Tuesday, March 31, 2009

Hobi Baru

Sekarang ni budak berdua ni ada hobi baru dah. Bangun tido je nak main game. Isk2.. tapi mainnyer tak lama pun. Saje lepas gian.Haziq excited!!Dua2 frust sebab kalah! hehe...Batrisya sambung lagi lawan mama plak sebab Haziq dah surrender.. lawan Batrisya confirm mama menang. hihi..
Jom lumba!!

Monday, March 30, 2009

My first Curry Puff

Korang jgn nyampah baca entry nih. hihi.. maklum le mmg tak penah buat2 kuih senang2 nih. Dulu2 masa sekolah penah la mak ajar buat kek, buat biskut raya dan masak2 tapi jarang sangat di praktikkan. Sekarang anak2 dah besar dan nak makan macam2 kene la buat sendiri. Duk mesia mmg senang sangat beli aje (wanita bekerjaya la konon). Tak terpikir nak buat pun. hihi..
(Sekali lagi rupa tolak tepi eh... mak metua yg ajar pintal masa kat UK dulu)

Buat Strawberry Milk Shake. Kebetulan strawberry byk so blend je la ngan fresh milk campur aiskrim yg tak habis2 lagi dlm ais box tu. Takde gelas yg lutsinar so gambar kat dlm mug je la.

Act. sabtu lepas buat Mee Jawa, tapi tak sempat nak amik gambar sebab hidang kat org datang. Resepi cilok dari yan (aku tukar udang kepada daging yan). Ada 3 orang budak nak balik Mesia (dlm flight skrg) so sebelum balik jemput dtg rumah makan. Sushi dan donut pun ada.. :)

Thursday, March 26, 2009

Kawan baru..

Nak citer gak akhirnya aku dpt jugak kawan kat sini yang ala2 boleh geng gitu. hihi.. Yang penting paham aku cakap dan boleh bertukar2 cerita.

Act. ada 2 family Indonesia yang menetap dan bekerja di sini. Sorang tu dekat 20 tahun duk sini dari Msc sampai PhD pastu terus keje. Anak2nya dah besar tp dah balik Indon sebab lebih seronok katanya duk kat Indon. Yang sorang lagi dah 8 taun anak2 nya ada yang sebaya Haziq dan atas Batrisya. Tapi semua laki anaknya. Banyak juga yang boleh belajar dari mereka sebab byk pengalaman. Diaorg pun seronok bila ada sesama Muslim kat sini. Dah 2 kali dtg rumah tu bertanya2 kabar. hihi.. ok jugak takde la hamba kesunyian lagik..

Wednesday, March 25, 2009

Baju sekolah Batrisya

Pagi tadi hubby pergi sekolah dengan Batrisya ambil baju dan bayar yuran sekolah. 8 April Batrisya start sekolah. Nampak gembira je nak sekolah. Papa dah ajar sikit2 basic cakap Jepun. Sensei nampak baik dan ambil berat, tanya apa yg boleh di makan atau tidak. Tapi aku kene bawak bento(bekal) tiap hari sebab tica tak boleh makan sebarangan kat sekolah. Kecuali susu dan coklat yg dipantau oleh kami. Start sekolah jam 9-2 petang.
Batrisya dah testing baju sekolah. Comey je rasa tengok dia pakai uniform sekolah nih. hehe.. (ikut style org Jepun amik gambar, cheezu!!)

Lain2 baju yang perlu dipakai sewaktu sekolah. Time winter baju lain, summer pun baju lain. Ada baju sukan, baju aktivti luar dan baju utk aktiviti dalam sekolah. Banyak giler pakaiannyer. Act. semua kene beli tapi disebabkan kitaorg tak kerja sensei bagi pinjam baju dan beg, bila dah tamat Hoikuen (Tadika) kene pulangkan balik la beg dan baju kecuali kasut dan baju pink tu. Yuran registration sebenarnya mahal 30k tp Batrisya tak payah bayar, banyak juga pengecualian, yuran bulanan pun dikurangkan 40%. Tapi bayar jugaklah tiap bulan 6k.

Hari ni tadi snow lebat, konon2 nak jugak ikut hubby pegi Hoikuen tapi sebab sian kat Haziq dan sejuk ya amat kat luar tu, cancel la kitaorg ikut. Gambar kat tepi rumah, minggu lepas baik punya dah kering tiba2 minggu ni snow sepanjang minggu. Sabo aje la dengan kesejukan melampau nih..(Subhanallah..)
Sebab sejuk juga malas nak main dengan air waktu malam, kitaorg order pizza je. Pizza seafood. Bak kata hubby org lain boleh simpan duit duk Jepun kitaorg nih susah ler sebab paham bahasa jepun senang sangat nak menyoping kat sini. Beli pizza pun online je, 1/2 jam order dah sampai.
Tak ketinggalan nak habaq juga nih. Yeay!! Jepun menang!! hehe.. aku tengok tiap perlawanan WBC nih. Best!! TV sini pun dah 2 hari tak sudah citer pasal kemenangan diorg nih. Congrats SAMURAI JAPAN!!

New Gadget


Hubby amat gembira barang yang dibeli dah sampai. Game la tu... Dapat beli dgn harga yg sgt murah sebab langgan internet so dia bagi offer. Kalo beli kat kedai mau 20k harganya. Tapi ni dpt beli dgn harga 1k lebih aje. Oklah tu boleh bagi budak2 main. :)

Sunday, March 22, 2009

BBQ di tepi sungai

Seperti yang dirancang, student malaya kat sini mengadakan BBQ sempena ketibaan Spring. Acara ni mmg selalu diadakan time summer, hanami, kedatangan student baru dan suka2. Banyak kilo jugak daging dan ayam yang dibakar.
Masa2 beginilah diorg berkumpul. Ada juga yg bawa pot luck. Aku bawak jugak nasik goreng. Licin semua makanan.
Budak doa orang ni gembira dapat main2 kat luar. Cuaca panas tp angin yg meniup sangat sejuk.
Haziq tak nak main bola dgn orang. Main sorang2 je. Bila orang dtg kat dia cepat je lari kat mama.
Saje selit minuman petang kitaorg hari ni. Kuih kesukaan hubby 'Cek mek molek' katanya. hihi..

Saturday, March 21, 2009

Kenduri Yaasin

Semalam buat kenduri Yaasin sekali dengan doa selamat masuk rumah. Dah 2 minggu duduk baru buat kenduri. Baru ni lah jumpa budak2 yang duduk sini. Semuanya adik2 saje. Dan yg pasti mmg kitaorglah satu2nya family Mesia yg ada.
Ehem.. boleh jugak ku memasak dlm kuantiti yg agak byk nih. Menu simple je, ikan masak asam pedas, ayam goreng, sup ayam, sayur goreng dan sambal belacan dan ulam timun. Tukang masak mmg tak menang tangan. Gambar pun tak sempat nak amik lawa2. Hubby main amik je gambar.
Gambar ni amik tak sampai 5 minit dari gambar atas. Jumlah student kat sini dlm 27 orang. Ada 4 orang graduate akan balik hujung bulan ni. Makin kurang la org.
Antara yg sempat di snap. (Lelaki lebih ramai dr prmpuan) total perempuan 8 orang shj. (sorry amik gmbar tgh makan ye dik!)
Haziq dan Batrisya mmg glamour la haritu. Semua org nak main dgn dia. Diaorg lama tak jumpa budak2 agaknya. Tapi budak 2 org ni pemalu, lama tak jumpa org mcm terperanjat plak tiba2 ramai sgt yg kerumun kat dia. Haziq tu nak dokung mama je. Dessert yg sempat dibuat. Puding roti la yg paling senang. Tak sempat nak amik gambar lain sebab tuan rumah mmg bz sesangat, lebih2 melayan Haziq yg tak nak kat org sangat. Esok BBQ kat tepi sungai pulak!!

Thursday, March 19, 2009

Ulangtahun ke 2 Haziq

Hari ni dlm tahun Masihi (19 Mac 09) genap usia Haziq 2 tahun. Dah besar anakku nih. Tapi Haziq masih tak boleh bercakap dengan jelas. Perkataan yang disebut cuma hujung2 je. Takpe lepas ni Haziq pandai cakap la ye.
Tak sempat nak buat apa, beli kek dan aiskrim je, nak cari yang boleh dimakan mmg payah le, semua ada sake (arak). Tapi jumpa jugaklah yg tak berapa nak sedap. hehe..
Aiskrim je yang diratahnya. Tadi kitaorg keluar beli barang untuk kenduri esok. Kenduri?? hehe.. esok ada baca Yassin buat kat rumah ni. Sejak masuk rumah baru ni nak buat kenduri. Pergh.. first time lagik nak memasak dengan kuantiti byk. Harap2 semua menjadik esok. Amin..
Hadiah harijadi untuk adik!! Memang dah lama nak beli stroller nih. Kebetulan ada sale dan murah je, so beli untuk kesenangan mama dan papa jugak!
Lepas ni tak lenguh tangan nak mendukong. Haziq posing untuk bergambar aje.. hihi..

Donut pertama

Hihi.. aku rasa macam bangga giler je. Nak tau tak inilah first time hidup aku buat donut (rupa tolak tepi eh!) selama ni kalo nak makan beli je, dan donut adalah antara kuih favorite aku. Wah gitew, senang rupanya buat donut nih ye. Paling best budak2 dan hubby suka jugak. hehe..
Nak citer jugak, agak2 atas tu apa yer? ha.. itu lah gula yang ada kat sini. Mula2 ingat garam, gulanya sangat halus. Senang jugak kalo guna sebab cepat larut. Nak buat kuih pun senang nih.. :)

Wednesday, March 18, 2009

Baseball Games

Waa.. tiba2 fanatik plak tengok baseball nih. Sekarang tengah world games, tengok Japan team mmg best. Mesia takde dalam senarai ye kawan2. Aku ni baru le tau pasal baseball ni. Selama ni mmg tak tau la rules dia macamana. (tau main roundes je kat sek rendah dulu) Setelah diterangkan oleh prof serba tau kat rumah ni baru le paham macamana cara permainannya. Maklum la kat mesia balik2 badminton, bolasepak je.. hihi..
Antara sebab aku suka sebab mamat kat atas nih (kapten), hihi.. stylo giler...

Yang ni pun sama gaks.. ahaks..

Players Japan mmg telah ditrain sejak dari sekolah lagi. Kat sini kalo perlawanan antara High School pun dibuat live. Pemberi semangat la budak2 yang terror sukan mengembangkan bakat. Lepas sekolah terus jadik pro. Sekarang Japan dah menang 2 kali, kene menang ngan Korea plak utk semi final. Tunggu esok nak tau keputusan. Tahun 2006 Japan winner, harap2 dpt kekal la kejuaraan. ;)


Sunday, March 15, 2009

Jalan2 ke SATY

Hari ni cuaca agak baik, so amik kesempatan keluar jalan2 ke SATY. SATY ni hypermarket yg ada kat sini. Antara yang terbesar la kiranye. Kitaorg keluar naik bas. Atas tu gambar kat bus stop. Nak main salji kat rumah tak sempat, amik je la gmbar kat bus stop je. hehe..
Bawak budak2 ni main. Asyik main dlm rumah je sian pulak. Act SATY ni sama comp Jusco kat Mesia, mainannyer pun lebih kurang gak, uniformnyer pun sama.
Ini yang Haziq paling suka, sampai tak nak keluar dari kereta ultaman nih. Penat sikit takpe yg penting budak2 happy (mama jugak) dapat keluar rumah. :)

Saturday, March 14, 2009

Online Food

Pagi tadi barang yang diorder sampai. Kat sini tak ada kedai jual makanan halal. So terpaksa beli secara online. Tak merasa la kitaorg makan ayam/daging fresh. Nak sembelih satu keje la pulak.. Kalau beli buat stok sebulan (itu masa hubby la) ni kitaorg dah ada ntah2 stok 2 minggu je. Lagi satu kalo beli byk2 tak muat pulak ice box tu. Yang kelakar tu ayam ni pun diimport dari Brazil. Dan paling best byk gak brg2 mesia dijual kat web tu.

Kat atas tu kitaorg ada beli daun pandan dan sos cili, sebelum ni hubby penah beli daun limau purut, serai, lengkuas selain daging dan ayam. tapi tu la harganyer mmg ler mahal!! (kalo diconvert) tp dah duk sini okla tu kot. pakai secara berjimat cermat. Penghantaran pun cepat, 2 hari order je dah sampai. Oh sebenarnya ada 10kilo beras kat sebelah tu, kitaorg makan beras Thai. Tak penah rasa lagi masak nasi guna beras jepun. Hubby yang tak minat.. hehe

Kat luar salji turun lagik!! hwaa... ntah bila la nak berenti kesejukan nih. Nak keluar rumah pun mmg bercinta giler. Pagi tadi hujan pastu bersambung dengan salji pulak. Sabo je la.. mmg terperuk je la dlm rumah sampai la spring nanti kot!!

