Thursday, July 23, 2009

Matsushima Bay

Hari Ahad cuaca terang, tapi jalan jammed nak ke Matsushima ni. Ramai sangat orang nak ke sini. Matsushima ni adalah antara 3 pantai tercantik di seluruh Jepun. Macam2 ada untuk aktiviti laut.
Kitaorang naik feri untuk menikmati pemandangan sekitar pulau2 yang ada. 50 minit perjalanan, sebagai pelancong memang puas hati jugalah.
Suasana dalam feri. Tapi ramai yang duduk di luar untuk bergambar dengan burung2 dan pulau2 sekitar.
Burung2 ni ikut feri sebab orang ramai beri makan keropok udang yang mmg ada dijual dalam feri. Kitaorang beli keropok udang makan sendiri je. hehe..
Burung ni tengah makan keropok kat tangan sape ntah. Bestkan! Haziq takut sebab dia ingat burung tu nak patuk dia agaknya.

No comments: