Wednesday, March 25, 2009

Baju sekolah Batrisya

Pagi tadi hubby pergi sekolah dengan Batrisya ambil baju dan bayar yuran sekolah. 8 April Batrisya start sekolah. Nampak gembira je nak sekolah. Papa dah ajar sikit2 basic cakap Jepun. Sensei nampak baik dan ambil berat, tanya apa yg boleh di makan atau tidak. Tapi aku kene bawak bento(bekal) tiap hari sebab tica tak boleh makan sebarangan kat sekolah. Kecuali susu dan coklat yg dipantau oleh kami. Start sekolah jam 9-2 petang.
Batrisya dah testing baju sekolah. Comey je rasa tengok dia pakai uniform sekolah nih. hehe.. (ikut style org Jepun amik gambar, cheezu!!)

Lain2 baju yang perlu dipakai sewaktu sekolah. Time winter baju lain, summer pun baju lain. Ada baju sukan, baju aktivti luar dan baju utk aktiviti dalam sekolah. Banyak giler pakaiannyer. Act. semua kene beli tapi disebabkan kitaorg tak kerja sensei bagi pinjam baju dan beg, bila dah tamat Hoikuen (Tadika) kene pulangkan balik la beg dan baju kecuali kasut dan baju pink tu. Yuran registration sebenarnya mahal 30k tp Batrisya tak payah bayar, banyak juga pengecualian, yuran bulanan pun dikurangkan 40%. Tapi bayar jugaklah tiap bulan 6k.

Hari ni tadi snow lebat, konon2 nak jugak ikut hubby pegi Hoikuen tapi sebab sian kat Haziq dan sejuk ya amat kat luar tu, cancel la kitaorg ikut. Gambar kat tepi rumah, minggu lepas baik punya dah kering tiba2 minggu ni snow sepanjang minggu. Sabo aje la dengan kesejukan melampau nih..(Subhanallah..)
Sebab sejuk juga malas nak main dengan air waktu malam, kitaorg order pizza je. Pizza seafood. Bak kata hubby org lain boleh simpan duit duk Jepun kitaorg nih susah ler sebab paham bahasa jepun senang sangat nak menyoping kat sini. Beli pizza pun online je, 1/2 jam order dah sampai.
Tak ketinggalan nak habaq juga nih. Yeay!! Jepun menang!! hehe.. aku tengok tiap perlawanan WBC nih. Best!! TV sini pun dah 2 hari tak sudah citer pasal kemenangan diorg nih. Congrats SAMURAI JAPAN!!

4 comments:

Unknown said...

as, macam orang jepun jer tgk batrisya pakai baju sekolah tuh..

laaa..snow lagi ker?. Kata dah spring? kesian korang, kalau mcm nih bila nak rasa panas sikit nih.

p/s: dah pandai decorate blog nampak..hihi

Intanaziela said...

cute je ticha pakai uniform..dah cam anak jepun..hihihi :P

Effyliani's Life said...

comey rr skul uniform ticha. ngan topi bagai. hehehe

Asmara said...

Itu le kak Yus belah bawah tu dah berguguran Sakura.

Intan, Suei mmg comey je tengok budak2 sini pakai uniform sekolah, siap blazer tp skirt pendek. hihi..