Thursday, March 12, 2009

Pindah rumah..

Hari ni dah hari ke 5 sebenarnya duk rumah baru nih. 5 hari takde internet rasa gelap dunia... wakakaka.. ada ke mcm tu ek! hihi.. Act. ahad haritu dah pasang tp user idnyer lmbat di pos so hari ni le baru sampai. Setting wireless plak problem tadi tp nasib baik lakiku amat terror kepandainya menyelesaikan masalah. Tv ada kat rumah tp tu ler aku tengok gambar je la mcm Batrisya dan Haziq tengok katun. Tengok dan paham sendirik la. Tensen le tengok hubby tengok tv gelak sorang2. Tiap kali dia gelak mesti aku soh translatekan. sabor jer la.. last2 penat aku tanya dan penat plak dia nak explain. huhu.. Aku baru le paham dua tiga ayat, dah 2 minggu baru sekali je aku belajo menulis. apara cikgu aku tu baru bagi sehelai kertas je menulis. Mcmana la nak terror ckp Jepun ngan paham tulisannyer nih? Hubby kalo ikutkan dah 12 tahun terror japanese nih. nganga je aku dgr dia ckp dan menulis.

Hari2 berlalu seperti biasa. Snow tak berenti2 lagik. Semalam seharian snow, yg dah cair membeku dan memutih balik. Sabo je la dgn kesejukan yg melampau nih. suhu dlm rumah pun bawah 5C kdg tu. Kalo takde heater mau beku salur darah. Nak keluar pun malas, budak2 pun mcm bosan jerk. Batrisya kdg sebut nak balik rumah mak. boring la tu..

Dah ada internet senang sikit, Haziq ngadap otomen, Batrisya dengan game princess dan aku melayan blog etc. Papa? haha papa layan TV je la.. lepas budak2 tido baru boleh pakai laptop. Ada 3 laptop pun tak cukup kat rumah ni. Dah yg kecik pun nak jugak.

Act tv kat Jepun ni best jugak cerita2nyer. Byk talk show yg menarik, drama2 dia pun best, byk info gak yg diberi. Tapi tu le aku tak paham sgt, yg aku suka bila ada show masak2. haha... yg tu je aku senang paham.

Waduh gimana ya? bgun pagi masak makan, kemas rumah sikit2, ngadap tv, pastu makan lagik... mlm kang makan lagik. waa.. itu je la kejenyer makan, tido, makannn je... sejuk2 perut lapo je. aiyak.. bila la nak mengecik nih. Start April ni Batrisya sekolah, harap2 ada la perubahan.. hehe..

Saturday, March 7, 2009

Innalillah..

Terkedu dan terharu mendengar berita tentang kehilangan Amir Yusof. Saya telah lama mengikuti blog saudara Fajar dan Anis memandangkan mereka juga adalah satu tempat kerja kami. Marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat anakanda Amir Yusof.

Al-Fatihah...

2nd Tag from Suei

1.List this rules on your blog
- Ok
2. Share 7 fact about you on your blog
- Dah kahwin
- Ada 2 anak, 1 prmpuan 1 laki
- Sekarang tengah bercuti tanpa gaji selama 3 taun
- Baru seminggu sampai Jepun dan akan duk selama 3 taun lagik.
- Masa kecik gemuk, dah sekolah kurus, lepas sekolah gemuk, start keje kurus, lepas kahwin gemuk, lepas beranak kurus, anak dah besar gemuk... hahhaha...
- x student UiTM Manjung.. (rindu rumah kedai..)
- Adik beradik ku semua perempuan.. Suka :)
3.Tell 6 unspectacular quirks of yours
- Ntah yer.. sukar dijangka
- amat takut pada tikus (lompat!!)
- sangat rajin mengemas (hehe ni patut letak atas)
- cepat marah dan cepat jugak coolnyer
- sangat2 menyayangi semua ahli keluargaku...
- SHOPPING is a MUST.. ;)
4.Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blog
Ok
5.Link the person who tagged you
Dak Suei my uitm classmate
6.Leave comment for each blogger you have tagged..
- Wanni (First time tag dia nih..hihi)
- Ujies (suka sebab rajin)
- Kak Yus (penah buat tak?)
- Pyazal (hang buat gak eh..)
- Kak Zana (hutang lagik..)
- Kak Rat (dah tak bz boleh buat)
- En. Arjuna (lagi sekali)
Sekian.

Tagged by Suei...

