Wednesday, April 29, 2009

Taman permainan/exercise

Cuaca baik dapat la kuar main2 kat taman. Taman ni dekat jugak dgn rumah, lokasinya betul2 kat atas bukit. Sesuai untuk exercise.
Ni kat atas kene mendaki nak naik nih.
Ini kat Shiyakusho, ada urusan sebelum pegi taman.
Gelungsurnya guna rod yang berpusing, dengan mama sekali naik gelungsur nih.
Tengok suhu kat termometer tu.
Best dapat naik buai.
Haziq sangat hyper, naik turun bukit je kejenye..
Happy dapat bermain kat luar.
Tengok apa tu? Budak2 ni seronok dpt main2 kat luar lagi2 Haziq tu, hehe.. ini tak kalo keluar je pergi supermarket, kedai itu je la. Balik rumah semua kepenatan..zzzzzzzzzzz

Tuesday, April 28, 2009

Biskut Yogurt

Sebab nak abiskan yogurt dah nak expired, try wat biskut letak yogurt. Pergh.. mmg sodap. Gambar tak cantik pun sebab pakai cameraphone. Buat pun dlm kuantiti yg sedikit.
Guna biskut berperisa vanilla yang budak2 tak makan. Nak buat pun senang je. Ada yogurt, biskut, fresh cream, fresh milk, gula sikit, gelatin dan marjerin dah siap. hehe.. takyah masuk oven masuk icebox je, kuarkan dan makan. Nak tau ke buat mcmana? sonang jo..

Bahan-bahan,
  • Biskut (120g)
  • 500g Yogurt
  • 50ml Fresh milk
  • 200mk Fresh\whipping cream
  • 1 sudu gelatin
  • 1 sudu margerin
Cara-cara,
  • Hancurkan biskut, gaul ngan marjerin sesudu letak dlm bekas untuk base
  • Yogurt tu kene sejat dulu pastu whisk dengan fresh cream sampai jadik krim
  • Panaskan fresh milk dlm 50ml campur dengan gelatin sesudu pastu campur dlm krim yogurt tadi
  • Letak atas base biskut tu masuk esbok sampai le keras.
- Dah keras boleh la makan! mmg sedap sangat tau!

Monday, April 27, 2009

Hanami tak jadi

Sepatutnya kitaorg pegi hanami , tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan maka tak jadiklah kami pergi. Hujan turun seharian tak berenti tak dapatlah nak berhanami. Hanami tu maknanya tengok bunga2 sakura yg mengembang. Kat area kitaorg baru je nak kembang bunga2 tu, kalau area bawah dah abis gugur dah..

Hanami pada Sabtu lepas dicadangkan oleh budak2 undergrad sini. So diorang dah siap masak bagai termasuklah kami. Akhirnya budak2 tu je yg pergi buat bbq kat bawah jambatan. Tengok bunga bertukar jadi tengok hujan.. hehe.. Kitaorg tak pegi la hujan nak bwk budak2 kecik ni kang demam plak. Sebab dah buat kuih sikit bagi je kat diorg tu. Try buat puding roti sodap jugak walaupun lorekan tu main hentam saja (maklum le tangan tak berseni) dengan popia telor. Nak resepi tak? hehe.. kali ni C&P resepi yer..

Puding roti
1 paket agar2 (20g)
5 keping roti
2 biji telor
1/2 cawan susu pekat
180ml susu cair (pakai fresh milk je)
1/2 cawan gula
1500ml air

Cara2
Masak air ngan agar2 letak gula sekali.
Roti dan lain2 tu blend sampai hancur.
Pastu campur dlm agar2 yang dah masak tu.
letak marjerin sikit kasik cantik.
Pastu masuk le dlm bekas cantik2 (pakai cup lagi cun) lorekkan ngan apa2 kaler.
Ikut resepi betul pakai kaler tp saya pakai serbuk coklat bancuh air pastu lorek je.
Sejukkan siap dimakan.

Popia plak senang je. Letak mix vege, tahu lembut, telor, udang kering dan bawang. Pastu masak mcm biasa buat inti gulungkan dan goreng siap dimakan. Nyummiee..

Saturday, April 25, 2009

Tag oleh Ujies

Buat yg ni sonang jo. Amik je gambar yg ke 6 dari folder ke 6.

