Thursday, September 25, 2008

Ala Kassim...Ikan bakar

Hehe.. tu nama tempat kitaorg mkn semalam. Kali ni turn kitaorg belanja org makan.. nih bernasib baik sebab share ngan Anas lagipun member2 FKM. Save gak budget..hihi.. Menu semalam Siakap bakar, sotong goreng tepung, sambal udang, kerang bakar, kembung bakar sambal, kailan ikan masin, nasik lemak, air sirap. perghh mmg kenyang la.. nasib order awal tp ada gak menu yg org dah abis mkn baru sampai. Alhamdulillah rezeki diorang semalam, hampir 40 orang termasuk anak2. Ada gak yg last minit tak datang. Tp ok habis jugaklah.. Sayangnyer nak amik gambar batery plak kong..

Boss baru mmg baik dan tak kedekut ilmu, walau dia big boss kat sini tp tak lokek nak mengajar ilmu. hehe.. semalam dia ajar aku ngan aida guna outline. maklum la jarang guna. Kalo nak wat report ke, tesis ke mmg senang la. We salute u Prof...

Wednesday, September 24, 2008

Baju raya..

Nih baju raya bebudak nih.. taun nih tak beli baju kurung. Batrisya punya baju kurung masih byk dan baru pakai sekali dua. Haziq pun ada baju melayu taun lepas tak dpt pakai sebab besar tok wan dia belikan, taun ni dah muat dah. Balik rumah terus testing baju..

Memang saja belikan yg berjeket boleh pakai bwk ke Jepun nanti.
Harganya...ermm boleh tahan. less pun 10% jer... nih ticanya
Tau beli kat Parkson lagi cantik dan murah sikit. Yg ni Haziqnya. Cari kat jusco xde size..Ok la less 10% gak tu..

Menu berbuka..

Menu pertama fish fillet with lemon juice...

Menu kedua ayam goreng lada hitam.. nyummie..
Menu ketiga salad..
Menu keempat Mushroom soup
Menu kelima spagheti.... pas makan... empat2 tersandar... alhamdulillah rezeki hari nih..

Ratatouille..

Tengah mengemas tiba2 hubby jumpa resepi nih... hehe.. teringat movie dia..yerk.. aku nih dah ler alergic ngan 'mouse' tuh.. act. bahan2 dia sayur je. Kad resepi ni dpt masa duk UK dulu... masa dok umah mmg rajin ler memasak. nih dah nak cuti panjang kene asah balik la skill memasak..

Tuesday, September 23, 2008

Berbuka beramai-ramai..

Ahad lepas kitaorang berbuka kat rumah cik Yam/Deeno. Maklumla diorang pun akan fly sama ngan husbenku tarikh 3hb. Cuma destinasi jer lain.. diorang akan ke Paris. Mmg best kumpul reramai.. Jaja's (ketua Chef), Fatehah, Rin ngan hubby, Hidayah n hubby dan kak Rat ngan anaknya yg comel Fatin.. dan dtg lewat Dr. Budi n family (maklum la kasik org pose jer makan dulu).

Menu mmg best nasik ayam, Laksa Sarawak (maklum inilah kepakaran cik yam), BBQ ayam, udang, sotong, ikan siakap. Masing2 bawak menu masing2 aku bwk ayam. Pastu sempat gak buat dadih yg diketuai oleh cik jaja dan dibantu oleh cik teh.. hehe.. mmg sodap.

Pasni lama lagi la nak kumpul reramai lagi. Rin ngan hubby pun fly ke Barcelona tarikh yg sama. Kitaorg jumpa kat KLIA jer la nanti..

Malangnyer gambar takde... tp mmg happening la.. best2..

Saturday, September 20, 2008

Blog bersawang...

Lama sungguh tak update... hampir terlupa ada blog sendiri...Hari ni dah masuk hari ke 20 berpuasa. Tengah menghitung hari bukan nak raya eh.. tp hubby nak pegi sambung study. 3 Oktober tak lama jer lagi. yang penting dapat raya sama2.

Letih sungguh nak mengemas rumah skrg. Rumah nak disewakan pd org. barang byk pulak tu... Rasa nyesal plak bwk balik satu kontena barang dari UK dulu. ni dah susah bila berpindah randah...Barang nak antar 2 tempat satu ke Pahang satu ke Muar. terpaksalah bahagi 2..

Letih mcmanapun masak tetap masak, rumah tetap kene kemas. Mmg bersabo byk dgn karenah budak 2 orang nih.. kita kemas depan dia sepah belakang. Haziq kelakar sungguh termasuk dlm kotak.. pastu tak reti nak kuar sendiri.

Nasib duk office tak berapa bz. Ye ke? Julai haritu kene reshuffle. Mula2 tak puas hati gak diletakkan kat tempat skrg. lama2 dah boleh terima dan rasa seronok. Bos plak mmg best.. Alasan pihak pengurusan sebab dah nak cuti tanpa gaji.. hmm apa2 jer la diorg nih..

Aku akan start cuti January nanti. alang2 nak amik full bonus. Aku tak berapa exited tmpat hubby nak pi nih.. tapi takpe la aku kene berkorban untuk dia. Tempat isteri di sisi suami. Bnyak benda aku nak kene settle sebelum bercuti. Wait n see...