Ayoo suei, sampai 3 hang tag aku nih.. takpo eden cuba buat yg termampu jo..

Rules:
It’s harder than it looks!Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions.They have to be real…nothing made up!If the person before you had the same first initial,you must use different answers.You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name : NORASMARA


2. A four Letter Word : NEWS


3. A boy's Name : NIZAM


4. A girl's Name : NURASMA


5. An occupation : NECROMANCER


6. A colour : NAVY BLUE


7. Something you'll wear : NEW SHIRT


8. A food : NASI


9. Something found in the bathroom: NAPPIES


10. A place : NAGOYA


11. A reason for being late: NEBO (Bgn lambat in jpnes..hihi)


12. Something you'd shout : NO NO..


13. A movie title : NEOGENESIS EVANGELION


14. Something you drink : NESCAFE


15. A band group & singer : NEW BOYS/NAMIE AMURO


16. An animal : NUBIAN IBEX


17. A street name : NORBOROUGH ROAD


18. A type of car: NOAH


19. The title of a song : NABILLA

Huhu.. tak tercapai dek akalku la Suei. Boleh lah ek..
Kawan2 lain kalo rajin boleh buat ek..
- Wanni
- Kak Yus
- Uji
- Kak Rat
- Kak Zana
- Arjuna
- En. Me
- Payazal

Friday, March 6, 2009

Shiyakusyo..


Hari ke ke 7. Wah! genap seminggu dah kami kat sini. Sekejap je masa berlalu. Atas tu gambar balakang umah ntah bila la nak cair salji nih. Baju pun lambat kering pulak kat rumah baru takde heater.
Lunch kat luar dekat 20 pinggan makan sushi. Hihi.. sebab perut lapar hentam sajalah ikan mentah.
Budak 2 org ni buat nyepah jer le. Train lalu diorg nak mencapai jer.. Diorg tak suka sushi, nasik jugak menjadi pilihan kami.
Ok ni pejabat city council, semalam tujuan kami ke sini buat Alien Card, Insuran, register dll la. Aku penat betul tengok org Jepun nih cakap, lepas tu dgn kepala diorg mcm ada spring mesti nak angguk2. Kat market kalo beli barang tiap barang tu disebut2nyer sekali ngan harga. Aje le mengabiskan air liur. hihi.. Tapi diorg buat keje mmg laju, nak photostat tu mesti berlari2 anak, yg tak best meja keje diorg kecik giler. Pegawai pun duk luar meja kecik sama mcm anak2 buah. Tak macam mesia, partition kemain beso even clerk lagikan pegawai.. hihi sendiri mau ingat la. Nih kira office kerajaan la. Tp cara keje diorg mmg bagus efisyen dan pantas (aku rasa la..) Lama jugak kat city council ni sebab byk department kene pergi. Tp ada satu benda yg diberitahu oleh pegawai kat situ yang menyebabkan aku tersenyum amat giler lebarnya... hehehe..WOW.. menyebabkan aku amat gembira nak duk kat Nihon nih.. lebih2 kalo ANAK ramai.. hihi..

Thursday, March 5, 2009

5 perkara

Ini tag dari Wanni, sebagai homework sebelum masuk rumah baru. eh2 mcm keje sekolah plak nak kene siapkan. hehe.. Kene wat cepat kalo tak nanti lupa.

1. What were you doing 5 years ago

5 taun lepas tahun 2004 aku masih berada di Sheffield UK. Nak citer sepanjang taun ke atau bulan Mac 2004? hehe.. tak kisah la ek. Tahun ni jugak aku dapat anak pertama tu si kakak Nurdayana Batrisya. Act. ikut kandungan tica no. 2. Masa sampai sini (UK) aku miscarriage :( . Sepanjang 2004 jadik fully housewife. eh tak jugak keje gak la, jadik cikgu BM kat Sekolah Melayu Sheffield pastu part time kat Pro Direct sebagai tukang lipat flyers.. (kilang la..haha..) Kat situ ramai melayu keje dan kat situ lah ramai dapat kawan melayu dari serata mesia. hehe... tahun 2004 la aku byk berjalan serata Europe Amsterdam, Italy, Spain, Belgium.. Dan 2004 gak parents termasuk adik bungsu dtg UK melawat kitaorg sambil jenjalan dari Scotland hingga Wales dan europe jugak. Masa dlm pantang mak metua yg dtg jaga, Terima kasih sesangat kat mak metua yg layan aku giler baik punyer. hehe sayang dua2 mak aku tu..