Instructions:- -Go to your photos folder in your computer. -Go to the 6th folder of photos (sorted by alphabet or number). -Go to the 6th picture in that folder (sorted by alphabet or number). -Put the picture on your blog and description of it. -Invite six friends to join the challenge. -Link them in your blog and let them know they have been challenged. This is 6th picture in my 6th folder!


Ha.. keluar la gambar ni. Ini gambar Batrisya masa kecik didokong oleh anak Kak Aiza, apa nama eh.. Farah kot! Ini masa barbeque kat tasik apa ntah kat UK nun.. Comey jer Batrisya tu, tp sian pipinya merah sebab eczyma.

Ok uji done. :)

Nasi Beriyani

Masak paling simple untuk berbuka pose, nasik beriyani, kurma ayam dan acar. Acar ni first time buat, senang sangat2 la rupanya. Letak carrot, timun, kobis dan bawang, gaulkan dengan cuka sikit. ups.. ada papadom terlupa nak amik gambar.

*Gambar amik pakai hp sebab cameraku dah rosak dikerjakan Haziq.. hwa... pasni semua gambar2 tak clear. Nak beli baru kene tunggu budget. huhu.. cedihnya..

Friday, April 24, 2009

Bento

Inilah bento (bekal) Batrisya, tiap hari bawak nasik berlauk. Pepagi dah siap masak2 untuk dia ke sekolah. Pagi sebelum pegi kene makan dulu, biasa dia akan makan dlm 4/5 suap, kalau dia bangun awal byk la jugak makannya. Sensei bagi susu kotak time lunch diorang, so takyah bawak bekal air. Bento kene complete, mesti ada sudu/garfu, alas bento dan sapu tangan basah (dlm botol biru tu). Isi bento tu nasi goreng dan telor (mmg feveret dia nih!)

Thursday, April 23, 2009

Kek Butter

Itadakimasu.. (jemput makan!) Kali ni buat kek butter plak, ikut resepi patutnya kek span, tp tak mcm span so jadiklah kek butter je.
Sila buat tak tahu dengan perhiasan atas tu. Gara2 dah time nak berbuka pose, lepas kuar oven, laju2 tabur gula dan laju2 letak icing tu.
Nak amik gambar cair plak icing dia. Panas lagi tuh!

Wednesday, April 22, 2009

Kenderaan kami..

Kami hanya menaiki basikal atau berjalan kaki untuk ke sekolah atau pasaraya. Bagusnya basikal kat sini siap ada seat utk budak2. Hari2 papa kayuh basikal ke sekolah dan Batrisya bonceng di belakang. Basikal ni beli secondhand je tp masih elok, ada sejarah gak tu tayar penah bocor papa tolak pegi kedai basikal dlm keadaan hujan. Cian papa..

Ehek.. sekarang silalah 'Jeles' dgn saya ye kawan2. Saya sudah ada kenderaan yang lebih besar dan dapat melindungi dari hujan/panas/salji/daun2 berguguran..
Best tak? mestilah best kan.. kat mesia tak merasa pakai. Korang mesti nak tau hargakan? ha jgn terperanjat ye.. harga kete saja RM6000 okey!! setelah masuk insurans, road tax dan lain2 kaedahnye, semua sekali dibayar dlm yen atau ditukar dlm RM adalah RM10k ++ sahaja.. Kat mesia boleh ke dapat kete harga 10ribu? kancil 5 taun pakai pun belas ribu termasuk utang bank. Kete secondhand sini mmg la murah, kalo yg baru tu mahal le. Tujuan beli untuk kesenangan terutama musim hujan ni skrg, sian tica nak ke sekolah lagipun harga mampu dibeli. Saya percaya student2 mesia yg berfamily duk UK dan Jepun kalo tak beli kete mmg tak sah kan? hehe..

Tuesday, April 21, 2009

Popia Mayonis

Ehek.. bukan blog resepi ye. Sasaja nak share pasal popia yang ni, sedap dan senang dibuat. Intinya cuma letak crab stick dan mayonis pastu gulung dan goreng. Memang sedap sesuai sangat untuk budak2 makan. Resepi ni kak siti/imran yang ajar 5 tahun lepas. Tak caya korang cuba la sendiri kat rumah, tak yah susah2 nak wat inti dulu, sesuai kalo dah lapo sangat nak makan. :)

Monday, April 20, 2009

Pancake/Dorayaki

Hari ni percubaan buat pancake plak. Resepi senang je, fresh milk, telor ngan tepung pancake. Confirm jadiklah. Act ni kali kedua beli tepung pancake nih. Mula beli satu brand tu bila balik rumah cek balik tak halal la pulak, sedekah je kat sekolah Batrisya. Beli yang kedua baru confirm boleh dimakan.
Masa buat sendukan pertama mmg tak jadik cantik, senduk yang ke 4 baru le ada rupa pancake. hehe..

