebab buat dia mmg laju giler, bancuh2 terus buat bulat2 dan terus je goreng. Takde tunggu2 nak naik donut tu. sebabnya bebudak ni dah tak sabor2 nak makan donut coklat, terutama Batrisya la. kejap2 'Mama cepatlah dah siap ke belum?' heee... ni kes tengok donut coklat kat lappy nih la. lupa plak sape punya. Tapi donut nih tak peram pun bila digoreng dia akan kembang. Takde nak hias cantik2 pun, terus je ngap, sempat la tangkap gambar. hihi.. ngada je ek..

Friday, May 29, 2009

Yamaya

Ini nak tunjuk kedai Yamaya namanya. Kalo ikut bahasa jepun yama tu gunung, ya tu kedai, so maknanya kedai gunung la ek. hihi. Sebenarnya kedai ni adalah kedai menjual minuman esc. arak la dgn harga murah. Kitaorg pegi kedai ni sebab cari barang asia/international banyak jugak jual kat sini dan harga pun murah berbanding dekat supa (supermarket).
Santan satu tin 100yen je. Kat sini kalo 100yen tu anggap la macam singgit kat mesia. Ada sejarah jugak masa pegi kedai ni. First time datang Batrisya muntah depan kedai, hahah.. tau sebab apa, dia kata kedai tu busuk. huhu.. mmg busuk sebab bau arak. Batrisya bukan boleh bau busuk2 ni cepat aje dia nak muntah. Dia tak penah bau arak ni, aku pun pening je sebab kedai ni mmg speciality dia jual berbagai2 jenis arak. Sebenarnya kitaorg pun baru 2 kali je pegi kedai nih. hehe..

Thursday, May 28, 2009

Sambal Terung

Sejak duk Jepang ni pertama kali beli terung, hihi.. padahal ada je terung kat supa tu. Memang paling feveret terung masak sambal atau terung bakar. Tapi kali ni terung sambal ni paling hebat kot rasa dia.. hahaha.. perasan sendiri. Kali ni buat letak udang kering kisar sekali ngan bawang, sepinggan sekali makan jer. huhu..
Lawan dengan gulai lemak ikan campur nenas. Jgn tak caya tau first time buat gulai letak nenas. hehe.. tengok org masak letak nenas kat gulai tu yg nak cuba gak tu. Tp takde la rasa masam nenas sebab pakai nenas tin yg manis tu. Bila makan ada la rasa nenas tu. Baki nenas tin tu terus buat air nenas. Sodap gitu.

Ikan Bakar

hihi.. saja je gatal nak letak gambar ikan bakar nih. Stok ikan banyak plak kat rumah nak mengabiskan sebelum expired. Nama ikan tak ingat la pulak dah buang plastik dia. Bakar atas api guna aluminium foil. Bahan2 asas je, letak bawang, kunyit dan garam. Cicah dengan air asam jawa letak cili padi dan bawang sedap mkn dgn nasik panas2. Buat miso shiru utk sampingan. :)

Wednesday, May 27, 2009

Mandi


Ini ada sedikit artikel berkenaan mandi, rasanya info nih bagus jugak untuk dikongsi sama2.

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Budak 2 org tu sekarang tiap2 hari berendam, habislah bil air ngan gas mencanak2 naik bulan depan. huhu.. sabor je la.. Tp macam Batrisya tu lepas balik sekolah mmg soh mandi risau jugak penyakit berjangkit nih. Alhamdulillah dah panas sekarang, habis semua tilam bantal kapet dapat jemur kat luar. Kain baju pun dah takde la nak sidai dlm rumah. Nak berjalan pun lega jugak siang dah panjang. hehe..

Tuesday, May 26, 2009

Daging Kandar

Oiishii.. mmg sedap la daging kandar nih, tak sangka nak buat dia pun senang sangat. Siang makan dengan roti, malam pulak makan dengan nasik. Batrisya suka betul makan dengan roti, siap bertambah2 makan. Suka masak kalo anak suka makan. hihi.. Godeh2 kat my resepi tu yg terjumpa resepi ni dari Kak Asma, terima kasih sedap sangat resepi nih. :) Korang pun kene cuba tau. hehe.. C&P yer..

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh) - Guna jenama lain
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Sushi lagi..

