Thursday, May 14, 2009

Menu Ulangtahun Perkahwinan...

Sempena ulangtahun pernikahan sebenarnya, aku pun masak2 la. Menu simple je, tp sebab menu inilah pertama kali aku masak untuk suami tercinta maka ulang tayang masakan pertama dibuat.
Menu pertama adalah tomyam. Buat tomyam sotong jer, sebab takde bahan2 lain. Tak sempat shopping barang dapur lagik. huhu..
Menu kedua adalah daging masak merah, takde kaler nampak daging masak sos je.
Menu ketiga ikan goreng, patutnya siakap goreng sweet sour. Tapi siakap takde buat ikan goreng je la.. hehe..
Menu keempat, telor bungkus, yang ni mmg sodap. hehe..
Last sekali sambal belacan ulam timun. Pakai belacan Sarawak mmg sedap ko!
Dan.... jeng3!! Kek anniversary. Ini buat cheese cake plak. Gigih tau buat ni dengan nak tulis2, dgn Haziq dan Batrisya pun sama nak tolong. Dalam 2 jam dah siap.
Kali ni buat ada base biskut. Eh base biskut tu buat sendiri tau! Senang je ikut kat my resepi tu. Baru la tahu buat biskut sendiri senang je.

Biskut coklat:
5 sudu tepung gandum
1 sudu serbuk koko
2 sudu margerin,
3 sudu gula dan
4 sudu fresh milk.
Resepi ni aku ubah sendiri kuantiti pastu gelek sampai nipis, bakar kat suhu 180C selama 15 minit. Kuarkan dia akan jadik keras macam biskut. Makan mcm tu je pun sodap!

Nak wat cheese cake pun senang gak.
250g cream cheese
2 sudu yogurt
3 sudu tepung gandum
2 sudu gula
1 sudu lemon juice
2 biji telor

Pukul semua kecuali tepung ngan telor putih.
Pukul telor putih sampai kembang
Masuk tepung kacau pakai sudip kayu
Pastu masuk putih telor yg dah kembang tu gaulkan.
Tuang atas base biskut tadi
Bakar dalam suhu 180C selama 45 minit.
Dah siap tu hias la ikut suka.

Atas tu tulis pakai coklat masakan, Cairkan pastu letak dlm plastik gunting kecik hujung plastik tu ha boleh la lukis2 ikut suka. Senang kan!! (Terror gak aku menghapal semua nih. hikhik..)

Aku buat ni suprise lepas hubby balik sekolah. tersenyum2 dia hari ni. Paling best tengok makan nasik sampai 3 kali tambah. hwahwahwaaa...

1 comment:

reen said...

sayang as kat kyrie yek...Love forever tu yang x tahan...hehehe!!!