Saturday, April 18, 2009

Mee Bandung Muar

Lama betul ngidam nak makan mee bandung muar. Penah buat sekali tp tak jadi sebab cair sangat. Kali ni buat mmg jadik sangat2 dan mmg rasa mee bandung kat muar tu. Cili merah ngan bwg goreng je takde.
Bahan2nya sangat2 la senang, sawi, tahu, tomato, daging, telor dan..... perencah mee bandung Muar!! ha itu lah rahsia sedapnya mee nih. Maklum la semalam barang2 sampai, ada perencah mee bandung terus buat la. hehe... (tapi pedas.. rencah sendiri boleh adjust lada, ikut resepi biasa yg penting ada udang kering atau kacang). :)

Friday, April 17, 2009

Kotak dah selamat sampai..

Fuh.. mmg jenuh aku menunggu kotak2 nih. Tau la guna kapal laut, ngam2 7 minggu sampai. Act semalam dah sampai 2 kotak. Satu kotak susu Batrisya satu kotak baju2. Kotak yang ini paling ditunggu2 oleh aku, sebabnya.. dalamnya semua makanan!!. Korang tengok la habis lunyai 2 kotak. Sebenornya yang 2 kotak tu aku le yg balut tak berkualiti betul kertas tu (salahkan kertas haha..) yang berbalut cantik dan kemas tu abahku yang buat, hihi.. mmg kemas dan takde koyak walau sedikit pun. cayalah abah!! agak pelik jugak sebab abah pos kotak yg tu seminggu lepas aku pos kotak2 aku. tapi sampainya sama plak. ni mesti org kt pos office tu malas nak angkat sampai 5 kotak. Berat ko! Aku mmg memenuhkan kotak tu dengan ngam2 2o kilo brg. Rugi kalau antar sikit2. bayar tetap sama gak. Korang mesti tak sabo nak tengok apa isi kotak aku tu kan..

Nak tunjuk ni dulu, yang Wajib ku pastikan ado, kopi 434 (Muo mari) hubbyku le yg order nih. 5 plastik = 500 uncang. hehe... setaun punya stok. Ha yg sebelah tu aku mmg teringin la, nak buat tak reti lagi. tu namanya mee siput. org johor je tau makan mee siput. nanti dah buat aku tunjuk.
Ada jugak selit2 buku bacaan. Diari opis pun bawak sekali. kot2 la boleh guna kat sini. Langsir pun siap bawak sekali.
Malas nak kemas lagi, antara yang dah disepah2kan. Tengok2 kot2 la ada yg tercicir. Insyallah semua ada kot. Kotak pun takde plak diorg cek. sebab macam last week satu kotak pos laju kene bukak tp takde apa la, sebab pos susu haziq. Diaorg cek secara random je kot. nasib2 le kotak sape yg kene bukak kat kastam tu.
Dan lain2, act ada byk aku dah kuarkan bersepah kat lantai maleh amik gambar. Alhamdulillah lega semua barang dah selamat sampai. huhu.. lepas ni makin rajin le aku main masak2. hehe..

Thursday, April 16, 2009

Barcelona, Spain in memory..

Baca blog reen punya pasal la ni, terkeluar kisah2 lama. hehe.. Sangat2 sweet memory, best sangat pegi sana. Kalau ada rezeki lagi mmg teringin nak ke sana lagi. Insyaallah..
Dah 5 tahun yer. Lama dah.. masa ni tengah pregnant Batrisya 4 bulan, sempat jln2 tu.
Rasanya ini first time naik cable car. Saya adalah seorang yg gayat, mmg pikir 2/3 kali masa nak naik tu.
Mesti lawat Stadium Olimpik dia tahun 1992 tak silap.
Bangunan kat sana mmg la pelik2. Mmg kene amik gambar, rasanya kalau dtg lagi tetap sama kot.
Sagrada d familiar, dah siap ke belum nih? (terjemahan Bible diorang) mmg berserabut.
Tgh honeymoon lagi. Bangunan apa ntah.. tak ingat.
Stadium Barcelona FC. Kitaorg siap jumpa Ronaldinho lagi.. tp dalam kete, ingatkan kenapa la ramai org tunggu kat pintu gate. rupa2 tunggu players dtg training.
Sini pun best, nak pegi kene menapak naik bukit. Penat oo..
Hubby seorang pencinta muzium, tengok Piccaso kat situ. Mmg best kalau korang gi Europe tak rugi pegi Spain, pueh hati la.

