Friday, August 7, 2009

DisneySea Tokyo

Hari Isnin kitaorg ke Disneysea. Memang amik 2 day pass, sehari untuk Disneysea dan sehari untuk Disneyland. Hotel penginapan sediakan bas untuk ke Disneyland jam 7 dan 8. Amik yg kul 8 la sebab Disneysea bukak jam 9. Sampai2 je orang ramai dah penuh beratur.
Batrisya dengan tiket yg dah ditempah awal, pos ke rumah lg. Haziq masuk free Batrisya byr untuk kanak2 bawah 11 tahun.
Depan Mediterranean Harbour, orang ramai masuk2 terus berlari2 nak amik tiket masuk park.
Yeay! dapat gambar dengan Pinocchio.
Gambar dengan Goofy plak. beratur orang nak gambar ngan karektor2 nih.
Tengok show The Legend of Mytica plak. Ini main sembur2 splash orang, habis basah. Tapi mmg enjoy.
Kawasan Mysterious Island. Dapat masuk semua jugaklah sebab cepat2 amik fastpass. Memang terror jugaklah kitaorg budget masa. hihi... Tapi tmpat yg kanak2 x boleh masuk tu x pegi la mcm roller coster dan yg mmg x dibenarkan utk kanak2.
Mermaid Lagoon ni best sesuai untuk kanak2. Time kitaorg pegi mmg cuti sekolah orang mmg ramai sungguh tp hari Isnin masa menunggu tak lebih dari sejam la. Puas hati dpt main semua mainan.
Dapat gambar ngan mamat ni. Kat dalam dapat tengok teater Ariel, best!
Tempat main air splash2. Habis Haziq basah.
Ariel's Playground.
Pening naik benda alah nih.
Pintu masuk ke Arabian Coast.
Macam kat Arab la.. dapat jugak tengok teater Magic Lamp Sinbad. best!
Ini kat dalam Sinbad storybook. Naik bot keliling, act x bleh amik gambar tp amik je tp jgn guna flash. Best gak nih!
Ada show, dah nak abis masa keluar dari Sinbad storybook tadi.
Bergambar dengan Stitchy, beratur gak nih. tp dlm 10 minit je. Haziq dah terlentok dlm stroller.
Mama dengan Batrisya je naik Aquatopia nih, Papa jaga Haziq tido. Best tp pening pusing2.
Susah gak nak dpt gambar ngan Mr. Incredible nih.
Ini dengan Elastigirl plak. Maskot ni semua happening. Batrisya tanya maskot ni semua x boleh cakap ke? hehe.. iya la dok pegang2, main2 tp x ckp apa2.
American Waterfront, sebelah tu kapal mcm ala2 Titanic. Yang tinggi tu Tower of terror. x masuk la sebab utk dewasa je. Saya adalah penakut dengan ketinggian dan permainan ala2 roller coster tu.
Ada show Over the Wave, byk la karekter katun yang kuar. Pelakon2 dia cecantik bila kene makeup mcm artis je. hehe..
Minnie dan Daisy.
Ada je habuan untuk budak2 ni. Nak memilih yang boleh dimakan mmg le amik masa, Haziq tu kalau boleh semua nak. Memang best, x rugi seharian kat dalam Disneysea. Tempat rehat byk jugak, kitaorg bawak bento siap2, susah nak cari mkn yg boleh dimkn kat dlm. Penat mmg tak terkata la, tapi yg penting enjoy!

4 comments:

are said...

As,
bestnyer g disneysea...

Asmara said...

Kak Are, kalau jalan2 mmg best, tp penat tu yg x larat. hehe..

serinditrimba said...

Asmara,

Bestnyer.. aku seriussssssssss jeles ngan ko. ha ha ha..enjoy as..enjoy, esok-esok dah keje, bukan senang ko nak pi jalan-jalan. Nak mintak cuti bagai.. he he he..

ps : As, seronok kan tulis blog?? dulu ko tengok je blog orang, sekarang orang dok baca blog ko.. he he

Asmara said...

Kak Zana, tu la time boleh enjoy meh kita enjoy puas2. hehe.. dah balik keje sampai ke pencen la dok keje.
Ehek.. kak tu la pasal, dulu rajin baca blog org, skrg ada citer tulis untuk kenangan diri sendiri. hehe..