Saturday, November 29, 2008

Friends..

I have a lot of friends. since primary school. Tapi kebanyakannya lost contact. Sangat2 merindui mereka semua. I know skrg senang nak cari member lama, melalui friendster, myspace, facebook, blog dll. itu kalo mereka menggunakan semua tu. Kalo yg xde confirm selisih bahu pun tak tegur sbb x perasan. Actually saya ada beberapa kali terserempak muka2 yg macam kawan2 lama saya. Tapi x berani nak tegur takut salah org. Dan saya tidaklah org yg sesangat friendly utk menyapa dahulu lebih2 lagi kalau org itu tidak soo close dgn kita egg rakan sekolah or university yg berlainan kelas, rakan kepada rakan dll. Tapi x kenal maka x cinta tau...

And sometime keadaan fizikal yg berubah menyebabkan org jadi confius dan x merasakan itu adalah kawan mereka. Faktor umur yg semakin meningkat serta tidak lagi menghadiri majlis social egg 'kahwin' boleh menyebabkan kita losing our friend. Situasi ni berlaku mybe sebab kita hanya 'pernah kenal''. Heheh tapi saya tau mana2 kawan lama yg baru berjumpa saya semula still ingat saya lagi. Saya amat gembira n I'm really appreciate for those who still remember me.
*Friendship will never die...

Thursday, November 27, 2008

Sunyi dan sepi...

Dua tiga hari ni suasana mmg sunyi dan sepi. Kalo sebelum ni ada je org lalu lalang, naik turun tangga, bunyi bising org bercakap tapi sekarang ni sejam payah sekali org lalu. heheh.. Nasib baik ada tv dan 3/4 orang officemate masih ada. dan yg aku paling suka PARKING kosong. lega dpt letak kete dekat2. Tapi ini pun untuk sementara, x lama lagi kami pun akan berpindah mybe middle december. Kat sana plak katanya parkir limited. hmm... sape cepat dia dpt duk depan la.

Musim hujan dah sekarang. Petang je ujan, aku amat takut nak drive dlm keadaan hujan lebat lagi2 kat highway. Biasa pecut 120kmj tapi kene kurangkan jd 90kmj itupun dah rasa laju dah. Lagi tension bila kene follow lori ke, rasa melayang2 jer dibuatnyer. Lagi satu yg tak berkenan suka sangat kete2 ni pasang hazard light nak potong pun rasa was2 je. yg heran duk plak kat line kanan tp bwk slow..isk bako darah je. Tp saya sentiasa berdoa perjalanan saya dilindungiNya. Amin.

Tuesday, November 25, 2008

Geram...

Ada satu benda yang tiba-tiba menyebabkan aku jadi geram. Ada la satu persatuan nih. Ahlinya terdiri dari orang kaya2 dan berpangkat Datuk2 belaka. Tapi kejenyer asyik le mintak sumbangan kat tempat aku keje nih ha.. Dalam setahun mintaknyer 3/4 kali. pastu jumlah mintak tak tahan tu.. berpuluh2 ribu. Pastu tengok la tujuannyer heh semua untuk jamuan makan jamuan makan mentang2 dinaungi oleh CM. Pastu tiap2 hari call tanya2 pastu mcm paksa2 plak kene bagi. Nasib la boss nih bagus. Dia soh kata 'mintak maaf peruntukan dah habis' senang citer. Tapi at least kitaorg mmg bagi tiap2 taun 10k dah tentu la utk diorg nih. kalo tak bagi kang dikatanya kitaorg x menyokong/melawan org atas.

Itu le yang aku herankan diorang nih. Dah tau selalu nak buat function buatlah pendapatan sendiri. Nih tak asyik le mintak duit kat tmpat org. Pada aku le kalo nak menderma tu tengok la untuk anak2 yatim ke, orang susah ke tak kisah la. Tapi diorg ni pun pandai je gunakan nama anak2 yatim konon la seorang peruntukan RM300 untuk beli baju dan kasut. aku rasa la setakat nak beli kasut ngan baju untuk budak RM100 dah lebih cukup. So lagi 200 tu letak mana? confirm la masuk poket diorg... ceh pepandai je aku nih. Duit datang dari kitaorg tp yg dpt nama persatuan diorg, siap masuk paper lagi. Tapi nih le ketidakpuasanhatian aku terhadap org2 yg pentingkan diri sendiri. *Tetiba emo je aku pepagi.

Sunday, November 23, 2008

Selamat menunaikan ibadah Haji...