Wednesday, April 15, 2009

Pizza Stuffed 'Keras'..

Takde la keras sangat pun. Cuma tak berapa nak lembut je base dia. Topping nyer main tabur2 je apa yg ada, siap campur serunding yg dah 6 bulan tak abis kat rumah nih.
Putih itu adalah mayonis yang mana lubang botolnya sangat la besar. Tak kisah yang penting sedap di makan. Pasni takyah order pizza luar lagi. Mahal plak tu, buat sendiri lagi puas hati boleh letak byk2 isi dan lagi sodap gitu...

Tuesday, April 14, 2009

Nihongo Class

Hari pertama pergi sekolah. Heheh bukan papa ngan Batrisya je gi sekolah, mama pun kene pegi sekolah jugak. Tapi kelas mama dua kali seminggu je. Dari tak buat apa kat rumah pegi membzkan diri register japanese class. Pening jugak nak kene menghafal suku kata dia, kene praktis tulis lagi. Sensei dah bagi homework, practise make perfect. Aza aza fighting.. (ikut kata semangat wanni) hehe...

Kek Gula Hangus

Wah jadik blog resepi plak ni kang. Hehe tapi tak sebab posting benda2 yang first time buat jer. Kek yang ni senang je buatnya. Bahan pun tak banyak. Guna gula hangus letak air dan marjerin pastu masuk kat dalam bancuhan telor yang di whisk, susu pekat manis, tepung dan soda bikarbonat sikit. Ikut kat my resepi tu kene peram 2 jam. Tapi aku peram sejam je kes tak sabor nak makan le.
ehem.. menjadik jugak sarangnya tu. Rasa sedap ooo kalah kuih makcik bubur bawah pokok kat tmn tasik utama tu. Kek ni mmg faveret sangat la, kalau nampak mesti nak beli punya. Tak sangka berjaya jugak percubaan nak wat kek nih. Tahniah utk diriku sendirik. hihi...

Monday, April 13, 2009

Sushi Queen.. / Makizushi

Orang kata kalau dah duk Jepun tak buat sushi tak sah la kan. Hari ni percubaan membuat sushi plak. Buat yang paling simple punya. Bahan pun campak2 je takde sukat2. Pembuat sushi yg pro kene sukat semua bahan supaya sedap sebab tu sushi ada yg mahal gitu.


Bahan2 senang je, tengok kat tv je macamana diorg buat. Beras jepun masak mcm biasa, letak cuka, garam dan gula. Gaulkan semua pastu letak kat atas Nori (seaweed), letak la sekali dengan apa2 bahan yg ada, atas tu guna salmon, mayonis dan timun. Ada juga yg letak crab stick tu suka hati kita la nak letak apa2 pun serunding pun boleh jugak. Pastu gulung kan ikut keteroran korang. Tanganku mmg tak berseni begitu je la rupanya. yang penting masuk mulut konyang porut..hehehe.. Eh lagi satu nak potong tu kene pisau tajam atau basahkan sikit pisau kalo tak senget2 la sushi korang.

Sunday, April 12, 2009

Roti manis

Projek hari ni cuba buat roti bun plak. Peram lebih 2 jam, maklum la cuaca sejuk yis lambat nak mengembang. Teruja sungguh nak tengok jadik ke tak roti bun pertama nih. hehe.. Mula2 bakar 15 minit tengok tak kembang pastu tambah lagi 15 minit. Alhamdulillah baru la naik.
Kat sini susah nak cari roti yg halal, yang ada pun kat 7e je. Yang ini roti kosong sebab percubaan pertama, lepas ni boleh letak inti pulak. Heh! teringat bread maker yang beli kat UK dulu. bawak balik mesia tak penah guna, bukan tu je, pinggan mangkuk tak keluar kotak lagi pun ada. Dah janji tak nak beli mcm2 barang dah kat sini. eh ye ke?