Kesimpulan tahun 2004 tahun paling best dlm hidup aku..

2. What were the 5 things on your to do list today

- Masak mkn tengahari
- Pergi Shiyakusyo (City Council) buat Alien Card
- Jalan2 tengok universiti :)
- Bagi budak2 mkn ubat selsema
- Basuh baju lagik..

3. What were the 5 snacks that you enjoy

- Potato chips (giler kentang..)
- kerepek ubi (Muo punyer..)
- kerepek seaweed
- Cheezle (kat sini dah tak merasa la nak makan)
- ayoo.. semua snack aku enjoy..

4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire

- Kayakan kerabat2 aku..
- Bawak semua kerabat pegi haji dulu
- Beli kete idaman Aston Martin DB9 (dah abis setengah juta dah..)
- Melancong seluruh dunia
- Buat business fast food ngan hypermarket kat Bandar Jengka. (yg ni mmg cita2ku)

5 ke 6 wanni? Who are the 5 person you wanna tag

- En. Erwan (mengisi masa lapang)
- Kak Zana (boleh la eh?)
- Kak Rat (wajib tau)
- Kak Norida (boleh tak?)
- Ujies (mesti buat tau..)
- Sue (buat gak eh..)

Sekian.

Tuesday, March 3, 2009

Oh cermin mata..

Hari ke 4. Akibat terlalu bosan dan tiada permainan yang best di main oleh budak2 ni, cermin mata ini menjadi mangsa permainan Haziq. Ini spec papa, bangun pagi papa tengah tido lagi, dicapainyer spec dan cuba nak pakai, agaknyer tak boleh nak letak kat kepalanya dia geram dipusingnyer bingkai tu, apalagik patah la. Ni kejadian ketiga haziq mematahkan cermin mata. 2 lagi akunyer kat dlm kete. Silau mata bwk kete tak pakai spec.
Ini selepas patah sebelah, mmg tak boleh nak alter lagi. Kalo ikut Batrisya lagi byk mematahkan cermin mata papa masa kecik. Aku rasa dekat 10 pasang kot spec papa kene patah oleh Batrisya.
Spec baru terpaksa la beli jugak tadi. Harga sini mahal ooo.. hai anak2...

Sunday, March 1, 2009

Hari ke 2 di Jepang

Amik gambar kat area rumah. Masih ada snow lagi. Batrisya teringin nak main salji. haha.. agaknyer teringat masa dia kecik2 dulu mama letak dia kat snow.
Haziq yg tak suka pakai jaket. Org kesejukan dia rimas plak pakai jaket nih. Gambar kat tepi rumah.
Gambar kat rumah baru kitaorg. Act. masuk hari ni tapi sebab takde line internet lagi, saya sanggup duk rumah kecik ni sampai minggu depan. Hubby sewa 2 bijik rumah bulan nih..
Gambar tandas pun nak amik. Suka sebab semua baru sekali ngan bath tub. :)
Kabinet dapur pun baru. Act rumah lama tapi landlord buat pengubahsuaian sikit. lantai dapur pun ada storage.
Ini area ruang tamu merangkap bilik jugak la. Rumah ni ada 3 bilik. Besar, luas dan selesa.
Rumah besar byk la jugak nak pakai heaternyer. Kat sini tak macam UK ada central heating diorg pakai heater yg menggunakan minyak tanah atau heater letrik. Jenuh le nak letak tiap bilik. Rumah ni menarik landlord siap bagi free parking, Cable tv free (mcm astro la kalo kat mesia), dan murah!! Landlord tu kaya ada sekolah memandu, mcm tak kisah je nak sewa berapa. Siap bg diskaun 10000 yen tu. Kitaorg tak mintak dia yg offer, tp malangnyer dlm kontrak dgn agen dah sign harga asal. Ceh.. mcm nak mintak tukar kontrak jer.. hubby kata oklah tu kira dah murah dah...

Esok beg sampai, kitaorg pos dari airport. Senang dan tak memenatkan nak angkut beg. lepas tu nak buat alien card. wajib utk foreigner. Budak2 ni nengok katun jer la buat masa nih. kul 5 lebih dah gelap. Area sini ok la even kawasan kg, semua kemudahan ada. Barang pun murah. Kerete je kitaorg tak beli lagi. Hubby dah ada lesen Jepun, tengah memikir2 kete apa nak pakai nih??