Untuk mak dan abah tersayang, kami mendoakan mak dan abah selamat sampai dan kembali serta dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan mabrur. Kami semua amat menyayangi dan merindui serta akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua. Amin.

Thursday, November 20, 2008

Snow dah turun...

Malam tadi hubby ckp snow dah turun sikit suhu -2c. Pastu pagi tadi keluar rumah.. heheh tu dier.. *Kat belakang rumah
Nih kat depan rumah, katanya biasa kat area situ snow sampai tutup tingkap. Huhu nih baru bulan 11 belum masuk Dis/Jan. Duk UK tak merasa snow tebal giler.. kene pegi hill baru jumpa la..

Kat belakang rumah jugak.. that's why ler saye malas pegi ujung2 taun. sian kat anak2 nanti terkezut ngan weather..

Tuesday, November 18, 2008

Nama Anak..

Anak pertama diberi nama Nurdayana Batrisya, maksudnya Cahaya keberanian dan kepandaian. Masa mula2 nak carik nama mmg susah bermacam2 nama dah list last2 nama nih yg dapat. Nama Batrisya tu rupanya sangat familiar sekarang. Mula2 jumpa nama Batrisya tu rasa mcm pelik jer, tak terpikir langsung akan ada orang lain guna nama tu. sampaikan kak yus pun kata mcm nama Arab dan sedap plak didgr (Kak yus ngan kak Aiza yg pling byk bg panduan nasihat masa 1st preggy dulu thanks a lot really miss u all..). Sekali balik Mesia huhu.. tu dier melambak nama Batrisya tu.. Dayana tu mmg dari dulu suka nama tu so terus letak kat nama anak perempuan. Hubby tak kisah jer dia nak letak nama paling simple kalo boleh tp biasalah mak2 zaman sekarang nama anak sumer suka mcm nak glamer2..hehe termasuk aku le kot!!

Anak kedua diberi nama Ahmad Haziq, maksudnya Yang terpuji kepandaiannya. Ni pun sama dah 3 hari lahir pun tak letak2 nama lagi. Padahal bukan main panjang lagi list nama2 pilihan. Masa nak pegi register baru confirm nama. Mula nak letak Muhammad tp saya nak simple dan dimulai dgn huruf 'A', bukan apa nanti kalo kat sekolah sng dpt duk depan, kelas pertama, dpt buku teks pertama.. hehe dan paling senang dia nak tulis nama sendiri nanti. Dah tak nak letak nama panjang2 sian budak2 ni nak tulis nama pnjg sgt kat borang2.

Lagi satu kalo nama panjang2 karang tak dipanggil nama yg betul. Nih contoh Batrisya la.. panjang sgt nak panggil nama tu,, kdg panggil tica jer.. tapi dia bahasakan diri dia 'Chacha'. Tapi saya ttp panggil dia Batrisya.. same with Haziq la very simple name. Tapi tu ler tok maknyer ngan tok bah nyer susah tul nak panggil nama bebudak nih. Kdg2 ku dgr seperti dipanggil Hajip, Ajik, whatever la yg penting sampai maksudnya. So pengajaran kalo ada next lagi akan ku beri nama yg paling simple dan senang disebut. Tunggula kalo ada rezeki lagi boleh minta pandangan rakan2.. ;)

Monday, November 17, 2008

TARA 3 Finale..

I can't wait for TARA 3 finale this thursday!! I am definitely rooting for Tania n Aida's team. Oh wait n see..

Gambar masa kenduri

Minggu ni last buat kenduri yasin lelaki pulak sebelum parents berangkat next week. Nih gambar Zariff last grndson this year. heheh.
Batrisya dan Haziq... bukan main susah nak amik gambar budak bedua nih..
Nih tica ngan kawan baru dier..
Anak2 along Danial (cucu sulong) Hariz dan Aiman. Menu hari tu nasik putih, ikan masak asam pedas, udang masak lemak nenas, ayam goreng, sayur kacang goreng, sambal sotong dan pelabagai kuih muih. Ramai betul yg dtg, mmg licin habis. Mcm biasa x dpt nak amik gmbr kendurinya sayakan org dapur. hehe..