Buat untuk Batrisya je, ada lebihan nasi sikit terus buat sushi dan onigiri. Batrisya memang minat sangat makan onigiri. Onigiri dapat buat satu je tu pun dia dah makan dulu. Potong2 je sushi ni habis dia makan sorang. Haziq tak pandai makan lagi sebab kalo bagi dia pegang siap la satu rumah ber'sushi'. Untuk haziq kene potong lagi kecik2 letak dlm mangkuk, tp dah macam makan nasik dgn lauk je. hehe..

Monday, May 25, 2009

Gula Epal

Gula Epal ni Batrisya dapat masa balik sekolah. Ada dapat 2 satu bagi kat Haziq, dapat kat Haziq je takde tunggu2 terus je dia koyakkan. Rasa gula epal ni memang tak sedap, hehe.. Epal tu direbus dulu kemudian disira/dicelup dengan air gula yg diletak pewarna merah. Nampak menarik kan? Kadang tu air gula tu diletak sake. Budak2 ni tak makan pulak, buat main ngan sepah je.

Taman lagi..

Weekend kalau tak jalan mmg tak sah la kan. hehe..Kali ni main kat taman dekat rumah je. Baru je terperasan ada taman kat kawasan rumah ni. Tp x la dekat sangat kene drive jugak la. eh tp dalam byk2 taman yg ini paling dekat kot.
Banyak jugak permainan kat sini, seronok je budak2 ni dapat main2.
Gigih Haziq memanjat, tinggi tu cube tu.
Cuaca dah panas dah sekarang, mmg seronok main2 kat luar, Oh, jumpa benda nih, Soba(mee) dalam tin. Senang betul japanese ni makan, masuk duit kuar makanan tin panas2 lagi. Diorg ni mmg makan express je, kalo pegi conv. store tu mcm2 express food, makan mcm tu je atau boleh panaskan kat situ. Kat mesia mee segera je yg express.. heheh..

Sunday, May 24, 2009

Mee Siput

Korang penah makan tak mee siput? ha inilah snek kegemaran waktu sekolah2 dulu, sekarang pun sama gak. Mee siput letak sambal nih ada kat Johor je kot, sebab kalo tanya kawan2 negeri lain semua tak kenal mee siput nih. Kalau dulu2 20sen je sekeping, sekrang ni dah 50sen ada gak yg 60sen. Memang sedap dimakan waktu petang pastu minum ngan air tebu sejuk, huhu... nyaman je rasa. Ini barang dlm kotak yg dipos haritu, nak simpan lama2 takut expired plak. Lepas la jugak gian nak makan mee siput. Nak buat sendiri tak belajar lagi. Nanti surfing2 mcmana nak buat. hehe..

Saturday, May 23, 2009

Tiramisu

Tiramisu ni mmg dah lama sangat nak cuba buat, akhirnya hari ni baru dapat buat. Biskutnya dah lama beli tp whipping cream yg takde tu yg terbantut je nak buat.
Tapi bila buat terlembik la pulak biskutnya (jgn rendam lama dlm air nescafe). hehe.. creamnya kemain banyak, satu lagi bekas yg digunakan tu besar sangat. Ada jugak orang buat guna kek, x pe next time buat try guna kek plak.

Bahan-bahan
2 bungkus biskut tiramisu/finger
250g cream cheese
200g whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air nescafe (xde gula)
serbuk coco untuk hiasan

Cara-cara,
Campurkan cream cheese, whipping cream dan gula.
Pukul hingga kembang dan sebati.
Celupkan biskut (sebungkus) dalam air nescafe.
Susunkan biskut dalam bekas.
Tuang separuh adunan cream.
Buat lapisan kedua pulak.
Susun biskut (celup nescafe) dan tuang cream hingga habis.
Taburkan serbuk koko.
Simpan dalam peti ais sampai keras sikit.
Sedia untuk dimakan. ;)

Friday, May 22, 2009

Aksi Haziq

Haziq melepak dihadapan kedai kat kg. jepang nih. Masa ni Haziq jalan2 ngan papa, sebelum tu dia nangis2 nak ikut mama pegi sekolah. Terpaksalah papa bawak jalan2 sepanjang 2km kot. Separuh jalan kene dukong la pulak dah tak larat.
Sambil menunggu bila la bas nak sampai nih! kita minum dulu..
Haziq merenung masa depan... huhu comey je aksi yg nih. Ini muka tak mandi dah jalan2. haha.. takpe simpan je aksi ni, nanti dah besar boleh tengok balik (itupun kalo blogspot nih masih ada). hehe..