Saturday, November 15, 2008

Pindah office

Sepatutnyer pindah this week tapi ada masalah sikit kat opis baru tu. Last week kitaorg pegi melawat. Isk2 kecik giler tempat kitaorg. Boss pun tak puas hati gak so suruh pembangunan renovate semula. Itu la pasal bila dah 3 orang boss bertukar dan 3 citarasa yang berbeza. Nak masuk tahun ke 8 perancangan tmpt baru tu. Mmg mcm2 problem. yg latest ni plak pasal network, boleh pulak kontraktor tu buat main sukahati jer sambung2 point. Apalagi pengarah check up terus buat aduan. Dah ler tempat tetap mesti la staf nak keselesaan. Diaorang ni mcm tak tau plak tiap taun staf bertambah. Ini tak buat perancangan ikut staf yg sedia ada. Isk aku tak paham betul ngan org2 atasan yg buat keputusan nih. Tp sejak boss baru nih mcm2 jugak la perubahan yg dibuat. Dari 3 tmpat jadik 2 tempat jer. Kalo boleh dia nak semua yg duk kat k. industri pindah ke k. tetap @ k. bandar. Betul apa dia ckp dari bazir juta2 byr sewa kat k. industri tu baik ler duit tu pegi laburkan kat k. tetap. Mana2 tempat yg kosong tu dipenuhkan. Mayb sampai middle of 09 dah kosong kat k. industri tu. Heheh.. pastu ada satu kolej nak sewa di namakan 'Kolej Universiti Hang Tuah Jaya', ni ada collaboration ngan uni luar la.. Apa lagi cha ye nun alip punyer la..

Untung jugak jadik staf yg terawal. merasa semua tempat dari rmh kedai tingkat atas, turun rmh kedai bawah, naik balik kat rmh kedai atas, pastu pegi naik tingkat 6 tak lama pegi plak kat bandar, dari bandar pegi patah balik bgunan 3 tingkat dpt duk bilik kaca. hehe.. nih awal disember tetap la duk dlm hutan tu.. huhu.. dah le udara tak nyaman kat situ.. jauh dari entertainment. Tmpt baru duk tingkat 4 tp terperuk je kat dlm. hmmm tak bleh nak komen apa2 la sebab tak duk lagi. Eh2 kalo kira dah 8 kali tukar tmpat duduk. Okla.. merasa lain2 persekitaran..

Wednesday, November 12, 2008

Treatment gigi..

Lunch hour tadi pegi jumpa Dentist. Gigiku sakit lama dah. Cuma kdg2 je rasa sakit tu datang tu pun kalo minum ais atau termakan benda keras. Act. last sekali pegi treatment gigi 5 yrs ago. Masa preggy ada la cuma tampal sikit jer. Firstly dentist tu ckp semua ok takde masalah, pastu britau la psl ngilu bila kene ais baru dia tau whats the problem. Heheh pastu tau dia wat per.. pegi matikan akar gigi yg sakit tu. It cost me RM350. Heh.. mmg dah agak so dah stanby RM400. Okeyla bleh claim 300 je not to worry.. heheh.. so pasni ada 2 appointment lagi. Kejap je treatment dia x sampai 1/2 hours pun. Tapi nih xbley chew lebih sgt kene jaga oo.. tiba2 rasa mcm dah semakin tua plak.. huhu..

Tuesday, November 11, 2008

Stok susu..

Semalam dan hari ni beli 12 tin stok susu Haziq. Beli kat 2 tempat berlainan 6 tin beli kat kedai sinseh tgh offer dpt percuma lion bear. Pastu ternampak plak offer lagi murah kat Carrefore apalagi terus tambah stok lagi 6. Alang2 org kata tengah murah baik beli byk. Stok ni pun rasanya dpt tahan 2 bulan je kot. Haziq boleh tahan susunyer. Sekarang dah kurang makan nasik . Asyik main jer, suap tak nak. Pastu mak suka bagi biskut kat tgn tu yg buat dia mcm kenyang je. Apa je org makan sumer nak tp x habis. Yg geram tu buat sepah jer dier. Isk jenuh betul nak ngemas .

Hari ni Haziq seronok sebab kakak dia dah balik. Batrisya ikut along gi KL, orang tak cuti sekolah lagi diorang dah cuti awal. Sabtu diorg gie Genting, Ahad round KL pegi Tugu Negara, Planetarium, KLCC, Batrisya seronok jer la jln ngan cousin2 dia. Isnin semalam balik. Tengok balik2 kulit gelap dan berbelang, mau nyer tak mandi kat swimming pool tenghari. Gambar takde lagi kat maklong dia. Nanti sok2 ada upload la.. ok..

Saturday, November 8, 2008

Menu masakan...