Thursday, May 21, 2009

Lasagna

Setelah berjaya menemui kepingan lasagna kat jusco, akhirnya cita2 ku nak wat lasagna tercapai jugak. haha.. gumbira rasa dihati ini. Sebab tengok lasagna Ros le aku berazam nak buat jugak. Kat Mesia nak makan nih kat Pizza hut je la, kat sini berjaya jugak aku buat sendirik. Nampak tak cantik sebab sos putih belah atas tu banyak plak, buat 2 kali sos tu sebab ingat tak cukup. Tak nampak masak ek.. Ingat nak bakar lagi tp nanti keras plak lasagna tu. Tp mmg dah masak dah dan dah selesai pun semuanya kat dalam perut. hehe.. Hari ni lunch simple je, budak2 makan burger, fries ngan salad, mak/bapak budak makan lasagna. hehehe..
Resepi pilih2 je kat sini, ikut bahan yg ada kat rumah ni ha.

Tukar nama

Semalam pegi JPJ kat Yamagata tujuan tukar nama pemilik kete. Pemandangan kat highway yg jaraknya hanya 11km, tetap kene bayar tol tau. Tol 300 yen tp sebab guna ETC tu dpt diskaun 200 yen pegi dan 150yen masa balik (sebab balik lepas kul 7 malam).
Inilah rupa JPJnya. dah jalan jauh kete tu baru nak tukar nama. Proses sekejap je, asal dokumen semua lengkap takde masalah.
Sekarang barulah pakai plet number negeri nih, setelah lama pakai no plet negeri lain. Kene skru sendiri tau no plet tuh.
Selesai urusan apalagi, jenjalan la yg ditunggu2 budak 2 org nih. Jusco yg ni first time kitaorg sampai, sejam gak dari rumah.
Toys r us dia pun boleh la tahan besarnya.
Budak yg ni mmg pantang nampak mainan, dia je yg paling laju lari, sekarang katun pilihan dia Anpanman selain Ultraman yg mmg dah sebati dgn dia.

Wednesday, May 20, 2009

Roti berbalut cheese dan sosej

Minggu ni banyak pulak skodeng2 blog masakan org lain. Macam2 rupa masakan yang dibuat. Memang menarik dan mengancam lebih2 guna dslr. huhu.. jeles2. takpolah den ni cuma masukkan gambar masakan yang pertama kali dibuat jo (bukan blog resepi yo). hehe.. yang hari2 masak idokla den letak walaupun sesedap rasanya. hahah.. tp tima kasih la pada blogger2 yg memberi ilham nak masak apa tiap2 hari. ;)

Roti ni mmg first time buat, selama ni tak tau pun kene gilingkan roti tu, main letak je sosej pastu balut. Kali ni buat, giling roti tu pastu letak cheese ngan sosej gulungkan, lumurkan telor, breadcrumbs dan goreng. Sedap makan panas2 nih. Buat ni untuk bento Batrisya gi sekolah. Hari ni sekolah dia ada buat jalan2 kat taman permainan. So kene buat bento yg ringkas. Excited plak dia nak naik bas sekolah tu. Tak dapat nak amik gambar sebab x ikut pun.. hehe..

Blueberry Sponge Cake

Nama macam gempak je.. hehe.. sebenarnya takpun, wat sponge kek pastu sapu je kat atas kek tuh. Sponge cake tu pun beli yg ready made punya cuma tambah telor dan butter je. Ini untuk yg malas nak kotorkan dapur, rasanya pun sedap jugak. Konon tak nak amik gambar sebab dah separuh pun makan tp utk kenang2an letak aje la. hehe..

Tuesday, May 19, 2009

Okonomiyaki

Ini atas permintaan hubby soh buat okonomiyaki, (nak sebut pun susah mula2) hehe.. Dia suka sangat la makan nih sebab tu semua bahan dia beli.
Cara buat macam pizza/lempeng je, bahan2 pun senang je, tepung secawan, telor sebiji, kobis potong halus2 (yang ni kene banyak2), sotong/udang/ayam potong kecik2, letak garam sikit dengan breadcrumbs 3 sudu dan air. Macam buat jemput2 gak cuma minyak sikit je, masak atas api. Buat tebal2 baru jadi okonomiyaki yg betul. Dah siap tabur la katsuobushi, mayonis dan sos okonomiyaki. nyummiee..;)

Monday, May 18, 2009

Tau Fu Fah Jepang

Hari ni testing wat tau fu fah plak. Windu nak makan ooo.. sini takde pasar malam so kene la buat sendiri. Resepi tiru kat sini. hehe thanks Ros, mmg sama je rasa kat pasar malam tu, ke tahu sini yg sodap. ;p
Tak 5 minit dah siap dah. Buat air gula (brown sugar, white sugar, daun pandan dan air) agak2 je sukatnya pastu masak atas api. Guna tahu lembut, potong2 masukkan dalam air gula tadi. Nak manis letak gula lebih. Makan panas2 mmg sedap. Oiisyiii..
Nih lagi satu faveret budak Batrisya dari Mesia lagik suka makan taufu fah nih.
Bila mama dah buat siap tambah 2 kali. Dia kata 'Mama macam kat rumah mak la!'. hehe.. maknanya sama mcm kat pasar malam rumah mak la tu.

Sunday, May 17, 2009

Takoyaki

My favourite food kat sini, eh bukan kat sini je dari Mesia lagi dah minat giler kat kuih nih. Sejak hubby beli dari Singapore terus jatuh cinta kat Takoyaki nih. Siap carik satu Melaka tp tak jumpa. Ada kot x carik betul2. Last2 jumpa takoyaki jual kat pasar malam kg aku kat Muar tu. hahaha.. best gilak. Dulu tak tau la buat dia mcmanakan. Rasa mcm tak boleh buat jer. Dah duk sini pergh.. senang giler, anytime boleh buat.
Bahan dier senang jer, sebungkus tepung takoyaki nih, sebijik telor ngan air (sukat ikut bungkusan tepung tuh). Isinya pulak tako(sotong/octopus) potong kecik2, kubis potong halus2 ngan daun bawang. Kalo suka boleh letak halia jeruk. Pastu masak atas acuan dia. Acuannya dah lama beli tapi sebab tepung nya tak jumpa2 lagi baru ni dapat buat (thanks kak hana). Dah masak letak katsuobushi (fish flake), serbuk nori ngan mayonis. Ada letak kicap sushi sikit. Tak sangka berjaya jugak percubaan membuat takoyaki nih. Pasni takyah beli kat luar lagi, buat sendirik lagi puas hati makan. Kenduri takoyaki kitaorg hari ni. Batrisya ngan Haziq memang suka sangat makan nih. :)

Saturday, May 16, 2009

Jalan2 kat luar..

Hari ni pegi shopping2. sampai 4 tempat kitaorg terjah. Minggu ni memang kene bawak budak2 ni keluar. Haziq la lebih2 lagi, sejak balik jalan2 tempohari, sekarang ni hari2 nak kuar rumah. Kakak nak pegi sekolah pun dia sibuk dah siap pakai kasut nak ikut. Sabo je la.. 2/3 hari ni dah le sejuk balik. Siap pasang heater lagi kat rumah nih, padahal nak summer dah. Terpaksa kuarkan balik futon tebal dlm lemari tuh.
Lepas beli barang mainan singgah jap kat taman ni bawak budak2 main belon buih, Haziq suka sangat tak nak balik tu. Padahal mama nak sambung shopping lagik! Best pulak hari ni sebab kitaorg baru je jumpa kedai baru.. kedai apa ye.. heheh..Myra! kat sini pun ada Seria tu. haha.. syok betul beli barang hyaku yen nih. selama ni dok beli barang kat jusco la, supa la memahal plak tu. Borong gak kitaorg tadi. Geram punya pasal, napa la baru hari ni jumpa kedai nih. hehe..
Singgah jugak kat KS Denki tu, survey2 camera, ada cita2 nak beli D90 tu, tp hubby kata kene belajar dulu mcmana nak guna baru leh beli. ek eleh.. kene beli la dulu baru leh belajar tak. Tu la dia kata kalo nak camera memahal kene ada minat kalo tak rugi je tak gunakan dgn betul, takat amik2 gambar sikit2 pakai camera biasa aje dah. pulok dah.. hmm.. camner yer, mcm kene beli camera biasa je. Betul gak ek.. leceh gak nak mengusung camera sebagak tu. Takpe ada masa lagik nih.. hehe..
Tapi guna camera phone ni clear gak gambar eh... dapat gak amik gambar belon tu sebelum pecah.. hahaha...