Semua menu yg di masak sendiri. Pandai juga husbandku masak. Tapi semuanyer yang simple jer. Masak untuk dia mmg senang jer. Favourite dia ayam/ikan goreng, kuah2 dia tak berapa suka yang oklah dia mkn kari atau kurma. Kalo sayur senang buat sup jer. Dia tak memilih sangat makan. Tapi yang pelik2 dia mmg tak makan la. Contoh pedal, kaki ayam, paru, kerang, siput, ekor lembu, eh byk gak la. yg kita makan dia tak reti makan. Dia makan makanan basic je ayam, daging, ikan, udang, sotong, kambing pun tak makan nanti pening pala. Rugi2.. favourite aku lambchop tu..hehe.. Tapi kan sepanjang 5 taun kawin nih baru sekali atau dua kali je kot dia masakkan itu pun masa tgh pregnant. Tapi disebabkan masakan dia tu bila tengok ayam jer terus alergic dan rasa nak muntah, lama gak tak makan ayam, sampai Batrisya lahir hampir 5/6 bulan. Tau dia masak apa? Ayam masak kari campur kurma campur kicap. huhu.. pastu sampai skrg tak penah masak lagi utk aku. Tapi ada jugakla yg simple dia masak mcm goreng ayam, telor (yg ni dia mmg terror giler buat telor dadar aku buat pun tak cantik mcm dia buat) tu penah la.. tapi semua tu aku mesti tolong punyer la.. kan bang? hehehe..


Oklah nih antara masakan yg di masak duk sorang2 kat sana. Nasik berlaukkan sayur kobis sambal, daging goreng kentang dan timun.

Eh yang ni beli siap kot, ikan tu jer goreng sendiri. yang sebelah tu sotong bakar.
Nih konon2 western la, burger, prata ngan fillet kentang.
Haa.. nih mmg favourite dia. Nasik goreng mkn ngan ikan kering/lumek import Sarawak tau. kat semenanjung takde. Ni tengah tunggu parcel dari Sarawak tak sampai lagi. Dlm tu ikan je yer hampir sekilo.

Ini apa yer.. daging goreng ngan sayur kot atau daging masak kunyit. hehe..

Wednesday, November 5, 2008

Obama win..

Heh..apa kene mengena ek kalo dia menang? Tetiba aku rasa mcm sokong jer dia menang. First black president tu.. white man jer nak monopoli. harap2 dia lagi ok drpd yg sebelum2nyer yg mmg hampeh tu. Byk effect oo.. specially bab ekonomi nih, tukaran matawang pun tetiba je jatuh merundum. Tau sebab dollar tgh jatuh banding yen.. so tak dapat ler lakiku nak tukar traveller cek dia.. huhu..

Xkisah ler tapi aku suka..

Sunday, November 2, 2008

Bengkel Fail Meja dan MPK..

3 hari pegi bengkel. Boleh tahan penat gak la. Penat shopping kot.. 3 jam kat sogo tu pun rasa tak puas sebab rasa tak habis beli lagi, tgh sale plak tuh . Dapat gak la baju budak2 nih 2/3 helai, den punyer suar 2 helai tshirt 2 helai, blouse satu ngan kasut sepasang. sebenarnya semalam tu dah shopping kat parkson sebab bonuslink day. Pasni lama la tak shopping kat mesia, time ada peluang ni kene gunakanlah. Sorry yer bang pakai debit kad abang eh.. hehe..

Bengkel oklah.. yg penting selesa dan makan sedap.

Gambar hari ini.. From japan

Nih jalan kaki nak ke universiti
Nih gambar pintu masuk universiti
Nih gambar depan rumah (pintu yg langsir 'biru' plain tu yer..) toyota starlet ngan sylvia turbo tu budak mesia punya sebelah yg tak nampak tu skyline budk mesia gak) husbandku jer yg takde kete lagi.. tengah amik lesen, Jumaat 7hb nih test. Good luck yer bang.. Rumah town house 4 pintu sumer mesia duk. Total malaysian dlm 20 org, 4 postgrad selebihnyer undergrad. dan kami ler satu2 nyer m'sian family yg ada. huhu..
Ha.. nih menu pada hari ini. Ntah apa tajuk.. yg nampak ikan goreng, wakame sup ngan udang sos. Sedap ajer mataku memandang.. harap rasa pun meletop.. hehe..

Kenduri/Marhaban/Open house...


Isnin 27hb start jam 12 tengahari kat rumah ni buat kenduri doa selamat mak dan abah nak naik haji. Alang2 buat sekali open house dan marhaban office dila.




Antara juadah yang disediakan.. byk lagi meja sebelah tp tak sempat amik sebab tak siap lagi. gambar kenduri pun tak sempat amik sebab bz di dapur.